Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

Uncategorised

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI 

4 Bintang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti tahun 2012

 

PERSIJILAN 5S

Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang (PTG) telah dianugerahkan Persijilan 5S pada tahun 2012.

Persijilan Semula 5S pada tahun 2013.

PENCAPAIAN 5 BINTANG PORTAL RASMI PTGPP DALAM MGPWA

Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang (PTG) telah mencapai status 5 Bintang dalam MGPWA 2012, 2013 dan 2014.

 

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Tempat Ketiga

Kategori Sektor Awam, Perbarisan Hari Kebangsaan ke-56, Peringkat Negeri Pulau Pinang, 2013.

Johan

Kategori Sektor Awam, Perbarisan Hari Kebangsaan ke-55, Peringkat Negeri Pulau Pinang, 2012.

Tempat Ketiga

Kategori Sektor Awam, Perbarisan Hari Kebangsaan ke-54, Peringkat Negeri Pulau Pinang, 2011.

 Tempat Kedua

Kategori Sektor Awam, Perbarisan Hari Kebangsaan ke-53, Peringkat Negeri Pulau Pinang, 2010.

Tempat Kedua

Kategori Sektor Awam, Perbarisan Hari Kebangsaan ke-52, Peringkat Negeri Pulau Pinang, 2009.

 

PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Kategori Kontinjen Terbaik, Perarakan Maulidur Rasul 1432H, Peringkat Negeri Pulau Pinang, 2011.

 
 
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Anugerah Persembahan Terbaik Kumpulan Smart Endos, 2013.
 

"TIADA Tender, Jawatan Kosong , dan Sebut Harga Terkini buat masa ini"

Pengenalan Bahagian Hasil

Bahagian Hasil bertanggungjawab dalam mengutip dan meningkatkan sumber pendapatan Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, bahagian ini juga berfungsi untuk memaksimumkan kutipan hasil tanah dan meminimumkan tunggakan bagi memastikan tunggakan bagi memastikan perkembangan ekonomi Negeri Pulau Pinang berkembang pesat dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Objektif

  • Mengutip segala terima wang awam, kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan deposit daripada pihak awam dengan cekap dan berakauntabiliti

  • Meningkatkan hasil dan mengurangkan tunggakan

  • Memastikan segala urusan kutipan wang awam dilaksanakan mengikut prosedur dan pekeliling yang telah ditetapkan

Fungsi Utama

  • Menyelaras pungutan hasil dengan cara yang cekap dan berkesan.

  • Menyelaras laporan pungutan hasil bulanan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang

  • Meningkatkan kesedaran dan rasa bertanggungjawab pemilik-pemilik tanah terhadap kewajipan membayar cukai tanah.

  • Memastikan semua daerah menghantar bil-bil cukai tanah pada masa yang telah ditetapkan.

  • Memantau tunggakan hasil.

Audit Pengurusan

Fungsi

  • Mengkaji sistem, prosedur dan operasi pentadbiran tanah bagi menentukan kawalan dalaman adalah mencukupi, berkesan, ekonomi dan sesuai. Memastikan pentadbiran tanah mematuhi undang-undang, peraturan, arahan-arahan dan dasar-dasar yang berkuatkuasa.
  • Memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang melalui pemerhatian dan laporan audit secara bebas, objektif dan tepat pada masanya mengenai operasi pentadbiran tanah
  • Mengemukakan pemerhatian dan laporan audit kepada Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang.
  • Memantau dan memeriksa, pemerhatian dan laporan audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara, Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dan Seksyen Audit Pengurusan & Pemantauan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
  • Mengemukakan Laporan Audit Tahunan kepada Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dan Seksyen Audit Pengurusan & Pemantauan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Perundangan

Fungsi

  • Memberikan perkhidmatan mengenai pandangan perundangan dan khidmat nasihat serta menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan adil dan cekap mengikut lunas undang – undang yang berkaitan.
  • Menjalankan apa-apa tugas yang berkaitan dengan undang – undang dari semasa ke semasa apabila di rujuk ke bahagian ini.
  • Selain daripada itu, bahagian perundangan juga menyelesaikan masalah berbangkit oleh Pejabat Tanah daerah, Jabatan-jabatan lain, dan juga bahagian dalam di Pejabat Tanah Galian Pulau Pinang.
  • Menyediakan maklum balas kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang bagi tujuan Pendakwaan / rujukan ke mahkamah bagi isu-isu berkaitan Penipuan Hakmilik, Pendaftaran urusan, Pencerobohan Tanah Kerajaan , curi bahan batuan serta Hakmilik Strata.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10