Glossary PTGPP
Glossaries
Term | Definition |
---|---|
Geran Mukim | ertinya satu dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5D (iaitu dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini mengenai tanah yang dipegang di bawah hakmiik Pejabat Tanah selama-lamanya) |
Hakmilik sementara | ertinya tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi belum diukur halus mengikut peruntukan KTN. Hakmilik Sementara Pejabat Pendaftar dalam Borang 11A dan Hakmilik Pejabat Tanah dalam Borang 11B |
Hakmilik Strata | ertinya hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah yang unit-unitnya telah dijual atau suatu blok sementara. Contohnya setiap unit atau petak dalam pembangunan rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse, kompleks komersial bercampur dan rumah kedai boleh dikeluarkan hakmilik strata. |
Hakmilik tetap | ertinya apabila sesuatu tanah telah diukur halus dan keluasannya muktamad telah ditentukanertinya |
Hasil tanah | ertinya setiap jumlah wang yang sekarang kena dibayar yang akan selepas ini kena bayar kepada Pihak Berkuasa Negeri ke atas akaun man-mana premium atau sewa yang akan dibayar berkenaan dengan tanah berimilik atau di bawah sebarang lesen atau permit berhubungan dengan tanah dan fee-fee dari mana-mana jenis (termasuk fee-fee tungakan dan meskipun ia merupakan item-item hasil Persekutuan, mana-mana fee, kos atau lain-lain jumlah wang yang akan dibayar berkaitan dengan penjalanan mana-mana pengukuran oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan) yang akan dikenakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu |
Ismen | Ismen merupakan satu bentuk urusniaga dimana hak yang diberi oleh seorang pemilik (pertama) kepada pemilik yang lain (kedua) untuk mendapatkan faedah keatas tanah pemilik yang pertama. Tanah pemilik pertama dikenali sebagai tanah servien dan tanah pemilik kedua dipanggil tanah dominan. |
Juruukur tanah berlesen | ertinya seorang juruukur yang dilesenkan untuk amalan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 |
Kaveat | membawa maksud ‘amaran atau awas’ ataupun dengan kata-kata lain bermaksud ‘tidak boleh dibuat apa-apa tindakan keatas tanah ini tanpa pengetahuan sipemasuk kaveat’. |
Kumpulan Wang Pengurusan | Seksyen 45 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "kumpulan wang pengurusan" sebagai suatu kumpulan wang pengurusan yang pada pendapat perbadanan pengurusan cukup untuk menampung apa-apa perbelanjaan tadbiran yang mungkin dilakukan bagi maksud-maksud mengawal, mengurus dan mentadbirkan harta bersama, membayar cukai, kadar premium insurans dan menjalankan apa-apa obligasi lain di pihak perbadanan pengurusan. |
Lien | ertinya seakan-akan sama dengan gadaian. Pemilik tanah menyerahkan hakmilik tanah sebagai jaminan bagi pembayaran pinjaman. Sipeminjam menyimpan hakmilik tersebut. Untuk melindungi kepentingan sipeminjam, beliau akan memasukkan kaveat pemegang lien. |