Undang-undang

 

Undang-undang

(Klik tab di bawah untuk maklumat lanjut)

Pekeliling

Pekeliling


· Panduan Penentuan Harga dan Penyebaran Data Geospatial.

· Panduan bagi Data Custodianship Infrastruktur Kebangsaan bagi Sistem Maklumat Tanah.

· Pekeliling JPA

· Pekeliling Perbendaharaan

 

SENARAI PERUNDANGAN PERSEKUTUAN DI BAWAH PENTADBIRAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR


A. Perundangan Utama

• National Land Code 1965
[Act 56 of 1965]

• National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963
[Act 518]

• Land Acquisition Act 1960
[Act 486]

• Land Conservation Act 1960
[Act 385]

• Small Estates (Distribution) Act 1955
[Act 98]

• Federal Land Commissioner Act 1957
[Act 349]

• Strata Titles Act 1985
[Act 318]

• Land (Group Settlement Areas) Act 1960
[Act 530]

• Continental Shelf Act 1966
[Act 83]

• Land Acquisition (Compensation)
(Special Provisions) Ordinance 1948

• Licensed Land Surveyors Act 1958
[Act 458]

• Geological Survey Act 1974
[Act 129]

 


B. Perundangan Subsidiari

• Modification of laws (Federal Lands Commissioner) (Extension To Borneo States) Order, 1967
[P.U. 495/1967 dated 26.10.1967]

• Licensed Land Surveyors Regulations 1959
[LN 261/1959 dated 6.8.1959]

• Licensed Land Surveyors (Technician’s Examinations) Regulations 1990
[P.U.(A)287/90 dated 6.9.1990]

• Fees and Royalties (Survey Data and Digital Mapping) Order 1997
[P.U.(A) 354/97 dated 11.9.1997]

• Fees and Payments (Maps, Survey, Survey Informations and Reproductions) Order 1991
[P.U.(A) 179/91 dated 9.5.1991]

• Federal Territory (Modification of National Land Code) Order 1974
[P.U.(A) 56/1974 dated 14.2.1974]

• Federal Territory of Labuan (Modification of Land Ordinance) Order 1984
[P.U.(A) 291/1984 dated 16.8.1984]

• Federal Territory of Putrajaya (Modification of National Land Code) Order 2001
[P.U.(A) 213/2001 dated 23.7.2001]

• Federal Territory of Putrajaya Land Rules 2002
[P.U.(A) 76/2002 dated 28.2.2002]

• National Land Code (Survey Fees) Order, 1965
[L.N. 486/1965 dated 30.12.1965]

• Fees (Reproduction of Maps) Order,1955
[L.N.301/1955]

• Federal Territory (Modification of Malay Reservations Enactment) Order 1974
[ P.U.(A) 60/1974 dated 21.2.1974 ]

• Continental Shelf (Prescribing of Forms and Fees) Notification 1985
[P.U (B) 365/1985 dated 1.8.1985]

• Land Acquisition Rules 1998
[P.U (A) 70/1998 dated 1.3.1998]

 

Akta

 

Akta-akta Perihal Tanah


· Akta Hakmilik Strata 1985

· Urusan Lesen Pendudukan Sementara

· Proses Permohonan Pelupusan Tanah secara Pemberimilikan bagi Pentadbiran Tanah

· Proses Pendaftaran Hakmilik Tetap

· Proses Permohonan Tukar Syarat Tanah

· Proses Permohonan Pecah Sempadan Tanah

· Proses Permohonan Pecah Bahagian Tanah

· Proses Permohonan Cantum Tanah

· Proses Permohonan Serahbalik dan Berimilik Semula

· Proses Pendaftaran Pindahmilik Tanah

· Proses Pendaftaran Gadaian Untuk Menjamin Wang Pokok

· Proses Pendaftaran Bagi Urusan Perakuan Jual Oleh Mahkamah

· Proses Pendaftaran Bagi Urusan Perakuan Jual Oleh Pentadbir Tanah

· Lain-lain rujukan mengenai undang-undang yang berkaitan dengan tanah

 

Akta Hakmilik Strata 1985

10. Permohonan untuk mendapatkan kelulusan PTG/JKT bagi memecah bahagi sesuatu bangunan hendaklah dibuat dalam Borang 1 AHS kepada PTD. Hakikat ini dinyatakan pada seksyen 10(1) AHS.
Permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan :

(A) Bayaran yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 81 AHS (Seksyen 10(1)(i) AHS).

Bayaran-bayaran yang telah ditetapkan oleh PBN bagi negari-negeri di Semenanjung Malaysia dan yang telah diwartakan sebagai kaedah-kaedah dalam negeri berkenaan.

(B) Tiga salinan Pelan Bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan (lihat seksyen 10(1)(aa) AHS). Akan tetapi jika pelan dan penentuan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan berkenaan bagi mendirikan bangunan itu tidak dapat diperolehi. Dengan itu mustahil untuk mengemukakan perakuan arkitek atau jurutera profesional sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 9(1)(b)(i), maka permohonan itu mestilah disertakan dengan:

i. pelan bangunan yang diperakukan oleh arkitek (arkitek ini mestilah seorang arkitek yang didaftarkan di bawah Architacts Act 1967 – lihat seksyen 10(6A)(a) AHS), bahawa pelan tersebut telah dilukiskan mengikut ciri-ciri sebenar bangunan itu, dan sebenarnya merupakan gambaran ciri-ciri itu, DAN
ii. selain daripada itu, perakuan yang dibuat oleh pegawai yang diberikuasa dengan sempurnanya oleh pihak berkuasa perancangan berkenaan, bahawa bangunan yang digambarkan dalam pelan tersebut telah didirikan dengan kebenaran pihak berkuasa perancangan, tetapi pelan dan spesifikasinya menurut kebenaran telah tidak dapat diperolehi, dan walaupun demikian pihak berkuasa perancangan telah berpuas hati bahawa bangunan itu memenuhi kehendak perancangan sebagaimana yang digambarkannya.

Pihak berkuasa perancangan yang dimaksudkan di ceraian (b)(ii) (sila lihat seksyen 10(1)(aa) AHS) itu ialah pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Jika tanah terletak dalam Majlis Bandaran/Dewan Perbandaran, maka pihak berkuasa perancangan tersebut ialah Majlis Bandaran/Dewan Perbandaran berkenaan. Begitulah juga jika tanah itu terletak dalam kawasan Majlis Daerah tertentu, maka pihak berkuasa perancangan ialah Majlis Daerah bagi daerah berkenaan.

Local planning authority yang dimaksudkan dalam seksyen 10(6A)(b) AHS adalah pihak berkuasa perancangan tempatan yang ditakrifkan di bawah seksyen 2(1) Town and Country Planning Act, 1976 (Act 172) (Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976). Menurut seksyen tersebut, local planning authority dalam hubungannya dengan suatu kawasan, adalah bermaksud sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 5 Akta 172 dan dalam hubungannya dengan sesuatu tanah atau hubungan, bermaksud :

The local planning authority, as so construed, for the area in which the land or building is situated.

Manakala seksyen 5(1) Town and Country Planning Act,1976 menyatakan bahawa setiap pihak berkuasa tempatan hendaklah menjadi pihak berkuasa perancangan tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu. Oleh itu, pihak berkuasa perancangan tempatan sebenarnya ialah mana-mana:

Majlis Bandaran
Majlis Perbandaran
Perbandaran
Majlis Daerah
Dewan Bandaraya
Lembaga Bandaran
Majlis Tempatan
Lembaga Luar Bandar, atau
Pihak berkuasa lain yang seperti di bawah undang-undang bertulis,

Di dalam kawasan tempat bangunan itu didirikan.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, undang-undang perancangan yang berkuat kuasa dalam kawasan tersebut ialah Federal Territory (Planning) Act 1982 (Act267). Pihak berkuasa perancangan tempatan di wilayah tersebut ialah Commisioner of the City of Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Federal Capital Act 1960.

 

(C) Tiga (3) salinan Plan Strata yang mengandungi –

i. pelan lokasi
ii. pelan tingkat bagi setiap tingkat dalam setiap bangunan.

