SOALAN LAZIM BERKAITAN HAKMILIK STRATA
(Untuk muat turun soalan lazim ini, sila klik DISINI)
 
 
arrow
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan pecah bahagi bangunan kepada petak dan tanah?
 
Jawapan:
 
 
 
 
 
Pecah bahagi ini bermaksud pengeluaran hakmilik berasingan yang dipanggil hakmilik strata bagi tiap-tiap petak (unit) dalam bangunan yang mempunyai dua (2) tingkat atau lebih atas tanah berimilik dan dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap. Mana-mana tanah berimilik yang mempunyai dua (2) bangunan atau lebih dan tidak melebihi empat tingkat dalam satu lot boleh juga dipecah bahagi kepada petak-petak tanah yang akan dikeluarkan hakmilik strata yang berasingan.
 
arrow
Soalan:
Siapakah yang boleh memohon pecah bahagi bangunan?
 
Jawapan:
Dibawah Seksyen 7 Akta Hakmilik Strata 1985, pemilik mana-mana tanah berimilik yang mana di atasnya terdapat bangunan yang boleh dipecah bahagi di bawah Seksyen 6 Akta Hakmilik Strata 1985 boleh memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan atau tanah bagi mendapatkan hakmilik strata.
 
arrow
Soalan:
Siapakah yang wajib memohon pecah bahagi bangunan?
 
Jawapan:
Mana-mana tuan tanah yang telah menjual atau bersetuju menjual salah satu daripada petak-petak dalam skim strata yang berkenaan, maka tuan tanah hendaklah memohon hakmilik strata mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Seksyen 8 Akta Hakmilik Strata 1985.
 
arrow
Soalan:
Apakah syarat-syarat untuk memohon pecah bahagi bangunan?
 
Jawapan:
Jenis Permohonan
(i) Pecah Bahagi Bangunan
(ii) Pecah Bahagi Tanah
Syarat-Syarat Bangunan
- Mempunyai 2 tingkat atau lebih
- Tidak melebihi 4 tingkat bagi setiap petak tanah
- Diperakui sebagai Bangunan Kos Rendah oleh Pihak Berkuasa Negeri (jika berkaitan)
- Bangunan terlibat bukan bangunan kos rendah
- Bangunan merupakan blok sementara (jika ada)
- Bangunan BUKAN merupakan blok sementara
- Bangunan didirikan dalam 1 lot tanah
- Diperakui siap oleh Pihak Berkuasa Tempatan/Arkitek iaitu bangunan memperolehi Sijil Layak Menduduki/Perakuan Siap dan Pematuhan
Syarat-Syarat Tanah
- Merupakan tanah berimilik (alienated land)
- Tanah dipegang di bawah 1 lot
- Baki pajakan (leasehold) tidak kurang 21 tahun
- Tanah dipegang di bawah hakmilik kekal
- TGadaian ke atas hakmilik tanah telah dilepaskan
 
 
arrow
Soalan:
Apa yang dimaksudkan dengan Hakmilik Strata?
 
Jawapan:
Hakmilik yang dikeluarkan di bawah Seksyen 16 Akta Hakmilik Strata 1985 untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah. Hakmilik Strata disediakan atas nama orang yang terakhir sekali didaftarkan sebagai pemilik lot tanah yang diberikan.
 
arrow
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan Petak?
 
Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mendefinisikan "Petak" sebagai sesuatu bangunan yang dipecah bahagi, ertinya salah satu daripada unit individu yang (kecuali dalam hal suatu petak aksesori) terkandung dalamnya yang dipegang mengikut hakmilik strata yang berasingan dan berhubung dengan suatu tanah yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit-unit individu petak tanah.
 
arrow
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan petak aksesori?
 
Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "Petak Aksesori" sebagai mana-mana petak yang ditunjukkan dalam suatu pelan strata sebagai petak aksesori yang digunakan atau dicadang hendak digunakan bersama-sama dengan suatu petak. Petak aksesori dalam skim strata kebiasaannya merujuk kepada tempat letak kereta (parking) atau setor yang terletak di mana-mana lokasi dalam skim strata.
 
arrow
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan blok sementara?
 
Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "blok sementara " sebagai suatu blok berkenaan dengan sesuatu bangunan yang dicadang untuk, atau sedang didirikan atas bangunan atau tanah, yang baginya suatu hakmilik strata sementara yang berasingan telah dipohon.
 
arrow Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan unit-unit syer?
  Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "unit-unit syer" sebagai unit-unit syer yang ditetapkan bagi petak itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam daftar strata.
 
arrow
Soalan:
Apakah maksud perbadanan pengurusan?
 
Jawapan:
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "Perbadanan Pengurusan" sebagai perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 17 Akta Hakmilik Strata 1985 yang terdiri daripada semua pemilik petak termasuklah dalam hal pembangunan berperingkat, pemilik blok atau blok sementara.
   
Perbadanan Pengurusan bertaraf sebagai sebuah perbadanan atau “body corporate” iaitu ianya boleh mendakwa dan juga boleh didakwa. Perbadanan Pengurusan wujud di bawah Akta Hakmilik Strata dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan.
 
arrow Soalan:
Apakah sebab sesuatu bangunan berbilang tingkat itu belum mendapat hakmilik strata?
  Jawapan:
Sebab sesuatu bangunan berbilang tingkat itu belum mendapat hakmilik strata adalah seperti berikut:
    (i) Pemilik asal gagal membuat permohonan pecah bahagi bangunan untuk pengeluaran hakmilik strata
   
(ii) Permohonan pecah bahagi bangunan tidak menepati syarat-syarat kelulusan di bawah Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985, contohnya pemilik tanah belum melepaskan gadaian, lot-lot tanah belum dicantumkan menjadi satu lot di bawah hakmilik muktamad, masih terdapat tunggakan cukai tanah, lot tanah masih berstatus hakmilik sementara.
 
arrow Soalan:
Bilakah pembeli akan diberikan hakmilik strata?
  Jawapan:
Pembeli akan diberikan hakmilik strata setelah pemilik asal dan pembeli menyempurnakan pindahmilik strata.
 
arrow
Soalan:
Apakah hak-hak pemilik petak di bawah Akta Hakmilik Strata 1985?
 
Jawapan:
Hak-hak pemilik petak di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 adalah seperti berikut:
    (i) Berhubungan dengan petaknya, pemilik petak mempunyai kuasa-kuasa yang diberi oleh Kanun Tanah Negara kepada seorang pemilik berhubungan dengan tanahnya seperti memindahmilik, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak hakmilik (Seksyen 34 Akta Hakmilik Strata 1985)
    (ii) Mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dibuat oleh oleh Perbadanan Pengurusan (Seksyen 36 Akta Hakmilik Strata 1985)
    (iii) Hak menggunakan harta bersama (Seksyen 34 Akta Hakmilik Strata 1985)
    (iv) Hak ke atas perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, bekalan elektrik dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pembangunan yang berstrata tersebut (Seksyen 35 Akta Hakmilik Strata 1985)
 
 

go greensmall

PTG D'Online
Makluman kepada pengguna, SSO (Single Sign On) digunakan untuk log masuk sistem-sistem aplikasi PTGPP.
 
INOVASI & INISIATIF ICT PTGPP
[ INTERNET ]
(Klik tab di bawah untuk maklumat lanjut)

PTGUpFile

PTGUpFile20BannerPTGUpFile
(Sistem Muat Naik Fail PTG Pulau Pinang)

Merupakan inisiatif & inovasi ICT untuk kemudahan Muat Naik Fail dan Muat Turun fail-fail untuk keperluan LANDCOM di Bahagian Pembangunan PTG bagi membantu dan mengatasi-masalah Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) membuat penghantaran fail-fail berkaitan LANDCOM ke PTG tanpa perlu lagi menggunakan kaedah manual dengan penghantaran CD/pen drive/email(masalah saiz fail besar) dan memudahkan pengurusan PTG memuat turun fail-fail dan dokumen-dokumen LANDCOM secara online dengan lebih pantas dan bersistematik.

