Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

Uncategorised

Uncategorised

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

DRFAIZAL 

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang.

Nama          
:DR. FAIZAL BIN KAMARUDIN
Emel: drfaizal​@​penang.gov.my
No. Telefon
:04-6505200
No. Faks :04-2619588

 

Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:

 

a. Membantu Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tugas - tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
b. Menentukan keperluan keselamatan ICT;
c. 

Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti

penyediaan Dasar Keselamatan ICT SUK Penang serta pengurusan risiko dan pengauditan;

d. Bertanggungjawab ke atas perkara - perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT SUK Penang

Bahagian Pembangunan Tanah

 

 

 
SOALAN LAZIM BERKAITAN PEMBANGUNAN TANAH
(Untuk muat turun soalan lazim ini, sila klik DISINI)
 
 
 
 
arrow
Soalan:
Adakah tanah pertanian di bawah 1 ekar boleh di pecah bahagian?
 
Jawapan:
 
Boleh
 
arrow
Soalan:
Bolehkah tanah-tanah pegangan pajakan dan pegangan kekal dikemukakan bersekali untuk permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah Seksyen 204D Kanun Tanah Negara 1965 bagi mendapatkan satu (1) plot?
 
Jawapan:

Boleh dan perlu dibawa untuk pertimbangan serta kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

 
arrow
Soalan:
Bolehkah tanah-tanah pertanian dikemukakan untuk permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah Sekseyn 204D Kanun Tanah Negara 1965?
 
Jawapan:
Boleh dan perlu dibawa untuk pertimbangan serta kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
 
arrow
Soalan:
Bolehkah permohonan pecah sempadan tanah di bawah Seksyen 137 Kanun Tanah Negara 1965 di proses sekiranya dokumen hakmilik tanah adalah hakmilik sementara?
 
Jawapan:
Boleh berdasarkan pindaan Akta A1104. Makan, Seksyen 137, Kanun Tanah Negara 1965 perlu dibawca bersekali dengan Seksyen 183 Kanun Tanah Negara 1965.
 
arrow
Soalan:
Bolehkah permohonan penyatuan tanah dibawah Seksyen 146, Kanun Tanah Negara 1965 diproses sekiranya lot-lot yang terlibat mempunyai status pegangan pajakan dan pegangan kekal?
 
Jawapan:
Boleh dan perlu dibawa untuk pertimbangan serta kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
 
arrow
Soalan:
Saya telah menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Galian memaklumkan mengenai keputusan permohonan tanah. Apakah tindakan susulan saya perlu buat?
 
Jawapan:
Pihak tuan/puan perlu merujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan untuk mendapatkan surat keputusan permohonan tanah. Pejabat Tanah dan Galian hanya menyampaikan keputusan kepada Pejabat Daerah dan Tanah.
 
arrow
Soalan:
Saya telah mengemukakan permohonan tanah yang sama beberapa kali namun ditolak dan tidak dinyatakan sebab penolakan perumahan tersebut.
 
Jawapan:
Semua keputusan bagi permohonan tanah akan dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dimana terpulang kepada budi bicara Pihak Berkuasa Negeri untuk menyatakan sebab-sebab penolakan atau tidak.
 
arrow
Soalan:
Berapakh bayaran proses permohonan pindahmilik dan mencagar yang dikenakan bagi kategori tanah "perindustrian"?
 
Jawapan:
0.1% daripada harga jualan berdasarkan ringgit yang hampir dan minimum bayaran yang dikenakan adalah RM300.00 bagi permohonan pindahmilik manakala untuk cagar caj yang dikenakan adalah 0.1% daripada harga cagaran berdasarkan ringgit yang hamir dan minimum bayaran adalah RM300.00.
 
arrowSoalan:

Sekatan kepentingan adalah "Pg.Sec.6153 (33)/29/9/67, dicagar, pajak, pajakan kecil atau dilupuskan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri daripada Pihak Berkuasa Negeri".

Apakah maksud sekatan tersebut dan adakah hartanah ini perlu mendapatkan surat kebenaran 'consent Pihak Berkuasa Negeri'?

 Jawapan:
Sekatan tersebut membawa maksud sebarang urusniaga yang hendak dilakukan perlulah mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
 
arrow
Soalan:
Berapakah bayaran proses yang terkini bagi permohonan perolehan hartanah oleh warganegara / syarikat asking bagi memiliki hartanah di Pulau Pinang?
 
Jawapan:
Bayaran proses bagi permohonan untuk memindah milik tanah oleh warganegara asing / syarikat asing yang berkuatkuasa mulai 01.03.2013 adalah seperti berikut dan bayaran hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.
  
KATEGORI
KADAR BAYARAN
(a) Permohonan untuk kediaman

- RM10,000.00 per lot (Permohonan daripada individu)

-RM20,000.00 per lot (Permohonan daripada syarikat)

-RM2,000.00 per lot (Permohonan daripada PR)

(b) Permohonan untuk perniagaan

- RM20,000.00 per lot (Permohonan daripada individu)

-RM40,000.00 per lot (Permohonan daripada syarikat)

-RM4,000.00 per lot (Permohonan daripada PR)

(c) Permohonan untuk pertanian

- RM20,000.00 per lot (Permohonan daripada individu)

-RM40,000.00 per lot (Permohonan daripada syarikat)

-RM4,000.00 per lot (Permohonan daripada PR)

 
 

W3C

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Akses Orang Kurang Upaya (OKU)

Portal Rasmi Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang, menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Kemudahan ini diharap dapat membantu mereka dalam melayari Portal Rasmi ini dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Disamping itu, kemudahan ini disediakan bagi memenuhi matlamat  W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan Portal mesra pengguna terhadap keperluan OKU.Antara kemudahan yang disediakan dalam Portal Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang :

1. Pengguna Cacat Penglihatan

Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini.  Pembaca teks tersebut disediakan untuk Seksyen Halaman Utama, Perutusan Y.B SUK, Profil, Organisasi, Soalan Lazim, Penerbitan serta pelbagai kandungan yang lain. Kemudahan pembaca text (text reader) menjana suara secara automatik sebagai alternatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :

(a) Pautan kepada pembaca teks :

 

·              Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon "sound"  pada bahagian bawah kandungan/artikel tersebut.

·             Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'.

·             Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.

·             Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.atau

(b) IE Page Reader :

·              Dapatkan IE Page Reader.

·              Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API.Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini. 

·              Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

·              Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, klik di sini.

2. Pengguna Warga Tua


Pengubah saiz teks "A+lA-lReset"- Portal Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang juga menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas Portal Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang iaitu di sebelah fungsi "Carian". Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian. 

Bahasa Lain

disclairmericonPENAFIAN

Penterjemahan laman yang akan dipaparkan selepas memilih bahasa lain ini akan dilakukan secara automatik oleh enjin penterjemah yang disediakan oleh googletranslator(Google Translator). Ada kemungkinan proses penterjemahan tersebut menghasilkan maksud yang berbeza dari maksud sebenar. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik. Kandungan rasmi hanya pada laman asal yakni dalam

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

   
   

Penafian

Penafian

Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam Portal Rasmi ini.

Dasar Privasi dan Keselamatan
Dasar Privasi


1. Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

2. Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

3. Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

4. Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan


1. Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

2. Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10