Glosari PTGPP
Glossaries
Term | Definition |
---|---|
Hakmilik sementara | ertinya tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi belum diukur halus mengikut peruntukan KTN. Hakmilik Sementara Pejabat Pendaftar dalam Borang 11A dan Hakmilik Pejabat Tanah dalam Borang 11B |
Hakmilik Strata | ertinya hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah yang unit-unitnya telah dijual atau suatu blok sementara. Contohnya setiap unit atau petak dalam pembangunan rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse, kompleks komersial bercampur dan rumah kedai boleh dikeluarkan hakmilik strata. |
Hakmilik tetap | ertinya apabila sesuatu tanah telah diukur halus dan keluasannya muktamad telah ditentukanertinya |
Hasil tanah | ertinya setiap jumlah wang yang sekarang kena dibayar yang akan selepas ini kena bayar kepada Pihak Berkuasa Negeri ke atas akaun man-mana premium atau sewa yang akan dibayar berkenaan dengan tanah berimilik atau di bawah sebarang lesen atau permit berhubungan dengan tanah dan fee-fee dari mana-mana jenis (termasuk fee-fee tungakan dan meskipun ia merupakan item-item hasil Persekutuan, mana-mana fee, kos atau lain-lain jumlah wang yang akan dibayar berkaitan dengan penjalanan mana-mana pengukuran oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan) yang akan dikenakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu |