Uncategorised
Uncategorised
Carta Organisasi PTGPP
Klik imej dibawah untuk muat turun Carta Organisasi PTGPP.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang pegawai dan kakitangan PTGPP sila tekan pautan berikut : idirektori PTGPP
Maklumat Korporat
Asas Penubuhan
Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang ditubuhkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penubuhan ini adalah sejajar dengan kehendak perlembagaan dan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang merupakan salah satu daripada jabatan dibawah Kerajaan Negeri dengan Pengarah adalah sebagai Ketua Jabatan dan juga selaku Pegawai Pengawal bagi menguruskan hal ehwal kewangan jabatan.
Ianya mengandungi 3 Bahagian, iaitu Pejabat Pengarah, Pengurusan dan Pendaftaran. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang mewujudkan beberapa unit seperti Khidmat Pengurusan, Pembangunan, Perundangan, Audit Pengurusan, Pendaftaran Hakmilik, Hakmilik Strata, Hasil dan Teknologi Maklumat.
Visi/Misi
Visi
"Ke Arah Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Yang Cekap dan Berkesan
Sebagai Pemangkin Pembangunan Negeri Pulau Pinang"
Misi
"Menyediakan Urusan dan Perkhidmatan Tanah Yang Unggul Dan Cemerlang Melalui Perancangan, Pelaksanaan, Penyeliaan
Serta Pematuhan Ke atas Undang-undang Dan Peraturan Tanah"
Tab Nilai Teras
- Pelanggan Diutamakan
- Telus dan Amanah Dalam Urusan
- Gigih Dan Berhemah Tinggi
- Profesional Dan Dinamik
- Produktiviti Yang Tinggi Dan Kualiti Asas Amalan
Fungsi
- Sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Tanah Negeri bagi memproses semua permohonan tanah
- Membantu Kerajaan Negeri Merangka Dasar Tanah Negeri.
- Menentukan Pengurusan Tanahdi Negeri Pulau Pinang dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan Sistematik.
- Menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang selaras dengan hasrat untuk menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan.
- Menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod hakmilik tanah supaya berada dalam keadaan baik, kemas dan selamat.
Dasar Privasi & Keselamatan
Dasar Privasi
1. Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
2. Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
3. Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
4. Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Dasar Keselamatan
1. Perlindungan DataTeknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
2. Keselamatan Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Perutusan PTGPP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang kini semakin berkembang dari semasa ke semasa sejak sebelum 2006 lagi sehingga sekarang ia dibangunkan. Ia sentiasa dikemaskini, ditambahbaik, ditambah nilai serta dinaik taraf dengan maklumat, fungsi serta teknologi terkini. Sebelum ini ia hanyalah merupakan Laman Web Rasmi PTG Pulau Pinang tetapi pada tahun 2012 ia telah dinaik taraf sebagai Portal Rasmi PTG Pulau Pinang seperti yang anda dapat layari sekarang ini.
Dalam sejarah PTG Pulau Pinang dan perkembangan ICT di PTG dan di Pulau Pinang, pada tahun 2012 Portal Rasmi PTG Pulau Pinang pertama kalinya telah memperolehi penarafan 5 bintang oleh MDeC dan MAMPU dalam MGPWA 2012 (Malaysia Government Portal and Website Assessment) dan sekali lagi penarafan 5 bintang tersebut dapat dikekalkan pada tahun 2013.
Ia dibangunkan dengan objektif untuk memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai profil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta fungsi-fungsi dan kemudahan perkhidmatan online.
Selamat melayari Portal Rasmi PTG yang bersifat informatif dan interaktif versi terkini ini. Harapan saya agar ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia amnya dan di Pulau Pinang khususnya berkaitan dengan Pentadbiran Tanah di Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.