Faedah Sistem e-Tanah
Orang Awam
- Perkhidmatan kaunter yang lebih mesra pelanggan melalui pendekatan "Single Point of Contact" (SPOC).
- Pelanggan boleh mendapat maklumat secara dalam talian atau online, tak kira masa dan di mana saja.
- Pelanggan boleh membuat bayaran cukai tanah melalui Internet dan di Pusat Bayaran Setempat seperti Pejabat Pos dan TMpoint selain di Pejabat Tanah di negeri berkenaan.
- Pelanggan mendapat perkhidmatan lebih berkualiti, seragam, cekap, cepat dan berintegriti.
- Pelanggan berpeluang menikmati perkhidmatan yang cepat, berkesan dan selamat.
Kerajaan
- Urusan Permintaan Ukur dan Cetakan Pelan Akui dapat dibuat secara dalam talian antara pentadbir tanah dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Ulasan Jabatan Teknikal dapat dipercepatkan melalui integrasi dengan aplikasi Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI)
- Mempercepatkan proses aliran kerja bagi sesuatu urusan tanah daripada jabatan-jabatan yang berkaitan.
- Proses urusan dalaman pentadbiran tanah dapat dibuat dengan cepat dan mudah.
- Memudahkan kerja-kerja pemantauan, penguatkuasaan serta kawalan ke atas sebarang urusan tanah negara.
- Membolehkan pihak kerajaan membuat perancangan secara betul dalam pembangunan tanah di sesebuah kawasan dengan cepat dan terkini.
- Menambahkan hasil pendapatan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.