Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

Uncategorised

Pendaftaran Hakmilik

Fungsi

  • Pendaftaran Hakmilik Sementara (QT)
  • Pendaftaran Hakmilik Kekal (FT)
  • Carian Persendirian dan carian rasmi

Penguatkuasaan & Teknikal

Fungsi

  • Mengawas pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang dipakai di negeri ini.
  • Bertanggungjawab untuk mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan Undang-Undang Kanun Tanah Negara 65, Akta Pemeliharaan Tanah Bukit 1960, Undang-Undang Air dan lain-lain yang sedang berkuatkuasa.
  • Mengumpul maklumat yang bersangkut paut dengan penguatkuasaan bagi tujuan perancangan dan tindakan yang bersesuaian.
  • Mengemaskini undang-undang dan peraturan tanah yang dipakai.
Teknologi Maklumat

Fungsi

  • Merekabentuk dan menyediakan borang-borang untuk mengutip dan mengemaskini maklumat-maklumat Sistem Data Tanah Negeri Pulau Pinang.
  • Menyedia, menganalisa dan menjalankan aturcara-aturcara untuk menyemak, memasukkan data dan mengeluarkan laporan atau maklumat dari data tersebut.
  • Melaksanakan cadangan-cadangan untuk mengurangkan tunggakan dan menambahkan kutipan-kutipan cukai seperti mengenalpasti tanah-tanah yang bertunggakan dan mengeluarkan bil atau surat peringatan kepada pemilik tanah.
  • Merekabentuk dan menyediakan bil-bil yang digunakan oleh Pejabat-pejabat Tanah di Pulau Pinang.
  • Memberi latihan kepada kakitangan pejabat-pejabat tanah yang terlibat dengan sistem komputer.
  • Menjalankan penyelenggaraan dan pengemaskinian ke atas Sistem Data Tanah Negeri Pulau Pinang mengikut kaedah-kaedah terbaru supaya prestasi sistem terus meningkat.
  • Menjalankan kajian, penganalisaan & pembangunan sistem untuk melaksanakan projek atau cadangan pentadbiran tanah atau negeri yang melibatkan penggunaan ICT.

Pembangunan

Fungsi

  • Memproses semua permohonan tanah:
  • Pemberimilikan Tanah
  • Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
  • Tukar Syarat Tanah
  • Mengeluarkan tanah dari Kawasan Tanah Bukit yang diwartakan
  • Enakmen Air 1967
  • Permit mengeluarkan Bahan Batuan
  • Perizaban Tanah
  • Pecah sempadan/ pecah bahagian / cantuman tanah
  • Penyerahan dan pemberimilikan semula
  • Kebenaran pindahmilik dan mencagar
  • Perolehan tanah oleh warganegara asing.

Khidmat Pengurusan

Fungsi

  • Menguruskan perlantikan, pesanan, peperiksaan, pengesahan dalam jawatan, kursus, kenaikan pangkat pemangkuan, pertukaran dan perlanjutan tempoh percubaan.
  • Menguruskan rayuan penyelarasan gaji dan pengubahsuaian gaji.
  • Mengemaskinikan data-data mengenai maklumat kakitangan ke Bahagian Komputer, Pusat Rekod Kakitangan JPA.
  • Mengurus tindakan tatatertib.
  • Menyediakan Anggaran Belanjawaan Tahunan Pejabat.Menguruskan pembelian alat-alat kelengkapan untuk pejabat.

 

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10