Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

Glossary PTGPP

Search for glossary terms (regular expression allowed)
Begin with Contains Exact termSounds like

Glossaries

All A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
TermDefinition
Pelupusan
bererti apa-apa pelupusan tanah atau ruang udara yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Kanun Tanah Negara. Ini membawa maksud bahawa PBN boleh membenarkan seseorang atau syarikat atau badan untuk mendudukki,memilikki dan mengusahakan tanah kerajaan
Pembeli

ertinya mana-mana orang atau badan yang dengan sucihati dan untuk balasan bernilai mendapat hak kepada atau sebarang kepentingan atas tanah

Pemungut
ertinya sebarang Pentadbir Tanah (PT), Pegawai Tanah, Pegawai Daerah ataupun pegawai lain yang dilantik di bawah undang-undang tanah negeri termasuklah Penolong PT atau Penolong Pegawai Daerah
Pendaftar
ertinya: a) berhubung dengan tanah yang dipegang atau akan dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran atau di bawah bentuk hakmilik sementara bersamaan dengan hakmilik Pejabat Pendaftaran atau di bawah hakmilik subsidiari yang bergantung kepada hamilik Pejabat Pendaftaran, Pendaftar Hakmilik atau Timbalan Pendaftar Hakmilik yang dilantik di bawah seksyen 12; b) berhubung dengan tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah atau di bawah bentuk hakmilik sementara bersamaan dengannya atau di bawah hakmilik subsidiari yang bergantung kepada hakmilik Pejabat Tanah, Pentadbir Tanah
Pengarah Negeri
ertinya Pengarah Tanah dan Galian bagi Negeri itu yang dilantik di bawah seksyen 12 dan termasuklah seorang Timbalan Pengarah Tanah dan Galian yang dilantik di bawahnya
Pentadbir Tanah
ertinya Pentadbir Tanah bagi Hasil yang dilantik di bawahnya dan berhubung dengan mana-mana tanah kepada Pentadbir Tanah hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada Pentadbir Tanah atau mana-mana Pentadbir Tanah Daerah yang mempunyai bidang kuasa dalam daerah atau daerah kecil di mana tanah itu terletak
Penyatuan tanah
bermaksud dua atau lebih lot-lot yang berdampingan yang dipegang secara berasingan disatukan menjadi satu lot untuk dipegang di bawah satu hakmilik dengan syarat hendaklah lot-lot tersebut terletak di Mukim, Bandar dan Pekan yang sama.
Perbadanan Pengurusan
Seksyem 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "Perbadanan Pengurusan" sebagai perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 39 yang terdiri daripada semua pemilik petak termasuklah dalam hal pembangunan berperingkat, pemilik blok atau blok sementara. Perbadanan Pengurusan bertaraf sebagai sebuah perbadanan atau “body corporate” iaitu ianya boleh mendakwa dan juga boleh didakwa. Perbadanan Pengurusan wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu berdaftar dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan.
Petak
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mendefinisikan "Petak" sebagai sesuatu bangunan yang dipecah bahagi, ertinya salah satu daripada unit individu yang (kecuali dalam hal suatu petak aksesori) terkandung dalamnya yang dipegang mengikut hakmilik strata yang berasingan dan berhubung dengan suatu tanah yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit-unit individu petak tanah.
Petak Aksesori
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "Petak Aksesori" sebagai mana-mana petak yang ditunjukkan dalam suatu pelan strata sebagai petak aksesori yang digunakan atau dicadang hendak digunakan bersama-sama dengan suatu petak. Petak aksesori dalam skim strata kebiasaannya merujuk kepada tempat letak kereta (parking) atau setor yang terletak di mana-mana lokasi dalam skim strata.

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10