Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

Peta Laman

Pembayaran Cukai Tanah Atas Talian (eBayar)

e Bayar

Portal e-Bayar Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan pusat sehenti yang menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran bil-bil jabatan/agensi negeri secara elektronik. Contoh bil-bil yang boleh dibayar pada masa kini adalah :

 

 

 

Portal e-Bayar Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan pusat sehenti yang menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran bil-bil jabatan/agensi negeri secara elektronik. Contoh bil-bil yang boleh dibayar pada masa kini adalah :

i.  Cukai Taksiran MPSP             iii.  Cukai Tanah PTG   
ii. Cukai Taksiran MBPP             iv.  Pinjaman Penuntut (FPX Sahaja)

Disamping itu Portal e-Bayar ini juga merupakan gateway pembayaran secara atas talian bagi perkhidmatan berikut :

1. Sistem Perolehan Kerajaan Negeri P.Pinang (SysP)

  i.Pendaftaran
  ii.Pembaharuan
  iii.Pembelian Dokumen


2. MBPP (eTempahan)

  Tempahan & bayaran secara atas talian untuk kemudahan yang disediakan oleh MBPP (Balai rakyat, padang, stadium, taman, gelanggang badminton dan lain-lain).


Portal e-Bayar kini memberi kemudahan bayaran secara atas talian melalui kemudahan Akaun Debit (FPX) dan kad kredit MasterCard dan Visa.


1. AKAUN DEBIT (FPX)

Bayaran menggunakan MEPS FPX boleh di lakukan sekiranya anda adalah pemegang akaun perbankan elektronik di bank yang berdaftar di bawah MEPS FPX seperti Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Hong Leong Bank Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Bank.

Setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM0.53 bagi pilihan Akaun Debit. Had transaksi adalah RM30,000.00 kecuali bagi Pembayaran Cukai Tanah Had transaksi adalah RM5,000.00. Waktu operasi adalah antara 7 Pagi hingga 11 Malam.

* Sila tutup pop-up blocker pelayar anda sebelum meneruskan proses seterusnya.


2. KAD KREDIT

MasterCard SecureCode dan Verified by Visa adalah kaedah baru yang diperkenalkan untuk keselamatan pembayaran on-line menggunakan kad kredit. Kaedah ini adalah selamat dan mudah digunakan.

Setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak 1.908% bagi pilihan Kad Kredit. Had transaksi bergantung kepada had kad kredit tersebut.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10