Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang
Land Development Division
SOALAN LAZIM BERKAITAN PEMBANGUNAN TANAH
(Untuk muat turun soalan lazim ini, sila klik DISINI)
Soalan:
Adakah tanah pertanian di bawah 1 ekar boleh di pecah bahagian?
Jawapan:
Boleh
Soalan:
Bolehkah tanah-tanah pegangan pajakan dan pegangan kekal dikemukakan bersekali untuk permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah Seksyen 204D Kanun Tanah Negara 1965 bagi mendapatkan satu (1) plot?
Jawapan:
Boleh dan perlu dibawa untuk pertimbangan serta kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Soalan:
Bolehkah tanah-tanah pertanian dikemukakan untuk permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah Sekseyn 204D Kanun Tanah Negara 1965?
Jawapan:
Boleh dan perlu dibawa untuk pertimbangan serta kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Soalan:
Bolehkah permohonan pecah sempadan tanah di bawah Seksyen 137 Kanun Tanah Negara 1965 di proses sekiranya dokumen hakmilik tanah adalah hakmilik sementara?
Jawapan:
Boleh berdasarkan pindaan Akta A1104. Makan, Seksyen 137, Kanun Tanah Negara 1965 perlu dibawca bersekali dengan Seksyen 183 Kanun Tanah Negara 1965.
Soalan:
Bolehkah permohonan penyatuan tanah dibawah Seksyen 146, Kanun Tanah Negara 1965 diproses sekiranya lot-lot yang terlibat mempunyai status pegangan pajakan dan pegangan kekal?
Jawapan:
Boleh dan perlu dibawa untuk pertimbangan serta kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Soalan:
Saya telah menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Galian memaklumkan mengenai keputusan permohonan tanah. Apakah tindakan susulan saya perlu buat?
Jawapan:
Pihak tuan/puan perlu merujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan untuk mendapatkan surat keputusan permohonan tanah. Pejabat Tanah dan Galian hanya menyampaikan keputusan kepada Pejabat Daerah dan Tanah.
Soalan:
Saya telah mengemukakan permohonan tanah yang sama beberapa kali namun ditolak dan tidak dinyatakan sebab penolakan perumahan tersebut.
Jawapan:
Semua keputusan bagi permohonan tanah akan dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dimana terpulang kepada budi bicara Pihak Berkuasa Negeri untuk menyatakan sebab-sebab penolakan atau tidak.
Soalan:
Berapakh bayaran proses permohonan pindahmilik dan mencagar yang dikenakan bagi kategori tanah "perindustrian"?
Jawapan:
0.1% daripada harga jualan berdasarkan ringgit yang hampir dan minimum bayaran yang dikenakan adalah RM300.00 bagi permohonan pindahmilik manakala untuk cagar caj yang dikenakan adalah 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan ringgit yang hamir dan minimum bayaran adalah RM300.00.
Soalan:
Sekatan kepentingan adalah "Pg.Sec.6153 (33)/29/9/67, dicagar, pajak, pajakan kecil atau dilupuskan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri daripada Pihak Berkuasa Negeri".
Apakah maksud sekatan tersebut dan adakah hartanah ini perlu mendapatkan surat kebenaran 'consent Pihak Berkuasa Negeri'?
Jawapan:
Sekatan tersebut membawa maksud sebarang urusniaga yang hendak dilakukan perlulah mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Soalan:
Berapakah bayaran proses yang terkini bagi permohonan perolehan hartanah oleh warganegara / syarikat asking bagi memiliki hartanah di Pulau Pinang?
Jawapan:
Bayaran proses bagi permohonan untuk memindah milik tanah oleh warganegara asing / syarikat asing yang berkuatkuasa mulai 01.03.2013 adalah seperti berikut dan bayaran hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.
KATEGORI
KADAR BAYARAN
(a) Permohonan untuk kediaman
- RM10,000.00 per lot (Permohonan daripada individu)
-RM20,000.00 per lot (Permohonan daripada syarikat)
-RM2,000.00 per lot (Permohonan daripada PR)
(b) Permohonan untuk perniagaan
- RM20,000.00 per lot (Permohonan daripada individu)
-RM40,000.00 per lot (Permohonan daripada syarikat)
-RM4,000.00 per lot (Permohonan daripada PR)
(c) Permohonan untuk pertanian
- RM20,000.00 per lot (Permohonan daripada individu)
-RM40,000.00 per lot (Permohonan daripada syarikat)