Pelan lokasi dan pelan tingkat tersebut mestilah mengandungi butir-butir sebagaimana yang dinyatakan, masing-masingnya, pada seksyen 10(2) dan seksyen 10(3) dan hendaklah diperakukan oleh jurukur tanah seperti berikut :

i. bahawa jurukur tanah tersebut telah membuat perbandingan pelan itu–

a). dengan pelan asal bangunan yang disediakan oleh arkitek atau jurutera professional yang bertanggungjawab ke atas pembinaannya, atau
b). dalam kes yang termasuk pada seksyen 10(6A), dengan pelan bangunan yang disebutkan di bawah seksyen 10(6A)(a).
c). jika ada pindaan kepada pelan bangunan tersebut di perenggan di atas, apa-apa pindaan yang diluluskan.

ii. Berhubung dengan Pelan Tingkat, bahawa sempadan-sempadan petak yang ditunjukkan dalam pelan tersebut adalah mengukutu ciri-ciri pembinaan kekal yang terdapat dalam bangunan itu.

Menurut KPTG tersebut, cara memberi nombor-nombor tersebut adalah berpandukan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil 2/1991. Cara-cara tersebut adalah seperti berikut:

a). Tiap-tiap bangunan hendaklah diperuntukkan nombor bersiri dengan huruf awalan ‘M’, iaitu M1, M2 dan seterusnya.
b). Tiap-tiap blok sementara hendaklah diperturunkan nombor bersiri dengan huruf awal ‘P’, iaitu P1,P2 dan seterusnya.
c). Tiap-tiap tingkat atas paras bumi dalam sesuatu bangunan hendaklah diperuntukkan nombor mengikut siri (bagi setiap bangunan) bermula dengan tingkat paras bumi sebagai tingkat pertama, iaitu T1, T2 dan seterusnya.
d). Tiap-tiap tingkat bawah paras bumi (iaitu bawah tanah) hendaklah diperuntukkan nombor mengikut siri (dalam sesuatu bangunan) dengan huruf awalan ‘B’, bermula daripada tingkat di bawah tingkat pertama T1, menghala ke bawah.
e). Tiap-tiap tingkat mezanin hendaklah diperuntukkan nombor (iaitu nombor tingkat di mana ianya terletak) dengan huruf awalan ‘N’.
f). Bagi menomborkan petak, hanya satu siri nombor hendaklah digunakan bagi setiap skim strata. Tiap-tiap petak hendaklah diperuntukkan satu nombor bersiri secara sistematik bermula daripada tingkat terbawah (termasuk tingkat bawah tanah), mengikut susunan ke atas. Pemberian nombor petak hendaklah mengikut susunan nombor bangunan. Nombor petak yang telah digunakan tidak boleh digunakan semula.
g). Bagi kes petak berbilang tingkat, tiap-tiap petak itu hendaklah diperuntukkan nombor berdasarkan tingkat terbawah petak tersebut.
h). Bagi menomborkan petak aksesori, hanya satu siri nombor sahaja hendaklah digunakanbagi setiap skim strata. Tiap-tiap petak aksesori hendaklah diperuntukkan satu nombor bersiri dengan huruf awalan ‘A’. Nombor petak aksesori yang telah digunakan tidak boleh digunakan semula. Pemberian nombor petak aksesori hendaklah mengikut susunan berikut :

(i) bermula daripada petak aksesori yang terletak di luar bangunan
(ii) diikuti dengan semua petak aksesori yan ada dalam bangunan, dalam susunan nombor bangunan yang berturutan, bermula dari tingkat yang terbawah.
(iii) Bagi kes petak aksesori berbilang tingkat, tiap-tiap petak aksesori itu hendaklah diperuntukkan nombor berdasarkan tingkat terbawah petak aksesori tersebut.

 

(D) Perakuan Jurukur Tanah, Arkitek Berdaftar atau Jurutera Profesional berdaftar yang tersebut di bawah: seksyen 9(1)(a), dan seksyen 9(1)(b)(i) AHS, dan jika diperlukan, perakuan juruujur tanah yan disebutkan pada seksyen 9(2)(a) AHS.

(E) Dalam kes apabila perakuan juruukur tanah diperlukan pada seksyen 9(1)(a)(ii), Suatu Permit yang disebutkan di seksyen 9(1)(a) (iaitu permit Borang 4D pada seksyen 75C KTN) yang dikeluarkan oleh PTD bagi pihak PBN untuk penggunaan cucur atap, kajang dan langkan di ruang udara di atas tanah kerajaan atau rizab yang dikhaskan untuk rizab jalan.

(F) Tiga salinan pelan strata yang diakui yang diperlukan oleh seksyen 10(1)(cb), jika tanah dipegang di bawah hak milik semantara. Pelan tersebut mestilah diperakukan oleh Pengarah Ukur. Peruntukan pada seksyen 10(1)(cb) yang baru ini di pinda pada 1 Ogos, 1996 melalui Akta A951 yang berkuat kuasa pada 2 Ogos, 1996 baharu sahaja diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 23.4.1996.

(G) Persetujuan bertulis daripada Orang yang Berhak Mendapat Faedah keatas :
i. gadaian tanah
ii. pajakan keseluruhan atau sebahagian tanah tersebut, selain daripada bahagiannyang betul-betul bersamaan dengan, atau yang termasuk di dalam, satu daripada petak-petak yang akan diwujudkan apabila dipecah bahagi,
iii. gadaian ke atas sesuatu pajakan itu, atau
iv. lien ke atas tanah atau lien ke atas mana-mana pajakan tersebut.Persetujuan itu hendaklah diperolehi semasa memohon kelulusan pecah bahagi bangunan tersebut.

 

(H) Tertakluk kepada peruntukan seksyen 10(7) (iaitu jika dokumen hakmilik berkenaan bagi tanah itu berada dalam simpanan pemegang gadaian atau pemegang lien), Dokumen Hak Milik Keluaran bagi tanah itu. Dokumen tersebut mestilah disertakan bersama-sama denagn permohonan dalam Borang 1 oleh tuan punya tanah itu.

Proses Permohonan Pelupusan Tanah

Proses Permohonan Pelupusan Tanah secara Pemberimilikan bagi Pentadbiran Tanah
Pemberimilikan tanah Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah mengandungi pelupusannya oleh Pihak Berkuasa Negeri –
a) untuk satu tempoh yang tidak lebih dari sembilan puluh sembilan tahun;

aa) untuk selama-lamanya –

(i) di mana Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri memberi pemberimilikan untuk selama-lamanya kepada Kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa awam atau jika Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi suatu geran kekal kepada Kerajaan Persekutuan.
(ii) di mana Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan awam; atau
(iii) di mana Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas yang memerlukan pemberimilikan untuk selama-lamanya;

b) sebagai balasan pembayaran cukaisewa tahunan;

c) sebagai balasan pembayaran premium, kecuali Pihak Berkuasa Negeri fikirkan patut untuk melepaskan daripadanya dalam mana-mana hal tertentu.

d) Kecuali Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan sebaliknya menurut seksyen kecil(5) seksyen 52, tertakluk kepada suatu jenis penggunaan tanah yang ditentukan menurut seksyen kecil(2) dan (3) seksyen itu; dan

e) Tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan kepentingan sebagaimana yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau boleh dikenakan kepadanya oleh sebab peruntukan Akta ini;

Dengan syarat bahawa tiada apa jua dalam perenggan (aa) boleh membenarkan Pihak Berkuasa Negeri untuk melupuskan mana-mana bahagian tepi pantai atau dasar laut untuk suatu tempuh tidak melebihi sembilan puluh sembilan tahun; dan perenggan (d) tidak akan dipakai mengenai pemberimilikan tanah di bawah Akta ini menurut kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri sebelum permulaan Akta ini.

 

Proses Pendaftaran Hakmilik Tetap

(1) Pendaftaran sesuatu geran atau pajakan Negeri hendaklah mengandungi pengesahannya yang ditandatangani dan dimeteraikan oleh Pendaftar; dan pendaftaran geran Mukim atau pajakan Mukim hendaklah mengandungi pengesahan yang ditandatangani dimeteraikan oleh Pentadbir Tanah.
(2) Tarikh pendaftaran mana-mana dokumen hakmilik daftaran sedemikian ituhendaklah diterakan di atasnya oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang sesuai.

(3) Untuk mengelakkan kesangsian, maka adalah dengan ini diisytiharkan bahawa, manakala pendaftaran di atas dokumen hakmilik daftaran itu dibuat menurut seksyen kecil (1), pemberimilikan itu hendaklah mula berkuatkuasa tanpa dikehendaki penerimaan secara formal oleh atau bagi pihak orang yang dinamakan di dalamnya sebagai tuanpunya.

