Glossary PTGPP
Glossaries
Term | Definition |
---|---|
Tanah rizab | ertinya tanah yang buat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 62 atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu |
Tanah Rizab Hutan | iaitu mana-mana tanah yang dirizabkan sebagai Rizab Hutan dibawah undang-undang perhutanan. |
Tanda rujukan ukur | ertinya apa-apa lampu isyarat, tanda melintang standard, kotak jalan, tapak ukuran jarak elektronik, pilar sempadan negeri, pilar sempadan antarabangsa, tanda ukur, stesen geodatik atau lain-lain tanda yang digunakan berkaitan dengan ukur untuk sempadan |
Tempoh Permulaan | Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "tempoh permulaan" sebagai tempoh yangbermula dari tertubuhnya perbadanan pengurusan dan berakhir bila terdapatnya pemilik tidak termasuk pemilik lot yang didaftarkan sebagai pemilik petak atau petak-petak atau blok atau blok-blok sementara yang bilangan unit syernya itu sekurang-kurangnya satu perempat daripada agregat unit syer. |
Tuanpunya | ertinya mana-mana orang atau badan yang buat masa itu didaftarkan sebagai tuanpunya mana-mana tanah berimilik |
Undang-Undang tanah terdahulu | ertinya mana-mana undang-undang berhubungan dengan tanah yang berkuatkuasa di dalam Negeri itu pada bila-bila masa sebelum bermulanya Akta ini |
Unit-unit Syer | Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "unit-unit syer" sebagai unit-unit syer yang ditetapkan bagi petak itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual unit-unit syer. |
Urusniaga | ertinya apa-apa transaksi berkenaan dengan tanah berimilik yang dikuatkuasakan di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh Divisyen IV dan apa-apa transaksi yang serupa yang dikuatkuasakan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang tanah terdahulu tetapi tidak termasuk mana-mana kaveat atau perintah larangan |