Glossary PTGPP
Glossaries
Term | Definition |
---|---|
Pajakan |
ertinya pajakan berdaftar atau pajakan kecil tanah berimilik
|
Pajakan kecil |
ertinya satu pajakan kecil berdaftar bagi mana-mana tanah berimilik
|
Pajakan Mukim |
ertinya satu dokumen hakmilik daftaran dalan Borang 5E (iaitu dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini mengenai tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah untuk tempoh beberapa tahun)
|
Pajakan Negeri |
ertinya satu dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5c (iaitu dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini kepada tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran untuk satu tempoh beberapa tahun)
|
Pecah bahagian tanah |
bermaksud satu lot tanah yang di pegang oleh dua orang atau lebih sebagai tuanpunya bersama dipecah bahagikan supaya terletakhak kepada setiap orang daripada mereka, di bawah hakmilik yang berasingan , bermakna setiap seorang tuantanah mendapat hakmilik diatas nama masing-masing.
|
Pecah sempadan tanah |
bermaksud satu lot tanah dipecah kepada 2 atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuanpunya bersama yang sama.
|
Pelupusan |
bererti apa-apa pelupusan tanah atau ruang udara yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Kanun Tanah Negara. Ini membawa maksud bahawa PBN boleh membenarkan seseorang atau syarikat atau badan untuk mendudukki,memilikki dan mengusahakan tanah kerajaan
|
Pembeli | ertinya mana-mana orang atau badan yang dengan sucihati dan untuk balasan bernilai mendapat hak kepada atau sebarang kepentingan atas tanah |
Pemungut |
ertinya sebarang Pentadbir Tanah (PT), Pegawai Tanah, Pegawai Daerah ataupun pegawai lain yang dilantik di bawah undang-undang tanah negeri termasuklah Penolong PT atau Penolong Pegawai Daerah
|
Pendaftar |
ertinya:
a) berhubung dengan tanah yang dipegang atau akan dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran atau di bawah bentuk hakmilik sementara bersamaan dengan hakmilik Pejabat Pendaftaran atau di bawah hakmilik subsidiari yang bergantung kepada hamilik Pejabat Pendaftaran, Pendaftar Hakmilik atau Timbalan Pendaftar Hakmilik yang dilantik di bawah seksyen 12;
b) berhubung dengan tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah atau di bawah bentuk hakmilik sementara bersamaan dengannya atau di bawah hakmilik subsidiari yang bergantung kepada hakmilik Pejabat Tanah, Pentadbir Tanah
|