89. Muktamadnya dokumen hakmilik daftaran.

Tiap-tiap dokumen hakmilik daftaran yang telah didaftarkan dengan sempurna di bawah Bab ini hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, merupakan keterangan muktamad –

a) bahawa hakmilik tanah yang disebutkan di dalamnya adalah diletakhakkan ke atas orang atau badan yang pada masa itu dinamakan sebagai tuanpunya; dan
b) mengenai syarat-syarat, sekatan-sekatan kepentingan dan peruntukan-peruntukan lain yang kepadanya tanah itu tertakluk adalah pada masa ianya dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta ini ditetapkan atau dirujukkan dalam dokumen itu.

Proses Permohonan Tukar Syarat Tanah

124. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah syarat,dll., atas permohonan tuanpunya
(1) Tuanpunya mana-mana tanah berimilik bolehlah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini untuk -

a) pengubahan mana-mana jenis penggunaan tanah yang tanah itu pada masa itu tertakluk atau, jika ianya tidak tertakluk sedemikian, untuk pengenaan mana-mana jenis ke atasnya;

b) pembatalan apa-apa syarat nyata atau kepentingan yang dicatiterakan di atas, atau disebut di dalam, dokumen hakmilik tanah itu, atau penghapusan perbahasan “padi” dari dokumen itu, atau apa-apa perbahasan lain yang oleh sebabnya tanah itu tertakluk pada masa itu kepada syarat tersirat seperti yang ditetapkan dalam seksyen 119; atau

ba) memotong daripada dokumen hakmilik ungkapan “Getah”,
“kampung” atau mana-mana ungkapan lain mengenai kegunaan tanah, dan untuk mengenakan syarat-syarat nyata yang lain mengenai kegunaan tanah;

c) pemindaan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang tercatitera di atas, atau disebut di dalam dokumen hakmilik tanah itu, atau pengenaan apa-apa syarat nyata yang baru atau sekatan kepentingan;

Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Negeri janganlah hendaknya melayan apa-apa permohonan sedemikian melainkan ianya berpuashati mengenai setiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar pada tanah itu, atau menduduki mana-mana bahagian darinya di bawah mana-mana sewaan bebas daftaran samada ianya telah diizinkannya atau keizinan dalam keadaan-keadaan hal itu patut tidak payah diminta;

Dengan syarat selanjutnya bahawa Pihak Berkuasa Negeri tidak akan melayan apa-apa permohonan tersebut melainkan apa-apa cukai yang kena dibayar bagi tanah itu telah pun dibayar.

(2) Jika Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (a) seksyen kecil (1) –

a) ia hendaklah mengarahkan supaya jenis penggunaan tanah yang ditetapkan dalam permohonan itu dicatiterakan dalam dokumen hakmilik tanah itu, dan jenis yang sedia ada (jika ada) hendaklah digugurkan, dan
b) ia bolehlah, jika difikirkan patut, mengarahkan supaya dicatiterakan juga di atas dokumen hakmilik itu apa-apa syarat nyata yang baru seperti yang ditetapkan dalam arahan itu, iaitu syarat-syarat mengenai mana-mana dari perkara yang disebutkan dalam seksyen 121 atau 122, mengikut mana-manayang sesuai;

dan, sejak tarikh bilamana arahan itu mula dijalankan –

i) tanah itu hendaklah menjadi tertakluk kepada apa-apa syarat yang dicatiterakan menurutnya dan (menurut jenis penggunaan tanah yang dicatiterakan menurutnya dan (menurut jenis penggunaan tanah yang dicatiterakan sedemikian) kepada syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 115, 116 atau 117;
ii) hendaklah terhenti dari terpakai kepada tanah itu semua syarat yang ianya tertakluk terdahulu kecuali syarat-syarat yang disiratkan di bawah seksyen 114 dan, di mana berkenaan 118.

(3) Apabila Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (b) seksyen kecil (1), ia hendaklah mengarahkan supaya syarat, sekatan kepentingan atau perbahasan dalam persoalan digugurkan dari dokumen hakmilik kepada tanah itu atau, dalam hal mana-mana syarat atau sekatan yang hanya disebutkan dalam dokumen hakmilik itu, supaya satu notanda mengenai pembatalannya dicatiterakan.

(3A) Jika Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (ba) seksyen kecil (1), ia akan arahkan supaya ungkapan berkenaan dipotong, dan syarat-syarat nyata baru diendoskan atas dokumen hakmilik kepada tanah.

(4) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (c ) seksyen kecil (1) sama ada mengikut syarat-syarat yang ianya dikemukakan atau; tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang difikirkannya patut, dengan keizinan pemohon dan mana-mana orang atau badan lain yang keizinannya adalah dikehendaki di bawah proviso kepada seksyen kecil itu, dan hendaklah, walau apapun, mengarahkan sebagai patut–

a) pindaan mana-mana syarat atau sekatan kepentingan yang dicatiterakan di atas dokumen hakmilik kepada tanah itu, atau
b) catitera satu notanda pindaan mengenai apa-apa syarat atau sekatan yang hanya disebutkan di dalamnya di atas dokumen hakmilik, atau
c) catitera mengenai apa-apa syarat baru di atas dokumen hakmilik itu.

(5) Apa-apa arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini boleh dijadikan bersyarat badi semua atau mana-mana dariperkara-perkara berikut –

a) pembayaran satu premium tambahan;

aa) pembayaran apa-apa pengenaan yang ditentukan;

b) pengenaa satu cukaisewa baru;

c) pematuhan kepada apa-apa kehendak lain yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan patut.

(6) Tiada apa jua syarat yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang tanah dalam persoalan itu pada masa itu tertakluk di bawah seksyen 114 atau 119 boleh dikenakan oleh sebab seksyen ini, dan tiada apa jua syarat boleh dipinda oleh sebab seksyen ini sehingga ianya menjadi berlawanan dengan apa-apa syarat tersirat sedemikian.

(7) Setelah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen kecil (4), Pendaftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana yang berkenaan, akan menandatangani suatu memorandum dalam Borang 7C mengikut Pihak Berkuasa Negeri dan akan mengemukakan pindaan, dan di atas memorialnya yang dibuat, Pendaftar akan membuat suatu catatan di atas dokumen-dokumen hakmilik daftar dan keluaran kepada tanah dan akan mencatatkan tarikh dan kuasa untuknya, dan mengesahkan pindaan itu dengan tandatangan dan meterainya.

(8) Sewa dan premium dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar kepada pihak Berkuasa Negeri pada masa ia meluluskan permohonan dan Pentadbir Tanah hendaklah menyebabkan untuk disampaikan kepada tuanpunya suatu notis dalam Borang 7G mengkehendakinya membayar jumlah tersebut dalam masa yang ditentukan dan jika mana-mana jumlah tersebut tidak dibayar dalam masa yang ditentukan Pihak Berkuasa Negeri akan luput oleh kerana itu.

 

Proses Permohonan Pecah Sempadan Tanah

(1) Apa-apa permohonan oleh seorang tuanpunya, untuk kelulusan pecah sempadan mana-mana tanah hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pentadbir Tanah atas Borang 9A, dan hendaklah disertai dengan –
(a) apa-apa bayaran sepertimana yang ditetapkan;

(b) satu pelan pra-pengiraan tanah menunjukkan butir pecah sempadan, bersekali dengan sebilangan salinannya seperti yang ditetapkan atau, dalam ketiadaan apa-apa penetapan sedemikian, sepertimana yang Pentadbir Tanah mengkehendaki;

(c) jika ianya ditetapkan sedemikian atau, dalam ketiadaan apa-apa penetapan sedemikian, jika Pentadbir Tanah itu mengkehendaki begitu, satu salinan apa-apa kelulusan atau keizinan yang dikehendaki di bawah perenggan (c ) seksyen kecil (1) seksyen 136; dan

(d) semua keizinan bertulis sedemikian mengenai pembuatan permohonan sepertimana yang dikehendaki di bawah perenggan (e) seksyen kecil itu;

dengan syarat bahawa, dalam hal di mana perenggan (c ) dan (e) seksyen kecil (1) seksyen 136 tidak boleh dipakai dan tanah itu dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah, Pentadbir Tanah bolehlah jika difikirkannya patut menerima satu permohonan dalam apa bentuk sekalipun.

(2) Ketika menerima apa-apa permohonan di bawah seksyen kecil (1), Pentadbir Tanah hendaklah mencatiterakan, atau melantar supaya dicatiterakan, satu notandanya di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah yang ianya berkaitan.

