Enforcement and Technical
Enforcement & Technical
Urusan
Penguatkuasaan | ||
Berikut adalah aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang(PTGPP): | ||
Rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi membenteras kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN). | ||
Siasatan/Tangkapan/Pendakwaan. | ||
Penguatkuasaan. | ||
Operasi Bersepadu Pencemaran Alam Sekitar | ||
Notis Seksyen 425 di bawah Kanun Tanah Negara (KTN). | ||
Mesyuarat penyelarasan bersama agensi Kerajaan berkaitan seperti MBPP, PBAPP, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). | ||
Teknikal | ||
Melaksanakan tugas penyaksian bagi urusan urusniaga dan bukan urusniaga tanah. | ||
Memproses permohonan perizaban tanah dan pembatalan perizaban tanah dan pajakan tanah di bawah Seksyen 62, 63 dan 64 KTN. | ||
Menyediakan pelan untuk jualan kepada orang awam/pelanggan. |
Kadar Bayaran/Fi
Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965
Tindakan Unit Penguatkuasaan
BIL | SEKSYEN | KESALAHAN | PENALTI / DENDA |
1. | 127 | Melanggar syarat tetap dan jenis-jenis penggunaan tanah | Denda tidak melebihi RM500.00 dan denda tambahan tidak kurang dari RM100.00 bagi tiap-tiap hari pelanggaran berterusan. Tanah dirampas. |
2. | 403 | Mengganggu, merosakkan, memindah tanda sempadan dan lain-lain. | Denda tidak melebihi RM500.00 atau membayar kos pemulihan |
3. | 425 (1) (a), (b), (c) | Penerokaan/pendudukan tanpa sah (i) Menduduki/membina bangunan (ii) Menerang/menanam (iii) Memotong/mengalih kayu-kayan | Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-dua sekali Sek. 425 (1) |
4. | 425 (1A) | Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. 425 (1) (a), (b), (c) | Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-dua sekali |
5. | 425A | Menggunakan ruang udara tanpa permit | Denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali. |
6. | 426 (1) | Mengeluar/mengalih atau mengangkut bahan-bahan batuan tanpa permit. | Dan sebagai tambahan boleh dikenakan bayaran sejumlah wang bersamaan nilai bahan-bahan yang dikeluarkan atau dirosakkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. |
7. | 426 (1A) | Memiliki, menyimpan bahan-bahan batuan di bawah Sek. 426 (1) tanpa kebenaran. | Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-dua sekali. |
8. | 426 (1B) | Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. 426 (1) dan Sek. 426 (1A) | Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-dua sekali. |
9. | 427 (1) | Membiar binatang ternakan meragut rumput di atas tanah kerajaan/rizab | Denda tidak lebih dari RM100.00 |
10. | 428 (2) | Menghalang hak lalulalang Pentadbir Tanah / Awam (i) Jalan awam (ii) Aliran air (iii) Tempat Awam |