Glosari PTGPP

Search for glossary terms (regular expression allowed)
Begin with Contains Exact termSounds like

Glossaries

All A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Term Definition
Tahun Kalendar
ertinya tahun yang bermula pada hari pertama bulan Januari
Tanah
Dalam pengertian biasa, kita menganggap ‘tanah’ sebagai mukabumi. Tetapi didalam undang-undang, perkataan ‘tanah’ ditakrifkan berbagai cara mengikut kesesuaian, maksud dan kehendak undang-undang itu. Bagi maksud Kanun Tanah Negara “tanah” ditakrifkan sebagai termasuk:- i) mukabumi dan semua benda yang menjadi mukabumi itu; ii) tanah yang dibawah mukabumi dan semua benda yang terkandung didalamnya; iii) semua tumbuh-tumbuhan, sama ada semula jadi atau di tanam, sama ada diatas atau dibawah mukabumi; iv) semua benda yang terlekat pada mukabumi, atau yang dilekatkan secara kekal pada apa-apa benda yang terlekat pada mukabumi, sama ada diatas atau dibawah mukabumi itu; dan v) tanah yang diliputi oleh air.
Tanah Kerajaan
ertinya semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak dasar mana-mana sungai dan tepi pantai serta dasar laut seperti yang adalah dalam lingkungan wikayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari a) tanah berimilik; b)tanah rizab; c) tanah lombong; d) mana-mana tanah yang, di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan simpanan
Tanah lombong
ertinya mana-mana tanah berkenaan dengan man suatu pajakan lombong atau sijil lombong yang diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan ada buat masa itu berkuatkuasa
Tanah Milik
iaitu mana-mana tanah yang ada hakmilik berdaftar baginya seperti Pajakan Negeri, Geran Mukim, Hakmilik Sementara dan sebagainya.
Tanah Persekutuan
bermaksud tanah-tanah yang digunakan oleh Kementerian/Jabatan Persekutuan yang terdiri dari 9 jenis iaitu: (i). Tanah yang dipegang di bawah suatu dokumen hakmilik (termasuk hakmilik strata dan stratum) yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. (ii). Tanah kerajaan yang dirizabkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 ( KTN ) atau undang-undang tanah lama untuk kegunaan Persekutuan, mengikut kuatkuasa Perkara 85 (5) Perlembagan Persekutuan . (iii). Tanah di negeri negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu yang dianggap sebagai rizab untuk kegunaan Persekutuan di bawah Perkara 166 (4) Perlembagaan Persekutuan. (iv). Tanah di Negeri negeri Melaka dan Pulau Pinang yang diduduki, diguna , dikawal dan diurus untuk kegunaan Persekutuan di bawah Perkara 166(3) Perlembagaan Persekutuan. (v). Tanah yang diterima pajakan di bawah seksyen 221 KTN atau seksyen yang berkenaan di bawah undang undang tanah lama (vi). Tanah yang disewa di bawah seksyen 223 KTN (vii). Tanah yang diduduki dengan mendapat Lesen Pendudukan Sementara (T.O.L) daripada Kerajaan Negeri. (viii). Tanah yang digunakan bagi suatu masa yang tidak melebihi 3 tahun melalui kuatkuasa seksyen 57 Akta Pengambilan Tanah 1960. (ix). Penggunaan ruang udara di atas tanah Kerajaan atau tanah rizab dengan mendapat permit daripada Kerajaan Negeri.
Tanah rizab
ertinya tanah yang buat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 62 atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu
Tanah Rizab Hutan
iaitu mana-mana tanah yang dirizabkan sebagai Rizab Hutan dibawah undang-undang perhutanan.
Tanda rujukan ukur
ertinya apa-apa lampu isyarat, tanda melintang standard, kotak jalan, tapak ukuran jarak elektronik, pilar sempadan negeri, pilar sempadan antarabangsa, tanda ukur, stesen geodatik atau lain-lain tanda yang digunakan berkaitan dengan ukur untuk sempadan
Tempoh Permulaan
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "tempoh permulaan" sebagai tempoh yangbermula dari tertubuhnya perbadanan pengurusan dan berakhir bila terdapatnya pemilik tidak termasuk pemilik lot yang didaftarkan sebagai pemilik petak atau petak-petak atau blok atau blok-blok sementara yang bilangan unit syernya itu sekurang-kurangnya satu perempat daripada agregat unit syer.

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

13 Mac 2024 | 2:54 PM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak boleh beroperasi buat masa ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10