 

Proses Permohonan Pecah Bahagian Tanah

142. Permohonan untuk kelulusan.
(1) Apa-apa permohonan untuk kelulusan pecah-bahagian mana-mana tanah hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pentadbir Tanah di atas Borang 9B, dan hendaklah disertai dengan –

a) apa-apa bayaran seperti yang ditetapkan;
b) satu pelan tanah menurut skala yang cukup untuk memuaskan hati Pentadbir Tanah mengenai semua butir pecah-bahagian, bersekali dengan sebilangan salinannya seperti yang ditetapkan atau, dalam ketiadaan apa-apa penetapan sedemikian, sepertimana yang Pentadbir Tanah mengkehendaki;
c) jika ianya ditetapkan sedemikian atau, dalam ketiadaan apa-apa penetapan sedemikian, jika Pentadbir Tanah itu mengkehendaki begitu, satu salinan mana-mana kelulusan atau keizinan yang dikehendaki di bawah peranggan (c) seksyen kecil (1) seksyen 136 ( seperti yang dipakai oleh seksyen 141);
d) kesemua keizinan bertulis sedemikian dalam membuat permohonan itu seperti yang dikehendaki di bawah perenggan (e) seksyen kecil tersebut sebagaimana yang terpakai; dan
e) keizinan bertulis sedemikian dalam membuat permohonan oleh mana-mana tuanpunya bersama yang tidak menyertainya, kecuali dalam kes permohonan dibawah seksyen 141A, keizinan tersebut tidak diperlukan

(2) Apabila menerima apa-apa permohonan di bawah seksyen (1), Pentadbir Tanah hendaklah mencatiterakan, atau melantar supaya dicatiterakan notanda mengenainya di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah yang ianya berkaitan.

(3) Dalam hal suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 141A, Pentadbir Tanah akan memberitahu tuanpunya bersama yang lain mengenai pecah sempadan tanah yang dicadangkan itu, memerlukan mereka mengemukakan secara bertulis dalam tempoh dua puluh lapan hari daripada tarikh penyampaian notis, apa-apa bantahan, menerangkan dengan penuh alasan-alasan bantahan itu.

(4) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam ssubseksyen (3), Pentadbir Tanah-

(a) jika ada bantahan, akan memberitahu pemohon dan tuanpunya bersama yang lain, dan mengadakan satu siasatan pada waktu dan tempat yang ditentukan, dan

(i) jika berpuas hati bahawa ada alasan-alasan baik, akan menolak permohonan berhubung dengan tanah pecah sempadannya memerlukan kelulusan Pengarah Negeri, akan memperakukan supaya permohonan itu ditolak; atau
(ii) dalam hal yang lain, boleh meluluskan permohonan itu, atau (mengikut mana yan berkenaan), akan memperakukan kepada Pengarah Negeri supaya permohonan itu diluluskan; dan

 

(b) jika tidak ada bantahan, selepas ditimbangkan dengan teliti, boleh meluluskan permohonan atau ( mengikut mana yang berkenaan) memperakukan kepada Pengarah Negeri supaya permohonan itu diluluskan.

 

Proses Permohonan Cantum Tanah

(1) Apa-apa permohonan untuk kelulusan penyatuan mana-mana tanah hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pentadbir Tanah di atas Borang 9C, dan hendaklah disertai dengan -
a) apa-apa bayaran seperti yang ditetapkan;
b) satu plan yang menunjukkan lot-lot yang hendaklah disatukan, bersekali dengan sebilangan salinan darinya sepertimana yang ditetapkan atau, dalam ketiadaanapa-apa penetapan sedemikian, sepertimana Pentadbir Tanah mengkin mengkehendakinya;
c) jika ianya ditetapkan sedemikian atau, dalam ketiadaan apa-apa penetapan sedemikian, jika Pentadbir Tanah mengkehendaki sedemikian, satu salinan mana-mana kelulusan yang dikehendaki di bawah perenggan (c ) seksyen kecil (1) seksyen 136 (seperti yang dipakai oleh seksyen kecil (1) seksyen 147); dan
d) semua keizinan bertulis sedemikian dalam membuat permohonan itu seperti yang dikehendaki di bawah perenggan (e) seksyen kecil tersebut sebagaimana yang terpakai.

(2) Apabila menerima mana-mana permohonan di bawah seksyen kecil (1), Pentadbir Tanah hendaklah mencatiterakan, atau melantar supaya dicatiterakan satu notanda mengenainya di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tiap-tiap lot yang ianya berkaitan.

 

Proses Permohonan Serahbalik

Proses Permohonan Serahbalik dan Berimilik Semula
(1) Sesuatu permohonan untuk kelulusan oleh tuanpunya yang ingin menyerahkan hakmilik atau hakmilik-hakmilik di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pendaftar Tanah dalam Borang 12D dan hendaklah disertai dengan –
(a) apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan;
(b) semua keizinan bertulis berkenaan untuk membuat permohonan sebagaimana yang diperlukan di bawah perenggan (e) seksyen kecil (1) seksyen 204C;
(c) suatu pelan yang menunjukkan lot atau lot-lot yang akan diserahkan dan suatu pelan pra-pengiraan yang menunjukkan butir-butir terperinci mengenai umpukan-umpukan dan unit-unit yang hendak diberimilikan semula, bersama dengan beberapa bilangan salinannya sebagaimana yang ditetapkan atau, tidak ada apa-apa yang ditetapkan, sebagaimana yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah;
(d) satu salinan pelan susur atur yang diluluskan oleh pihak berkuasa tertentu, mengenai lot atau lot-lot tersebut, menunjukkan umpukan-umpukan dan unit-unit yang akan diberikan semula; dan
(e) dokumen hakmilik keluaran kepada tanah, melainkan jika tuanpunya memberi akuan bahawa atas apa-apa sebab dokumen tersebut tidak dapat dikemukakan.
(2) Jika tuanpunya tidak dapat mengemukakan dokumen hakmilik keluaran atas sebab bahawa dokumen itu dalam pegangan dan kawalan mana-mana orang atau badan, permohonan itu hendaklah disertai dengan kenyataan bersumpah oleh tuanpunya berkaitan dengannya, dan kepadanya akan dilampirkan satu salinan notis oleh tuanpunya kepada orang atau badan itu yang perlu mengemukakan dokumen tersebut kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyerahan notis itu kepada orang atau badan itu, dan juga bukti penyerahan notis tersebut.

(3) Apabila permohonan diterima, Pentadbir Tanah hendaklah mencatatkan atau disuruh untuk dicatatkan satu catatan mengenainya di atas dokumen hakmilik daftar kepada tanah itu.

 

Proses Pendaftaran Pindahmilik Tanah

215. Bentuk dan kesan amnya mengenai pindahmilik tanah.
(1) Pindahmilik mana-mana tanah berimilik di bawah Akta ini hendaklah dikuatkuasakan dengan satu instrumen atas Borang 14A.

(2) Hakmilik pemindahmilik hendaklah terserah dan terletakhak kepada penerima pindahmilik apabila pendaftaran mana-mana kepentingan berdaftar yang dinikmati pada ketika itu bersama dengan tanah itu.

(3) Penerima pindahmilik mana-mana tanah berimilik hendaklah memegang tanah berimilik tertakluk kepada –

a) apa-apa pajakan, cagaran atau kepentingan berdaftar lain yang sedia ada mengenainya pada masa pindahmilik itu didaftarkan;
b) tertakluk kepada seksyen kecil (3) seksyen 213, mana-mana sewaan bebas daftaran yang diberi oleh pemindahan milik atau mana-mana pemegang hak milik yang dahulu;
c) semua syarat dan sekatan kepentingan yang pada ketika itu boleh dipakai kepadanya; dan
d) apa-apa perkara lain yang pada ketika itu tercatit di atas, atau disebut di dalam dokumen hakmilik daftaran itu.

