Kadar pengguna: 4 / 5
Asas Penubuhan
Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang ditubuhkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penubuhan ini adalah sejajar dengan kehendak perlembagaan dan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang merupakan salah satu daripada jabatan dibawah Kerajaan Negeri dengan Pengarah adalah sebagai Ketua Jabatan dan juga selaku Pegawai Pengawal bagi menguruskan hal ehwal kewangan jabatan.
Ianya mengandungi 3 Bahagian, iaitu Pejabat Pengarah, Pengurusan dan Pendaftaran. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang mewujudkan beberapa unit seperti Khidmat Pengurusan, Pembangunan, Perundangan, Audit Pengurusan, Pendaftaran Hakmilik, Hakmilik Strata, Hasil dan Teknologi Maklumat.
Visi/Misi
Visi
"Ke Arah Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Yang Cekap dan Berkesan
Sebagai Pemangkin Pembangunan Negeri Pulau Pinang"
Misi
"Menyediakan Urusan dan Perkhidmatan Tanah Yang Unggul Dan Cemerlang Melalui Perancangan, Pelaksanaan, Penyeliaan
Serta Pematuhan Ke atas Undang-undang Dan Peraturan Tanah"
Tab Nilai Teras
- Pelanggan Diutamakan
- Telus dan Amanah Dalam Urusan
- Gigih Dan Berhemah Tinggi
- Profesional Dan Dinamik
- Produktiviti Yang Tinggi Dan Kualiti Asas Amalan
Fungsi
- Sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Tanah Negeri bagi memproses semua permohonan tanah
- Membantu Kerajaan Negeri Merangka Dasar Tanah Negeri.
- Menentukan Pengurusan Tanahdi Negeri Pulau Pinang dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan Sistematik.
- Menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang selaras dengan hasrat untuk menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan.
- Menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod hakmilik tanah supaya berada dalam keadaan baik, kemas dan selamat.