Glossary PTGPP
Glossaries
Term | Definition |
---|---|
Gadaian |
merupakan satu urusniaga dimana tuan punya tanah atau pajakan memindahkan hak kepentingannya keatas tanah berimilik kepada pihak kedua sebagai jaminan kepada pembayaran pinjaman,anuiti dan lain-lain bayaran bertempoh. Tuanpunya tanah masih lagi memegang hak keatas tanah itu.Tuan punya tanah atau pajakan biasanya dikenali sebagai Penggadai dan pihak kedua yang memberi pinjaman diistilahkan sebagai Pemegang Gadaian. Pada kebiasaannya Penggadai (chargor) adalah merupakan orang atau badan yang memilikki sesuatu tanah atau kepentingan. . Manakala Pemegang Gadaian pula adalah pihak yang menerima gadaian
|
Geran |
ertinya dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5B (iaitu dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini dengan tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran untuk selama-lamanya)
|
Geran Mukim |
ertinya satu dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5D (iaitu dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini mengenai tanah yang dipegang di bawah hakmiik Pejabat Tanah selama-lamanya)
|