 

Proses Pendaftaran Gadaian

Proses Pendaftaran Gadaian untuk Menjamin Wang Pokok
(1) Tiap-tiap cagaran untuk menjamin penjelasan hutang atau pembayaran apa-apa jumlah wang selain dari hutang (dalam mana-mana hal, sama ada jumlah dalam persoalan itu hendaklah dibayar sebagai bayaran pukal atau secara ansuran) hendaklah dikuatkuasakan dengan instrumen atas Borang 16A.
(2) Tiap-tiap cagaran untuk menjamin bayaran anuiti atau lain-lain jumlah wang berkala –

a) hendaklah dikuatkuasakan dengan satu instrumen atas Borang 16B; dan
b) jika pihak-pihak itu memikirkannya patut, bolehlah memasukkan peruntukan di mana, dalam keadaan pemegang cagaran melaksanakan kuasa menjualnya, pendapatan dari jualan itu (setakat mana yang boleh didapati untuk maksud itu) hendaklah digunakan untuk atau terhadap pemenuhan bayaran-bayaran yang terhutang kemudiannya.
(3) Peruntukan yang termasuk dalam apa-apa cagaran menurut peranggan (b) seksyen kecil (2) bolehlah merupakan peruntukan untuk –

a) pembatalan bagi maksud memenuhi bayaran tersebut wang atas pelaburan, atau
b) penyimpanan oleh pemegang cagaran nilai yang dijadikan modal bagi bayaran tersebut atau lain-lain peruntukan sedemikian, atau peruntukan tambahan yang pihak-pihak itu memikirkan patut.

 

Proses Pendaftaran Bagi Urusan Perakuan

Proses Pendaftaran bagi Urusan Perakuan Jual Oleh Mahkamah
(1) Tiap-tiap penjualan menurut suatu perintah di bawah seksyen 256 hendaklah dijalankan di bawah arahan seorang pegwai Mahkamah, tetapi sekysen kecil ini janganlah hendaknya menghalang Mahkamah daripada meminta bantuan mana-mana pelelong berlesen untuk melelong.
(2) Pegawai yang mengarahkan perjalanan penjualan itu hendaklah –

a) menerima tawaran (termasuk sebarang tawaran oleh atau bagi pihak pemegang cagaran);
b) menyelesaikan apa-apa masalah yang timbuldalam masa perjalanan penjualan dibuat;
c) dalam ketiadaan apa-apa tawaran pada atau melebihi harga terendah, menarik balik tanah atau pajakan dalam persoalan dari penjualan, mengarahkan supaya ianya dilelong di suatu tarikh kemudiannya, samada dengan harga terendah yang sama atau dengan harga kurang daripadanya, dan mempastikan bahawa penjualan kemudian itu diiklankan kepada umum mengikut cara yang sama; dan
d) tertakluk kepada perenggan (c), mengumumkan penjualan itu diberi kepada orang yang membuat tawaran yang tinggi sekali.

(3) Pembeli dalam penjualan itu hendaklah ketika membuat pembayaran jumlah penuh harga pembelian itu kepada pegawai tersebut, berhak untuk menerima daripadanya –

a) satu sijil atas Borang 16F bahawa tanah atau pajakan dalam persoalan itu telah dijualkan kepadanya di bawah wibawa Akta ini (yang sijilnya itu hendaklah, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 267, boleh didaftarkan oelh pembeli seolah-olah ianya adalah satu instrumen urusniaga); dan
b) jika didepositkan dengan Mahkamah menurut perenggan (b) seksyen kecil (2) seksyen 258, dokumen hakmilik keluaran kepad tanah itu atau, pajakan pendua, mengikut mana-mana yang sesuai.

 

Proses Pendaftaran Bagi Urusan Perakuan

Proses Pendaftaran bagi Urusan Perakuan Jual Oleh Pentadbiran Tanah
(1) Apabila penjualan dibuat menurut suatu perintah di bawah seksyen 263-
a) penjualan itu hendaklah diadakan di bawah arahan Pentadbir Tanah, yang boleh meminta pertolongan disitu dari mana-mana pelelong berlesen; dan
b) pemegang cagaran hendaklah berhak untuk membuat tawaran dalam penjualan itu.

(2) Jika dalam penjualan itu tiada tawaran diterima pada atau melebihi harga yang terendah, tanah atau pajakan dalam persalan hendaklah ditarik balik daripada penjualan itu, dan Pentadbir tanah hendaklah mengarahkan supaya ianya dilelongkan pada suatu tarikh kemudiannya, samaada dengan harga yang sama atau harga terendah yang dikurangkan, dan hendaklah memberi apa-apa notis penjualan terkemudian sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

(3) Jika pada penjualan terkemudian itu tiada tawaran diterima pada atau melebihi harga terendah –

a) Tanah atau pajakan itu hendaklah ditarik balik dari penjualan itu;
b) Pentadbir Tanah hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah; dan
c) Mahkamah bolehlah menggantikan perintah Pentadbir Tanah dengan suatu perintah jualan di bawah seksyen 256, atau membuat apa-apa perintah lain sebagaimana difikirkannya adil.

(4) Pembeli dalam apa-apa penjualan sedemikian hendaklah ketika membayar jumlah penuh harga pembelian itu kepada Pentadbir Tanah, berhak menerima darinya –

a) satu sijil Borang 16I bahawa tanah atau pajakan dalam persoalan itu telah dijual kepadanya di bawah wibawaAkta itu (yang sijilnya itu hendaklah, sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 267, boleh didaftarkan oleh pembeli seolah-olah ianya adalah suatu instrumen urusniaga); dan
b) jika depositkan dengan Pentadbir Tanah menurut perenggan (b) seksyen kecil (2) seksyen 264, dokumen hakmilik keluaran kepada tanah itu atau, pajakan pendua, mengikut mana-mana yang sesuai.

Cabutan Perlembagaan

Cabutan Perlembagaan

BAHAGIAN 1 : NEGERI-NEGERI, UGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

  • 2. Kemasukan Wilayah-Wilayah Baharu Dalam Persekutuan

BAHAGIAN 2 : KEBEBASAN ASASI

  • 13. Hak Terhadap Tanah


BAHAGIAN 6 : PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI

1. Bab 1- Pembahagian Kuasa-kuasa Perundangan

  • 76. Kuasa Parlimen Membuat Negeri yang Berlawanan Dengan Undang-Undang Persekutuan.


2. Bab 4-Tanah

83. Pengambilan Tanah Bagi Maksud-Maksud Persekutuan
84. (Dimansuhkan).
85. Pemberian Kepada Persekutuan Yang Dirizabkan Bagi Maksud-Maksud Persekutuan.
86. Pelupusan Tanah Yang Terletakhak Pada Persekutuan.
87. Memutuskan Pertikaian Tentang Nilai Tanah. .
88. Pemakaian Perkara 83 Hingga 87 Bagi Negeri-Negeri Yang Tidak Mempunyai Raja.
89. Tanah Rezab Orang Melayu.
90. Peruntukan Khas Mengenai Tanah Adat Di Negeri Sembilan Dan Melaka, Dan Tanah Pegangan Orang Melayu Di Terengganu.
91. Majlis Tanah Negara.


3. Bab 5-Pembangunan Negara

  • 92. Rancangan Pembangunan Negara


BAHAGIAN 13 : PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN

  • 166. Pewarisan Harta.


JADUAL KESEMBILAN : SENARAI PERUNDANGAN

Senarai 1 – Senarai Persekutuan
Senarai 2 – Senarai Negeri
Senarai 3 – Senarai Bersama


SENARAI UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN PENTADBIRAN TANAH

Pemegang Tanah
Ukur Tanah
Hakmilik Lombong/Kawalan Aktiviti Lombong
Pengambilan Tanah Secara Paksa
Pemeliharaan Perlindungan Tanaman,Tanah,Sungai,Sumber Alam
Pungutan Kadar-kadar dan Cukai-cukai
Beberapa Pihak Berkuasa Awam/Perbadanan Awam
Kawalan Perkuburan
Kawalan Pemilik Tanah
Pindahan & Urusan Mengenai Tanah
Kemajuan/Pembangunan Tanah
Pengurusan Kewangan
Undang-undang Islam
JOHOR
KEDAH
KELANTAN
MELAKA
NEGERI SEMBILAN
PAHANG
PULAU PINANG
PERAK
SELANGOR
TERENGGANU
Rujukan-rujukan Umum

 

 


BAHAGIAN 1
NEGERI-NEGERI, UGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

2.Kemasukan Wilayah-wilayah Baharu dalam Persekutuan.
Parlimen boleh dengan undang-undang:-

(a) memasukkan Negeri-negeri lain dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri; tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan dengan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.


BAHAGIAN 2
KEBEBASAN ASASI

13. Hak Terhadap Harta.

Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut udang-undang.
Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

 


BAHAGIAN 6
PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI

Bab 1 – Pembahagian Kuasa-kuasa Perundangan
76. Kuasa Parlimen Membuat Undang-Undang untuk Negeri-negeri dalam hal-hal tertentu.
1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti berikut sahaja :-

b) bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang dariantara dua buah Negeri atau lebih;
4) Parlimen boleh, bagi maksud hanya menentukan persamaan undang-undang dan dasar, membuat undang-undang mengenai pemegangan tanah, perhubungan antara tuan-tanah dengan penyewa, pendaftaran hakmilik dan suratikatan berhubung dengan tanah, pindahmilik tanah, gadaijanji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, ismen dan lain-lain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa, mengenai kadar dan penilaian tanah, dan kerajaan tempatan; dan Fasal (1)(b) dan (3) tidak boleh dipakai bagi apa-apa undang-undang mengenai mana-mana perkara itu

 


Bab 4 – Tanah

83. Pengambilan Tanah Bagi Maksud-Maksud Persekutuan.

(1) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tanah di sesuatu Negeri, iaitu bukannya tanah milik, adalah dikehendaki bagi maksud-maksud persekutuan maka Kerajaan Persekutuan boleh, selepas berunding dengan Kerajaan Negeri itu, menghendaki Kerajaan Negeri itu mengarahkan supaya mana-mana tanah sebagaiman diarah oleh Kerajaan Persekutuan itu diberi kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada mana-mana pihakberkuasa awam sebagaimana diarah oleh Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya adalah menjadi kewajipan bagi Kerajaan Negeri itu berbuat demikian:
Dengan syarat bahawa Kerajaan Persekutuan tidak boleh menghendaki diberi mana-mana tanah yang direzab untuk sesuatu maksud Negeri melainkan jika berpuas hati bahawa tanah itu adalah dikehendaki demi kepentingan negara.

(2) Jika, menurut Fasal (1), Kerajaan Persekutuan berkehendakkan Kerajaan Negeri mengarahkan tanah diberi untuk selama-lamanya, maka tanah-tanah itu hendaklah diberi dengan tidak dikenakan apa-apa sekatan tentang kegunaan tanah itu tetapi tertakluk kepada syarat bahawa cukai tanah yang berkenaan hendaklah dibayar pada tiap-tiap tahun dan Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu premium yang sama banyak dengan nilai pasar tanah itu; dan jika Kerajaan Persekutuan berkehendakkan Kerajaan Negeri mengarahkan diberi apa-apa kepentingan lain mengenai tanah, Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu cukai tahunan yang sepatutnya bagi kepentingan itu dan juga premium yang berpatutan, jika dikehendaki oleh Kerajaan Negeri:
Dengan syarat bahawa jika nilai tanah itu telah naik oleh kerana tanah itu telah dimajukan (atas perbelanjaan sesiapa yang lain daripada Negeri) semasa tanah itu direzab bagi maksud-maksud persekutuan, maka kenaikan itu tidak boleh diambil kira pada menentukan nilai pasar, cukai atau premium bagi maksud-maksud Fasal ini.

(3) Jika tanah adalah dikehendaki di bawah Fasal (1) dan pada tarikh dikehendaki itu, Tanah itu telah dicadangkan bagi apa-apa maksud Negeri, maka jika --

(a) tanah lain diambil oleh Negeri bagi maksud itu sebagai ganti tanah yang dikehendaki itu; dan
(b) harga tanah yang diambil sedemikian lebih daripada jumlah yang dibayar oleh Persekutuan ( kerana apa-apa lain daripada cukai) menurut Fasal (2) mengenai kepentingan yang diberi kepada Persekutuan itu,
Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu sejumlah wang yang berpatutan oleh kerana kelebihan itu.
(4) Jika menurut Perkara ini tanah diberi sebagai tambahan dan kepentingan mengenai Tanah itu adalah terletakhak pada Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa awam, maka apa-apa jumlah wang yang kena dibayar sebagai premium di bawah Fasa (2) bagi tanah itu hendaklah dikurangkan sebanyak nilai pasar bagi apa-apa kemajuan yang telah dilakukan (atas perbelanjaan sesiapa yang lain daripada Negeri) semenjak kepentingan itu mula terletakhak seperti di atas.

(5) Peruntukan-peruntukan Perkara ini yang tersebut di atas (kecuali Fasal (3)) hendaklah dipakai mengenai tanah milik sebagaimana peruntukan-peruntukan itu dipakai mengenai tanah yang bukan tanah milik, tetapi tertakluk kepada pengubahsuaian-pengubahsuaian yang berikut:

(a) dalam Fasal (1), perkataan “selepas berunding dengan Kerajaan Negeri itu” hendaklah ditinggalkan;
(b) jika tanah adalah dikehendaki di bawah Fasal itu, maka adalah menjadi kewajipan bagi Kerajaan Negeri mengarahkan supaya apa-apa kepentingan mengenai tanah itu sebagaimana yang perlu untuk mematuhi kehendak itu diambil dengan cara perjanjian atau paksa;
(c) apa-apa perbelajaan yang dilakukan oleh Negeri pada atau berkenaan dengan mengambil tanah mengikut perenggan (b) hendaklah dibayar balik oleh Persekutuan, dikecualikan bahawa jika tanah itu diambil dengan cara perjanjian maka Persekutuan tidak boleh, melainkan jika ia adalah satu pihak dalam perjanjian itu, dikehendaki membayar lebih daripada apa yang sepatut dibayar olehnya jika tanah itu diambil dengan cara paksa;
(d) apa-apa wang yang dibayar oleh Persekutuan kepada Negeri mengikut perenggan (c) hendaklah, bagi maksud-maksud Fasal (2), diambilkira pada menentukan nilai pasar, cukai tanah yang berkenaan atau cukai tahunan yang sepatutnya, dan hendaklah dipotong daripada apa-apa premium yang kena dibayar oleh Persekutuan di bawah Fasal itu.
(6) Jika tanah diberi kepada Persekutuan menurut Fasal (1) dan tanah itu atau kepentingan mengenainya telah diambil oleh Kerajaan Negeri atas perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka, maka perenggan (d) Fasal (5) hendaklah dipakai terhadap wang yang telah dibayar mengenai pengambilan itu oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu seolah-olah wang itu dibayar oleh Persekutuan mengikut perenggan (c) Fasal (5); dan Fasal (3) tidak boleh dipakai bagi mana-mana tanah itu.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menghalang tanah di sesuatu Negeri daripada direzab bagi maksud-maksud persekutuan mengikut apa-apa syarat yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, atau boleh menyentuh kuasa pihak berkuasa yang berkenaan di sesuatu Negeri untuk mengambil mengikut apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu, mana-mana tanah milik bagi maksud-maksud persekutuan dengan tiada Kerajaan Persekutuan menghendaki tanah itu di bawah Perkara itu.

8) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menghalang pemberian tanah di sesuatu Negeri kepada Persekutuan, mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, tanpa suatu kehendak oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara ini.

 

84. (Dimansuhkan).

85. Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud-maksud persekutuan.

(1) Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan boleh menghendaki Kerajaan Negeri, dan kemudiannya adalah menjadi kewajipan Kerajaan itu, menyebabkan tanah itu diberi kepada Persekutuan untuk selama-lamanya tanpa sekatan-sekatan tentang kegunaan tanah itu, tetapi tertakluk kepada pembayaran premium yang akan ditentukan mengikut Fasal (2) dan kepada pembayaran cukai tanah yang berkenaan pada tiap-tiap tahun.

2) Premium yang disebutkan dalam Fasal (1) hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan --

(a) nilai pasaran bagi apa-apa pemajuan yang dilakukan (selain daripada atas perbelanjaan Negeri) semasa tanah itu digunakan bagi maksud-maksud persekutuan; dan
(b) amaun, jika ada, yang telah dibayar oleh Persekutuan, atau yang telah dibayar sebelum Hari Merdeka oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, berkenaan dengan kos pengambilan apa-apa kepentingan mengenai tanah itu oleh Kerajaan Negeri.
3) Tanpa menjejaskan Fasal (1), jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan boleh menawar untuk melepaskan tanah itu kepada Negeri dengan syarat bahawa Negeri itu membayar Perrsekutuan nilai pasaran dan amuan yang disebutkan dalam perenggan (a) dan (b) Fasal (2); dan jika Kerajaan Negeri itu menyetujuterima tawaran itu, maka tanah itu hendaklah terhenti menjadi rizab.

