Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

Audit Pengurusan

Audit Pengurusan

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Audit Pengurusan

Fungsi

  • Mengkaji sistem, prosedur dan operasi pentadbiran tanah bagi menentukan kawalan dalaman adalah mencukupi, berkesan, ekonomi dan sesuai. Memastikan pentadbiran tanah mematuhi undang-undang, peraturan, arahan-arahan dan dasar-dasar yang berkuatkuasa.
  • Memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang melalui pemerhatian dan laporan audit secara bebas, objektif dan tepat pada masanya mengenai operasi pentadbiran tanah
  • Mengemukakan pemerhatian dan laporan audit kepada Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang.
  • Memantau dan memeriksa, pemerhatian dan laporan audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara, Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dan Seksyen Audit Pengurusan & Pemantauan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
  • Mengemukakan Laporan Audit Tahunan kepada Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dan Seksyen Audit Pengurusan & Pemantauan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10