PTGSmat

PTGSmat20bannerPTGSmat

(Sistem Maklumat Pegawai dan Kakitangan PTG Pulau Pinang)

Merupakan inisiatif & inovasi ICT sebagai Sistem Maklumat Khas untuk Pegawai dan Kakitangan PTG Pulau Pinang untuk Bahagian Khidmat Pengurusan PTG.Ia yang berfungsi untuk mengumpul dan mengurus profail pegawai dan kakitangan PTG. Ia diintegrasikan dengan Portal Rasmi PTG Pulau Pinang sebagai direktori kakitangan untuk makluman orang ramai dan warga PTG serta untuk muat naik/turun borang-borang online PTG. Selain itu ia juga mempunyai Maklumat Aktiviti Jabatan, Ruangan Motivasi Pekerja, Senarai Hari Lahir Auto Pegawai dan Kakitangan dan sebagainya. Akan datang akan dibangunkan pelbagai lagi modul baru seperti tempahan bilik mesyuarat, tempahan kenderaan pejabat dan log masuk stor PTG.

PTGKuari

PTGKuari20Banner PTGKuari

(Sistem Maklumat Kuari PTG Pulau Pinang)

Ia juga salah satu lagi inisiatif & inovasi ICT untuk Bahagian Pembangunan PTG untuk merekod semua data-data Kuari dan boleh digunakan untuk rujukan oleh PTG dan Pejabat Daerah di Pulau Pinang. Maklumat Kuari termasuk dokumen dan gambar-gambar lokasi juga boleh diperolehi melalui sistem ini. Ia dapat dijadikan sebagai pangkalan data berpusat untuk rujukan maklumat Kuari di Pulau Pinang.

PTGBil

PTGBil20bannerPTGBil

(Sistem Permohonan Pengemaskinian Maklumat Bil Cukai Tanah PTG Pulau Pinang)

Sistem PTGBil merupakan satu medium yang membolehkan orang awam (pengguna) membuat permohonan pengemaskinian maklumat pada bil cukai tanah dan menyemak status permohonan tersebut secara online menggunakan kad pengenalan (MyID) dan nombor pengenalan lain. Permohonan pengemaskinian maklumat-maklumat pembayar cukai tanah adalah seperti nama pembayar, nombor kad pengenalan, alamat penghataran bil cukai tanah, nombor telefon, telefon bimbit dan e-Mel. Pengemaskinian data akan dibuat pada Sistem e-TANAH & maklumat asal yang dimasukkan pengguna setelah permohonan disahkan tepat & betul oleh pegawai/kakitangan yang bertugas. Akan datang, pengguna juga boleh membuat persetujuan untuk menerima bil cukai tanah melalui e-Mel dan lain-lain maklumat serta notifikasi dari PTG Pulau Pinang.

 
INOVASI & INISIATIF ICT PTGPP
[ INTRANET ]
(Hanya boleh diakses dalam rangkaian Penang*NET sahaja)
(Klik tab di bawah untuk maklumat lanjut)

PTGendos

PTGendos20banner PTGendos
(Sistem Rekod dan Pemantauan Dokumen Perserahan PTGPP)

PTGendos ini merupakan inisiatif & inovasi ICT untuk memudahkan proses memantau dan merekod semua proses perserahan bagi urusan Urusniaga dan Bukan Urusniaga yang masuk sehingga keluar di Bahagian Strara & Pendaftaran di PTG Pulau Pinang dan sehingga ke proses jilid. Sistem ini digunakan oleh kerani kemasukan untuk membuat kemasukan, pendaftar untuk mengesahkan perserahan, kerani isihan untuk menyerahkan perserahan kepada pelanggan dan proses rekod dan kerani rekod untuk proses penjilidan dan disimpan perserahan tersebut ke bilik kebal. Setiap dokumen perserahananugerah20inovasi tersebut direkodkan dan dipantau pergerakannya menggunakan sistem ini mengikut tugas pegawai/kakitangan yang melaksanakannya. Sistem ini dan PTG Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi dalam Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009.

PTGScan

PTGScan20BannerPTGScan
(Sistem Simpanan dan Carian Maklumat Surat PTG Pulau Pinang
)

 

Sistem PTGScan ini dibangunkan untuk Bahagian Khidmat Pengurusan PTG untuk proses kemasukan dan kemaskini surat-surat masuk jabatan. Surat boleh diakses, dibuat carian dan dimuat turun oleh semua warga PTG untuk rujukan, semakan, gantian surat yang hilang, surat asal yang dicari tidak dijumpai dan sebagainya. Dengan adanya sistem ini dapat dijadikan sandaran apabila berlaku keciciran & kehilangan surat asal serta dapat dijadikan pangkalan data koleksi surat jabatan.

