Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

Glosari PTGPP

Search for glossary terms (regular expression allowed)
Begin with Contains Exact termSounds like

Glossaries

All A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
TermDefinition
Pihak berkuasa perancang

ertinya man-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang buat masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan perancangan bandar, perancangan desa atau kedua-duanya

Sekatan kepentingan
ertinya apa-apa batasan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri ke atas mana-mana dari kuasa yang diberi kepada tuanpunya oleh Bahagian Sembilan atau ke atas mana-mana kuasa urusniaganya di bawah Divisyen IV dan apa-apa batasan yang serupa yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu
Sungai
ertinya mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi dan apa-apa cawangan sungai, alur-delta atau lencongan buatan darinya
Syarikat Asing

ertinya (a) suatu syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen (1) seksyen 4 Akta Syarikat 1965; (b) suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan lima puluh peratus atau lebih-lebih syer-syer undiannya yang dipegang oleh seorang yang bukan warganegara, atau oleh suatu syarikat asing yang disebut dalam perenggan (a), atau oleh kedua-duanya, pada masa cadangan pengambilan mana-mana tanah atau apa-apa kepentingan pada tanah atau pada pelaksanaan mana-mana instrumen atau suratikatan itu berkenaan dengan mana-mana tanah berimilik atau apa-apa kepentingan dalamnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (c) suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan lima puluh peratus atau lebih syer-syer undiannya dipegang oleh suatu syarikat yang disebut dalam perenggan (b), atau oleh suatu syarikat yang disebut dalam perenggan (b) bersama dengan seorang yang bukan warganegara atau suatu syarikat asing yang disebut dalam perenggan (a), pada masa cadangan pengambilan mana-mana tanah atau apa-apa kepentingan kepada tanah atau pada mana pelaksanaan instrumen atau suratikatan kepada berkenaan dengan mana-mana tanah berimilik atau apa-apa kepentingan dalamnya, mengikut mana yang berkenaan

Tahun Kalendar
ertinya tahun yang bermula pada hari pertama bulan Januari
Tanah
Dalam pengertian biasa, kita menganggap ‘tanah’ sebagai mukabumi. Tetapi didalam undang-undang, perkataan ‘tanah’ ditakrifkan berbagai cara mengikut kesesuaian, maksud dan kehendak undang-undang itu. Bagi maksud Kanun Tanah Negara “tanah” ditakrifkan sebagai termasuk:- i) mukabumi dan semua benda yang menjadi mukabumi itu; ii) tanah yang dibawah mukabumi dan semua benda yang terkandung didalamnya; iii) semua tumbuh-tumbuhan, sama ada semula jadi atau di tanam, sama ada diatas atau dibawah mukabumi; iv) semua benda yang terlekat pada mukabumi, atau yang dilekatkan secara kekal pada apa-apa benda yang terlekat pada mukabumi, sama ada diatas atau dibawah mukabumi itu; dan v) tanah yang diliputi oleh air.
Tanah Kerajaan
ertinya semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak dasar mana-mana sungai dan tepi pantai serta dasar laut seperti yang adalah dalam lingkungan wikayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari a) tanah berimilik; b)tanah rizab; c) tanah lombong; d) mana-mana tanah yang, di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan simpanan
Tanah lombong
ertinya mana-mana tanah berkenaan dengan man suatu pajakan lombong atau sijil lombong yang diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan ada buat masa itu berkuatkuasa
Tanah Milik
iaitu mana-mana tanah yang ada hakmilik berdaftar baginya seperti Pajakan Negeri, Geran Mukim, Hakmilik Sementara dan sebagainya.
Tanah Persekutuan
bermaksud tanah-tanah yang digunakan oleh Kementerian/Jabatan Persekutuan yang terdiri dari 9 jenis iaitu: (i). Tanah yang dipegang di bawah suatu dokumen hakmilik (termasuk hakmilik strata dan stratum) yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. (ii). Tanah kerajaan yang dirizabkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 ( KTN ) atau undang-undang tanah lama untuk kegunaan Persekutuan, mengikut kuatkuasa Perkara 85 (5) Perlembagan Persekutuan . (iii). Tanah di negeri negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu yang dianggap sebagai rizab untuk kegunaan Persekutuan di bawah Perkara 166 (4) Perlembagaan Persekutuan. (iv). Tanah di Negeri negeri Melaka dan Pulau Pinang yang diduduki, diguna , dikawal dan diurus untuk kegunaan Persekutuan di bawah Perkara 166(3) Perlembagaan Persekutuan. (v). Tanah yang diterima pajakan di bawah seksyen 221 KTN atau seksyen yang berkenaan di bawah undang undang tanah lama (vi). Tanah yang disewa di bawah seksyen 223 KTN (vii). Tanah yang diduduki dengan mendapat Lesen Pendudukan Sementara (T.O.L) daripada Kerajaan Negeri. (viii). Tanah yang digunakan bagi suatu masa yang tidak melebihi 3 tahun melalui kuatkuasa seksyen 57 Akta Pengambilan Tanah 1960. (ix). Penggunaan ruang udara di atas tanah Kerajaan atau tanah rizab dengan mendapat permit daripada Kerajaan Negeri.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10