logo web new1ENG

 
 
 
SOALAN LAZIM BERKAITAN HAKMILIK STRATA
(Untuk muat turun soalan lazim ini, sila klik DISINI)
 
 
 
 
arrow
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan pecah bahagi bangunan kepada petak dan tanah?
 
Jawapan:
 
 
 
 
 
Pecah bahagi ini bermaksud pengeluaran hakmilik berasingan yang dipanggil hakmilik strata bagi tiap-tiap petak (unit) dalam bangunan yang mempunyai dua (2) tingkat atau lebih atas tanah berimilik dan dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap. Mana-mana tanah berimilik yang mempunyai dua (2) bangunan atau lebih dan tidak melebihi empat tingkat dalam satu lot boleh juga dipecah bahagi kepada petak-petak tanah yang akan dikeluarkan hakmilik strata yang berasingan.
 
arrow
Soalan:
Siapakah yang boleh memohon pecah bahagi bangunan?
 
Jawapan:
Dibawah Seksyen 7 Akta Hakmilik Strata 1985, pemilik mana-mana tanah berimilik yang mana di atasnya terdapat bangunan yang boleh dipecah bahagi di bawah Seksyen 6 Akta Hakmilik Strata 1985 boleh memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan atau tanah bagi mendapatkan hakmilik strata.
 
arrow
Soalan:
Siapakah yang wajib memohon pecah bahagi bangunan?
 
Jawapan:
Mana-mana tuan tanah yang telah menjual atau bersetuju menjual salah satu daripada petak-petak dalam skim strata yang berkenaan, maka tuan tanah hendaklah memohon hakmilik strata mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Seksyen 8 Akta Hakmilik Strata 1985.
 
arrow
Soalan:
Apakah syarat-syarat untuk memohon pecah bahagi bangunan?
 
Jawapan:
Jenis Permohonan
(i) Pecah Bahagi Bangunan
(ii) Pecah Bahagi Tanah
Syarat-Syarat Bangunan
- Mempunyai 2 tingkat atau lebih
- Tidak melebihi 4 tingkat bagi setiap petak tanah
- Diperakui sebagai Bangunan Kos Rendah oleh Pihak Berkuasa Negeri (jika berkaitan)
- Bangunan terlibat bukan bangunan kos rendah
- Bangunan merupakan blok sementara (jika ada)
- Bangunan BUKAN merupakan blok sementara
- Bangunan didirikan dalam 1 lot tanah
- Diperakui siap oleh Pihak Berkuasa Tempatan/Arkitek iaitu bangunan memperolehi Sijil Layak Menduduki/Perakuan Siap dan Pematuhan
Syarat-Syarat Tanah
- Merupakan tanah berimilik (alienated land)
- Tanah dipegang di bawah 1 lot
- Baki pajakan (leasehold) tidak kurang 21 tahun
- Tanah dipegang di bawah hakmilik kekal atau hakmilik sementara yang telah diluluskan pelan akui untuk pendaftaran hakmilik kekal
 
 
arrow
Soalan:
Apa yang dimaksudkan dengan Hakmilik Strata?
 
Jawapan:
Hakmilik yang dikeluarkan di bawah Seksyen 16 Akta Hakmilik Strata 1985 untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah. Hakmilik Strata disediakan atas nama orang yang terakhir sekali didaftarkan sebagai pemilik lot tanah yang diberikan.
 
arrow
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan Petak?
 
Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mendefinisikan "Petak" sebagai sesuatu bangunan yang dipecah bahagi, ertinya salah satu daripada unit individu yang (kecuali dalam hal suatu petak aksesori) terkandung dalamnya yang dipegang mengikut hakmilik strata yang berasingan dan berhubung dengan suatu tanah yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit-unit individu petak tanah.
 
arrow
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan petak aksesori?
 
Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "Petak Aksesori" sebagai mana-mana petak yang ditunjukkan dalam suatu pelan strata sebagai petak aksesori yang digunakan atau dicadang hendak digunakan bersama-sama dengan suatu petak. Petak aksesori dalam skim strata kebiasaannya merujuk kepada tempat letak kereta (parking) atau setor yang terletak di mana-mana lokasi dalam skim strata.
 
arrow
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan blok sementara?
 
Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "blok sementara " sebagai suatu blok berkenaan dengan sesuatu bangunan yang dicadang untuk, atau sedang didirikan atas bangunan atau tanah, yang baginya suatu hakmilik strata sementara yang berasingan telah dipohon.
 
arrow Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan unit-unit syer?
  Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "unit-unit syer" sebagai unit-unit syer yang ditetapkan bagi petak itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual unit-unit syer.
 
arrow Soalan:
Apakah definisi tempoh permulaan?
  Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "tempoh permulaan" sebagai tempoh yang bermula dari tertubuhnya perbadanan pengurusan dan berakhir bila terdapatnya pemilik, tidak termasuk pemilik lot yang didaftarkan sebagai pemilik petak atau petak-petak atau blok atau blok-blok sementara yang bilangan unit syernya itu sekurang-kurangnya satu perempat daripada agregat unit syer.
arrow
Soalan:
Apakah maksud perbadanan pengurusan?
 
Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "Perbadanan Pengurusan" sebagai perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 39 yang terdiri daripada semua pemilik petak termasuklah dalam hal pembangunan berperingkat, pemilik blok atau blok sementara.
   
Perbadanan Pengurusan bertaraf sebagai sebuah perbadanan atau “body corporate” iaitu ianya boleh mendakwa dan juga boleh didakwa. Perbadanan Pengurusan wujud di bawah Akta Hakmilik Strata dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan.
 
arrow Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Kumpulan Wang Pengurusan?
  Jawapan:
Seksyen 45 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "kumpulan wang pengurusan" sebagai suatu kumpulan wang pengurusan yang pada pendapat perbadanan pengurusan cukup untuk menampung apa-apa perbelanjaan tadbiran yang mungkin dilakukan bagi maksud-maksud mengawal, mengurus dan mentadbirkan harta bersama, membayar cukai, kadar premium insurans dan menjalankan apa-apa obligasi lain di pihak perbadanan pengurusan.
 
arrow Soalan:
Apakah sebab sesuatu bangunan berbilang tingkat itu belum mendapat hakmilik strata?
  Jawapan:
Sebab sesuatu bangunan berbilang tingkat itu belum mendapat hakmilik strata adalah seperti berikut:
    (i) Pemilik asal gagal membuat permohonan pecah bahagi bangunan untuk pengeluaran hakmilik strata
   
(ii) Permohonan pecah bahagi bangunan tidak menepati syarat-syarat kelulusan di bawah Seksyen 9 Akta Hakmilik Strata 1985, contohnya pemilik tanah belum melepaskan gadaian, lot-lot tanah belum dicantumkan menjadi satu lot di bawah hakmilik muktamad, masih terdapat tunggakan cukai tanah, lot tanah masih berstatus hakmilik sementara.
arrow Soalan:
Bilakah pembeli akan diberikan hakmilik strata?
  Jawapan:
Pembeli akan diberikan hakmilik strata setelah pemilik asal dan pembeli menyempurnakan pindahmilik strata di bawah Seksyen 40A Akta Hakmilik Strata 1985.
   
Pemilik asal hendaklah menyempurnakan pemindahan hakmilik strata dalam tempoh masa dua belas (12) bulan dari tarikh pengeluaran hakmilik strata oleh Pentadbir Tanah.
   
Manakala Pemilik Petak (Pembeli) hendaklah menyempurnakan pemindahan hakmilik strata dalam tempoh masa dua belas bulan (12) bulan dari tarikh notis pemindahan hakmilik strata yang dikeluarkan oleh pemilik asal atau dari tarikh pembelian petak mengikut mana-mana yang berkenaan.
arrow
Soalan:
Apakah hak-hak pemilik petak di bawah Akta Hakmilik Strata 1985?
 
Jawapan:
Hak-hak pemilik petak di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 adalah seperti berikut:
    (i) Memindahmilik, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak hakmilik (Seksyen 44(5) Akta Hakmilik Strata 1985)
    (ii) Mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dibuat oleh oleh Perbadanan Pengurusan (Seksyen 36 Akta Hakmilik Strata 1985)
    (iii) Hak menggunakan harta bersama (Seksyen 34 Akta Hakmilik Strata 1985)
    (iv) Hak ke atas perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, bekalan elektrik dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pembangunan yang berstrata tersebut (Seksyen 35 Akta Hakmilik Strata 1985)
    (v) Meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan (Seksyen 45(4) Akta Hakmilik Strata 1985)
 
arrow
Soalan:
Apakah tanggungjawab seorang pemilik petak di bawah Akta Hakmilik Strata 1985?
 
Jawapan:
Tanggungjawab seorang pemilik petak di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 adalah seperti berikut:
    (i) Membayar caruman kepada Kumpulan Wang Pengurusan (Seksyen 41A (3) Akta Hakmilik Strata 1985)
    (ii) Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa (Seksyen 44 Akta Hakmilik Strata 1985)
    (iii) Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
    (iv) Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh perbadanan pengurusan atau pihak berkuasa awam/tempatan
 
twitter

DIRECTOR OFFICE OF LANDS AND MINES PENANG
Level 3, 21 and 22, 10000 KOMTAR,
Penang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMail: ptgpp[at]penang[dot]gov[dot]my

Copyright © 2013-2016 Director Office of Lands and Mines Penang.
Information Technology Division.
Best view, please use Internet Explorer 11 or higher, Mozilla Firefox 27.0.1 or higher,Safari and Google Chrome with resolution 1280x800 pixels or higher.

Last Updated On:

24 JULY 2017 | 08:00 AM

 1akses QRCurve

  

Login Form

Language Selection | Other Languages

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10