Peta Laman
PERINGATAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERSERAHAN PENDAFTARAN SEBELUM BULAN NOVEMBER 2019. PERHATIAN KEPADA SEMUA FIRMA GUAMAN DI PULAU PINANG
PERINGATAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERSERAHAN PENDAFTARAN SEBELUM BULAN NOVEMBER 2019. PERHATIAN KEPADA SEMUA FIRMA GUAMAN DI PULAU PINANG
Surat arahan oleh Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, rujukan PTGPP/PHMT/431 Jilid 25 (32) bertarikh 7 Ogos 2019 adalah dirujuk. Surat arahan tersebut telah disampaikan ke Penang Bar Committee untuk edaran dan makluman kepada semua peguam yang beramal di Pulau Pinang. Sila rujuk lampiran yang disertakan.
Petikan daripada surat arahan tersebut adalah seperti berikut :
"Bagi tujuan melancarkan proses mengeluarkan resit pembayaran di kaunter SPOC dan pendaftaran semua perserahan tersebut, PTGPP/PDT akan mengeluarkan nombor giliran yang terhad dengan bilangan perserahan yang terhad pada bulan November dan Disember 2019."
"Sehubungan itu, pihak firma guaman diingatkan agar mengemukakan perserahan dokumen pendaftaran lebih awal bagi mengelakkan ditolak oleh PTGPP/PDT pada bulan November dan Disember 2019 kelak."
Diharap semua firma guaman dapat mengambil maklum dan perhatian terhadap perkara ini.
Sekian terima kasih. <<< Muat Turun Lampiran >>>