Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

E-Tanah

Benefits of eTanah

 

 


Faedah Sistem e-Tanah

Orang Awam

  • Perkhidmatan kaunter yang lebih mesra pelanggan melalui pendekatan "Single Point of Contact" (SPOC).
  • Pelanggan boleh mendapat maklumat secara dalam talian atau online, tak kira masa dan di mana saja.
  • Pelanggan boleh membuat bayaran cukai tanah melalui Internet dan di Pusat Bayaran Setempat seperti Pejabat Pos dan TMpoint selain di Pejabat Tanah di negeri berkenaan.
  • Pelanggan mendapat perkhidmatan lebih berkualiti, seragam, cekap, cepat dan berintegriti.
  • Pelanggan berpeluang menikmati perkhidmatan yang cepat, berkesan dan selamat.

 

Kerajaan

  • Urusan Permintaan Ukur dan Cetakan Pelan Akui dapat dibuat secara dalam talian antara pentadbir tanah dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • Ulasan Jabatan Teknikal dapat dipercepatkan melalui integrasi dengan aplikasi Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI)
  • Mempercepatkan proses aliran kerja bagi sesuatu urusan tanah daripada jabatan-jabatan yang berkaitan.
  • Proses urusan dalaman pentadbiran tanah dapat dibuat dengan cepat dan mudah.
  • Memudahkan kerja-kerja pemantauan, penguatkuasaan serta kawalan ke atas sebarang urusan tanah negara.
  • Membolehkan pihak kerajaan membuat perancangan secara betul dalam pembangunan tanah di sesebuah kawasan dengan cepat dan terkini.
  • Menambahkan hasil pendapatan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

 

 

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10