Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang
Laman Utama Soalan Lazim(FAQ) Maklumbalas Peta Laman Hubungi Kami
Bahasa Malaysia|Bahasa Inggeris


Fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan
Menguruskan perlantikan, pesanan, peperiksaan, pengesahan dalam jawatan, kursus, kenaikan pangkat pemangkuan, pertukaran dan perlanjutan tempoh percubaan.

Menguruskan rayuan penyelarasan gaji dan pengubahsuaian gaji.

Mengemaskinikan data-data mengenai maklumat kakitangan ke Bahagian Komputer, Pusat Rekod Kakitangan JPA.

Mengurus tindakan tatatertib.

Menyediakan Anggaran Belanjawaan Tahunan Pejabat.

Menguruskan pembelian alat-alat kelengkapan untuk pejabat.


Fungsi Bahagian Pembangunan

Memproses semua permohonan tanah:

1. Pemberimilikan Tanah

2. Lesen Pendudukan Sementara (LPS)

3. Tukar Syarat Tanah

4. Mengeluarkan tanah dari Kawasan Tanah Bukit yang diwartakan

5. Enakmen Air 1967

6. Permit mengeluarkan Bahan Batuan

7. Perizaban Tanah

8. Pecah sempadan/ pecah bahagian / cantuman tanah

9. Penyerahan dan pemberimilikan semula

10. Kebenaran pindahmilik dan mencagar

11. Perolehan tanah oleh warganegara asing.


Fungsi Bahagian Penguatkuasaan dan Teknikal
Mengawas pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang dipakai di negeri ini.

Bertanggungjawab untuk mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan Undang-Undang Kanun Tanah Negara 65, Akta Pemeliharaan Tanah Bukit 1960, Undang-Undang Air dan lain-lain yang sedang berkuatkuasa.

Mengumpul maklumat yang bersangkut paut dengan penguatkuasaan bagi tujuan perancangan dan tindakan yang bersesuaian.

Mengemaskini undang-undang dan peraturan tanah yang dipakai.

Bahagian Perundangan


Fungsi Bahagian Pendaftaran Hakmilik

1. Mendaftar Suratcara Urusniaga dan Bukan urusniaga

2. Pendaftaran Hakmilik Sementara (QT)

3. Pendaftaran Hakmilik Kekal (FT)

4. Carian Persendirian dan carian rasmi


Fungsi Bahagian Hakmilik Strata

1. Memproses, mendaftar dan mengeluarkan Hakmilik Strata mengikut Akta Hakmilik Strata 1985

2. Mendaftar urusan hakmilik strata yang berkaitan urusniaga dan bukan urusniaga

3. Penguatkuasaan ke atas tuan tanah yang tidak memohon strata

4. Menyeragamkan undang-undang dibawah Kanun Tanah negara (Akta Hakmilik Tanah Pulau Pinang dan Melaka 1963) iaitu memproses penukaran hakmilik lama, geran - geran tanah di Pulau Pinang yang mana sebelum ini mengikut sistem undang - undang Inggeris (Conveyancing System) kepada Torrens iaitu undang - undang pentadbiran tanah mengikut Kanun Tanah Negara, 1965, demi menyeragamkan aktiviti pentadbiran di seluruh Semenanjung Malaysia.

5. Menyelesaikan masalah pertikaian pemilik petak dan Perbadanan Pengurusan melalui Lembaga Hakmilik Strata

6. Memberi maklumbalas terhadap aduan orang ramai


Fungsi Bahagian Hasil

1. Pengeluaran bil cukai tanah

2. Pengeluaran bil Lesen Pendudukan Sementara (LPS)

3. Penguatkuasaan hasil


Fungsi Bahagian Teknologi Maklumat

Merekabentuk dan menyediakan borang-borang untuk mengutip dan mengemaskini maklumat-maklumat Sistem Data Tanah Negeri Pulau Pinang.

Menyedia, menganalisa dan menjalankan aturcara-aturcara untuk menyemak, memasukkan data dan mengeluarkan laporan atau maklumat dari data tersebut.

Melaksanakan cadangan-cadangan untuk mengurangkan tunggakan dan menambahkan kutipan-kutipan cukai seperti mengenalpasti tanah-tanah yang bertunggakan dan mengeluarkan bil atau surat peringatan kepada pemilik tanah.

Merekabentuk dan menyediakan bil-bil yang digunakan oleh Pejabat-pejabat Tanah di Pulau Pinang.

Memberi latihan kepada kakitangan pejabat-pejabat tanah yang terlibat dengan sistem komputer.

Menjalankan penyelenggaraan dan pengemaskinian ke atas Sistem Data Tanah Negeri Pulau Pinang mengikut kaedah-kaedah terbaru supaya prestasi sistem terus meningkat.

Menjalankan kajian dan penganalisaan sistem untuk melaksanakan projek atau cadangan pentadbiran tanah atau negeri yang melibatkan penggunaan komputer.
Kakitangan Bahagian Audit Pengurusan

Pengumuman


Profail Jabatan

Perutusan Dato' PTG

Khidmat Pengurusan

Carta Organisasi Pengurusan Atasan Kalendar Aktiviti
Maklumat Komunikasi

Perkhidmatan

Panduan Permohonan Muat Turun Borang PTGBil

Warga PTGPP

Jaringan Kerajaan

search engine marketing company
Sejak Mei 2008

Tarikh & Masa Kemaskini

2 September 2010
2.30 petang

Penafian: Dasar Keselamatan Portal:
Hakcipta Terpelihara © 2009 Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan ie7 ke atas atau mozilla firefox dengan resolusi 1024x768
Kakitangan Bahagian Audit Pengurusan