4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan oleh Perkara ini, tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud-maksud persekutuan tidaklah terhenti daripada dirizabkan sedemikian, dan segala tanah yang dirizabkan sedemikin hendaklah dikawal dan diuruskan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan, dan Kerajaan Persekutuan boleh memberikan apa-apa hak menduduki, mengawal atau menguruskan, atau suatu penyewaan atau pajakan, keseluruhan atau mana-mana bahagian tanah itu, kepada mana-mana orang --

(a) bagi orang itu menggunakan tanah itu untuk apa-apa tempoh bagi maksud persekutuan yang baginya tanah itu dirizabkan, atau bagi apa-apa maksud yang berdampingan atau bersampingan dengannya; atau.
(b) jika Kerajaan Persekutuan tidak dapat kerana apa-apa jua sebab menggunakan tanah buat sementara itu bagi maksud persekutuan yang baginya tanah itu dirizabkan, bagi orang itu menggunakan tanah itu bagi apa-apa maksud selain daripada maksud persekutuan, untuk apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.
5) Dalam Perkara ini sebutan mengenai tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud-maksud persekutuan termasuklah --

(a) mana-mana tanah yang telah dirizabkan sebelum Hari Merdeka mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang ketika itu berkuatkuasa di dalam Negeri itu bagi apa-apa maksud yang telah menjadi suatu maksud persekutuan selepas Hari Merdeka;
(b) mana-mana tanah yang telah dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan selepas Hari Merdeka mengikut peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di dalam sesuatu Negeri;
(c) mana-mana tanah Kerajaan yang disebutkan dalam Fasal (4) Perkara 166 yang telah dimansuhkan itu; dan
(d) mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud-maksud persekutuan mrnurut kuasa Fasal(7) Perkara 83.

86. Pelupusan Tanah Yang Terletakhak Pada Persekutuan.

1) Jika apa-apa kepentingan mengenai tanah adalah terletakhak pada Persekutuan, atau pada pihak berkuasa awam, bagi apa-apa maksud, maka Persekutuan atau pihak berkuasa awam itu boleh melupuskan kepentingan itu atau apa-apa kepentingan yang lebih kecil mengenai tanah itu kepada mana-mana orang yang didapatinya layak.

2) Jika apa-apa kepentingan mengenai tanah di sesuatu Negeri dilupuskan oleh atau kepada Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa awam menurut Perkara ini atau Perkara 85, maka adalah menjadi kewajipan Kerajaan Negeri itu mendaftarkan transaksi itu dengan sewajarnya.

 

87. Memutuskan Pertikaian Tentang Nilai Tanah.

(1) Jika berbangkit apa-apa pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan sesuatu Kerajaan Negeri tentang pembayaran yang akan dibuat oleh atau kepada Persekutuan di bawah Perkara-perkara Bab ini yang tersebut di atas, atau tentang jumlah mana-mana pembayaran itu, maka, atas permintaan Kerajaan Persekutuan atau permintaan Kerajaan Negeri itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Tribunal Tanah yang dilantik mengikut Perkara ini.

(2) Tribunal Tanah hendaklah mengandungi --

(a) seorang pengerusi yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan yang menjadi, atau telah menjadi, atau layak menjadi, seoerang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia;
(b) seorang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan; dan
(c) seorang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
(3) Amalan dan acara Tribunal Tanah hendaklah diatur menurut kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah atau pihak berkuasa lain yang berkuasa di bawah undang-undang bertulis membuat kaedah-kaedah atau perintah-perintah bagi mengatur amalan dan Mahkamah Persekutuan.

(4) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Tribunal Tanah mengenai apa-apa soal undang-undang hendaklah dibuat kepada Mahkamah Persekutuan.



Bab 5 - Pembangunan Negara

92. Rancangan Pembangunan Negara

(1) Jika, selepas sesuatu syor diterima daripada suatu jawatankuasa pakar dan selepas rundingan diadakan di antara Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Kerajaan mana-mana Negeri berkenaan, Yang diPertuan Agong berpuas hari bahawa adalah mendatangkan faedah bagi kepetningan negara dijalankan sesuatu rancangan pembangunan di mana-mana kawasan atau di kawasan-kawasan dalam satu atau beberapa buah Negeri maka Yang diPertuan Agong boleh, selepas menyiarkan rancangan itu, mengisytiharkan kawasan atau kawasan-kawasan itu sebagai kawasan pembangunan; dan kemudiannya Parlimen adalah berkuasa melaksanakan rancangan pembangunan itu atau mana-mana bahagiannya walaupun mana-mana perkara yan dimaksudkan oleh rancangan itu adalah perkara-perkara yang, jika tidak kerana Perkara ini, hanya Negeri-negeri sahaja berkuasa membuat undang-undang mengenainya.

(4) Dengan tidak menyentuh kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah mana-mana Perkara lain untukmenghendaki apa-apa kepentingan mengenai tanah diambil atau diberi abgi maksud persekutuan, Kerajaan Persekutuan boleh dari semasa kesemasa menghendaki direzab, setakat mana yang dinyatakannya, mana-mana tanah dalam sesuatu kawasan pembangunan yang tidak diduduki oleh orang-orang persendirian; akan tetapi apa-apa kekurangan hasil tahunan yang di terima oleh Negeri oleh kerana tanah direzabkan sedemikian hendaklah diganti kepada Negeri itu oleh Persekutuan.

 


BAHAGIAN 13
PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN

166. Pewarisan Harta.

(1) (Dimansuhkan)

(2) (Dimansuhkan)

(3) Mana-mana tanah yang terletakhak pada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebelum sahaja Hari Merdeka telah diduduki atau digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Bagi Queen atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam bagi maksud-maksud yang mengikut peruntukan-peruntukan Perlembangaan ini, menjadi maksud-maksud persekutuan hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka diduduki, digunakan, dikawal dan diurus oleh Kerajaan Persekutuan atau mengikut mana yang berkenaan oleh pihakberkuasa awam yang tersebut itu, selagi tanah itu dikehendaki bagi maksud-maksud persekutuan , dan :-

(a) tidak boleh dilepaskan atau digunakan bagi apa-apa maksud, lain Kerajaan Persekutuan, dan

(b) tidak boleh digunakan bagi maksud-maksud persekutuan yang lain daripada yang baginya tanah itu telah digunakan persetujuan sahaja Hari Merdeka dengan tiada persetujuan Kerajaan Negeri itu.

(4) (Dimansuhkan)

(5) (Dimansuhkan)

(6) (Dimansuhkan)

(7) (Dimansuhkan)

(8) Mana-mana harta yang sebelum sahaja Hari Merdeka,kaena dikembalikan kepada Baginda Quewn mengenai Kerajaan Melaka atau Kerajaan Pulau Pingan hendaklah pada Hari Merdeka kena dikembalikan kepada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana yang berkenaan.

 
JADUAL KESEMBILAN
SENARAI PERUNDANGAN

Senarai 1 – Senarai Persekutuan

1. Hal-ehwal luar negeri, termasuk

(b)Pelaksanaan triri, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;
(h) Membeli, mengambil, memegang dan membuat apa-apa urusan mengenai harta bagi maksud-maksud persekutuan.

25. Syarikat kerjasama.

 

Senarai 2 – Senarai Negeri

2. Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, tanah, termasuk :-

a) Pemengangan tanah; perhubungan atara tuantanah denganpenyewa; pendaftaran hakmilik dan suratikatan mengenai tanah; penerokaan; kemajuan tanah dan memelihara tanah, sekatan sewaan;
b) Rezab Melayu atau, di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, rezab bumiputra;
c) Permit dan lessen untukgalian; pajakan lombong dan perakuan lombong
d) Pengambilan tanah secara paksa.;
e) Pindah-milik tanah, gadaijanji, pajakan dan gadaian mengenai tanahl ismen’dan
f) Perkembalian harta kepada Kerajaan; harta karun tidak termasuk barang purba.

3. Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan dan Labuan, pertanian dan perhutanan , termasuk :-

a) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan
b) Hutan.

5. Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, lain-lain perkhidamtan bercorak tempatan, iaitu :-

c) Tanah kubur dan tanah tempat bakar mayat;

 

Senarai 3 – Senarai Bersama.

3. Perlindungan bagi binatang-binatan liar dan burung-burung liar; Taman Negara.
9. Pemulihan tanah lombong dan tanah yang telah dibina oleh hakisan tanah.
9C. Perumahan dan peruntukan-peruntukan bagi kemudahan; amanah pemajuan.