 

PTGHelpdesk

PTGHelpdesk20BannerPTGHelpDesk
(Sistem Aduan,Pinjaman Peralatan & Khidmat Rundingan dan Nasihat ICT PTG Pulau Pinang)

PTGHelpdesk adalah sistem yang dibangunkan berkonsepkan knowledge base. Sistem ini mempunyai 3 modul utama iaitu Klinik ICT untuk menerima dan menyelesaikan aduan dan masalah ICT pengguna, Peminjaman Peralatan ICT untuk permohonan peralatan ICT bagi urusan di PTG dan Khidmat Rundingan dan Nasihat ICT untuk mendapatkan Khidmat Rundingan dan Nasihat berkaitan ICT. Sistem ini akan digunakan oleh semua Pegawai dan Kakitangan PTG untuk mendapatkan perkhidmatan ICT dari Bahagian Teknologi Maklumat PTG. Sistem ini juga dapat membantu menepati Piagam Pelanggan Bahagian Teknologi Maklumat PTG.

PTGChateX

PTGChateXnewProjek PTGChateX 

 (Saluran Komunikasi Teks Rasmi PTGPP)

Merupakan satu inisiatif ICT Bahagian Teknologi Maklumat PTGPP untuk meningkatkan tahap & saluran komunikasi antara pegawai dan kakitangan tertentu di semua bahagian di PTG Pulau Pinang dan Pejabat Tanah & Daerah (PTD) menggunakan kaedah mekanisma perisian chat khas untuk kegunaan dalaman PTG dan PTG-PTD.

Selain dari saluran komunikasi e-Mel, SMS dan telefon yang sedia ada, penggunaan kaedah chat dalam urusan rasmi harian amat berkesan dalam proses komunikasi dua hala, banyak hala (broadcast) - pengumuman, kaedah perkongsian fail dalam organisasi, pemantauan pegawai, komunikasi mendatar dan dengan pengurusan atasan dengan lebih cekap di samping dapat meningkatkan produktiviti kerja pegawai & kakitangan PTG.

Skrin Shot

iPadPTG

iPadPTG thumbnail

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

iPadPTG Online

iPadPTG Online PTGPP merupakansatuGerbangAplikasidanMaklumatyang memudahkanpenyampaiandanperkongsianmaklumatsertamemudahkancapaiankepadasistem-sistemdanaplikasiaplikasidalamandanluarankepadasemuapegawaidankakitangan PTG Pulau Pinang. Iadilancarkanpada  Isnin, 16 Januari 2012 yang lalu.

 

Akses Sistem |Skrin Shot 1|Skrin Shot 2|Skrin Shot 3 |Manual Pengguna

MyID

 

NAMA PERKHIDMATAN YANG SUDAH MENGGUNAKAN MyID

1 Permohonan Pengemaskinian Maklumat Pembayar Bil Cukai Tanah Semakan status permohonan adalah menggunakan No. KP seperti tertera di MyKad. Semakan Online boleh dicapai melalui pautan Semak Permohonan Mengemaskini Maklumat Pembayar Cukai Tanah di http://ptg.penang.gov.my/ptgbil
2

Semakan Kebenaran PindahMilik Tanah

Pertanyaan status permohonan menggunakan MyID pemohon melalui sistem eTanah
3 Semakan  Kebenaran Cagar Tanah
4


Semakan Kebenaran Pajakan/Pajakan Kecil

STATISTIK PERKHIDMATAN ONLINE 2024

BIL NAMA PERKHIDMATAN TAHUN 2024
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS
1 Pengemaskinian Maklumat Pembayar Cukai Tanah Dan Menyemak Status Permohonan 921  496  350  258                
2 Bilangan Transaksi Carian 8,678 7,188 8,205  8,072                

[ Dikemaskini pada 03 MEI 2024 ]

 

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

3 Mei 2024 | 11:55 AM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak boleh beroperasi buat masa ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10