 
SENARAI UNDANG-UNDANG
BEKAITAN DENGAN PENTADBIRAN TANAH

1. PEMEGANG TANAH

* Custodian fo Enemy Property (Documents of Title) (Malay States) Ordinace 43/1950.
* Customary tenure Enactement – F.M.S Cap. 215.
* Kelantan Land Settlement Ordinance, 51/1955. * Land (Group Settlement Areas) Act.13/1960.
* National Land Code Act. 56/1960. * National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act, 2/1967.
* Perlis Land Settlement Enactment, 6/1966.
* Rights of Way Kedah Enactemaent, No. 101.
* Service Lands Acts, 35/1963.
* Settlement Enactement Terengganu No. 65/1356.
* Sultanate Lands Johor Enactment No. 146.
* Sultanate Lands Kelantan Enactment No.5/1934.
* Sultanate Lands F.M.S Cap 221.

2. UKUR TANAH

* Land & Mining Plans & Documents (Photographic Copies) Ordinace,18/1950.
* Licensed Land Surveyors Ordinance 11/1958.
* Registration of Surveyors Acts, 67/1967.

3. HAKMILIK LOMBONG/KAWALAN AKTIVITI LOMBONG

* Continental Shelf Act – Laws of Malaysia Act 83.
* Mining Beneath Alienated Lands Enactment F.M.S No.11/1941.
* Mining Enactment Johor No.69. * Mining Enactment Kedah No.67.
* Mining Enactment Perlis No. 1/1340 * Mining Enactment Terengganu No. 51/1356
* Mining Enactment F.M.S Cap 148. * Mineral Ores Enactment Johore No. 97.
* Minera Buyers Enactment Kedah No. 66
* Mineral Ores Enactement Perlis No. 2/1356.
* Petroleum Mining Act – Laws of Malaysia Act 95.

4. PENGAMBILAN TANAH SECARA PAKSA

* Land Acquisition Act, 34/1960.

5. PEMELIHARAAN PERLINDUNGAN TANAMAN, TANAH, SUNGAI SUMBER ALAM

* Forest Enactment F.M.S. Cap 153.
* Forest Enactment Johore No 58.
* Forest Enactment Kedah No. 15/1357.
* Forest Enactment Kelantan No4/1939
* Forest Enactment Perlis No. 3/1370
* Forest - S.S Ordinace Cap. 147.
* Forest Enactment Terengganu No. 44/`935.
* Land Consercation Act, 3/1960.
* Rivers and Drainage Kelantan enactment No. 17/1935.
* Rivers Construction Johore Enactment No. 46.
* Waters Enactment – F.M.S. Cap 146. * Waters Johore Enactment No. 66
* Waters Perlis Enactment No. 9/1357.
* Protection of Wild Life Act – Laws of Malaysia Act 76.

6. PUNGUTAN KADAR-KADAR DAN CUKAI-CUKAI

* Drainage works Ordinace 1/1954
* Education (Amendment) Act, 32/1963
* Estate Duty Enactment – F.M.S. Cap. 7/1941.
* Fees Act – Laws of Malaysia Act 209.
* Income Tax Act – Laws of Malaysia Act 53.
* Irrigation Areas Ordinace, 33/1953.
* Petroleum (Income Tax) Act, 45/1967
* Stamp (Custodian Transaction)Exemption Ordinace-F.M. Ordinanace No. 23/1948.
* Stamp (Unnumbered Shares) Act. 36/1962.
* Stamp Ordinace 59/1949.
* Water supply Enactment F.M.S. Cap 203.
* Water supply Johore Enactment No.119.
* Water supply Kedah Enactment 6/1965.
* Water supply Kelantan Enactment No.1/1952.
* Water supply Perlis Enactment 2/1952

7. BEBERAPA PIHAKBERKUASA AWAM/PERBADANAN AWAM

* Electricity act – Laws of Malaysia act 116.
* Employees Provident fund ordinace, 21/1951.
* Federal agricultural marketing authority act- laws of Malaysia act 141.
* Federal Capital Act – Laws of Malaysia act 190.
* Federal Iindustrial DecelopmentAuthority (Incopration) Act 13/1965.
* Land Development Ordinance, 20/1956.
* Local Council Ordinance, 36/1952.
* Local Government Act – Law of Malaysia Act 171.
* Merdeka Stadium Corporation Act 11/1963.
* Municipal Ordinace S.S Cap. 133.
* Municipal Enactment Kelantan No. 20/1938.
* National Land Rehabilitation and Consolidation Authority.
* Penang Port Commission Ordinance 56/1955.
* Petaling Jaya Authority Ordinance 36/1954.
* Port Authorities Act, 21/1963.
* Railway Ordinance – Malayan Union Ordinance No. 8/1948.
* Rubberindustry (Replanting) Fund Ordinance 8/1952.
* Rubber Research Institute of Malaysia Act,16/1966.
* Subang Golf Course Corporation Act, 16/1968.
* Telecommunications Act – Laws of Malaysia Act 20.
* Twons Bords Enactment – F.M.S Cap. 137.
* Twons Boards Enactmen – Johore No. 118.
* Twons Boards Enactmen Terengganu No. 12/1355.
* University of Malay Act, 44/1961.
* Federal Lands Commissioner Ordinance 44/1957.
* F.M.S. Chamber of Mines Incorport Enactment – F.M.S Cap 104
* Menteri Besar (Incorporation) Kelantan Enactment 3/1951
* Menteri Besar (Incorporation) Negeri SembilanEnactment 3/1951
* Menteri Besar (Incorporation) Perak Enactment 2/1951
* Menteri Besar (Incorporation) Perlis Enactment 5/1370.
* Menteri Besar (Incorporation) Terengganu Enactment 1/1951.
* Minister of Finance (Incorporation Ordinance). 46/1957
* National Productivity Council Incorporation Act. 19/1966
* Planters Assocition of Malay (Incorporation) Enactment F.M.S. Cap 105
* Pure Life Society (Suddha Semajam)(Incorporation) Ordinance, 15/1957
* Redemptorist father(Incorporation) Ordinance 16/1962
* Roman Catholic(Incorporation) Bishops 38/1957.
* State Secretary(Incorporation) Johor Enactment. 2/1953.
* State Secretary(Incorporation) Kedah Enactment 1/1951
* State Secretary(Incorporation) Malaca 7/1971.
* State Secretary(Incorporation) Pahang 12/1959.
* State Secretary(Incorporation) Penang 1/1953.
* State Secretary(Incorporation) Perak 3/1951.
* State Secretary(Incorporation) Selangor 3/1955.
* Trustee ordinance 73/1952.
* Tunku Abdul Rahman Foundation Fun Act 43/1966.
* Perbadanan Pembangunan Bandar Act-Laws of Malaysia Act 46.
* Bank Simpanan National Act-Laws of Malaysia Act 146.
* Lembaga Padi dan Beras Negara Act-Laws of Malaysia Act 47.
* Malaysian Rubber Exchange and Licencing Board Act-Laws of Malaysia Act.8
* Johore State Economic Development Corporation-Johore Enactmen No.1/196
* Kelantan State Development Corporation-Kelantan Enactement No.10/1966
* Malacca State Delevlopment Corporation-Malacca Enactement No. 4/1971.
* N. Sembilan State Delevlopment Corporation –N. Sembilan Enactement No. 4/1969.
* Pahang State Delevlopment Corporation -Pahang Enactement No. 12/1967.
* Penang State Delevlopment Corporation - Penang Enactement 10/1971.
* Perak State Delevlopment Corporation State Delevlopment Corporation -Perak Enactement No. 3/1967
* Perlis State Delevlopment Corporation -Perlis Enactement No.6/1967.
* Selangor State Delevlopment Corporation –Selangor Enactement No.4/1964
* Terengganu State Economic Delevlopment Corporation Economic-Terengganu Enactement No. 3/1965

8. KAWALAN PERKUBURAN

* Burials Enactment F.M.S. Cap 189.
* Burials Enactment Johore No. 49.
* Burials Enactment Kedah No. 13.
* Kelantan No. 18/38.
* Burials Penang & Malacca –S.S Cap. 205.
* Burials Enactment Terengganu 3/1355

9. KAWALAN PEMILIKAN TANAH

* Aboriginal Peoples Act – Laws of Malaysia Act 134.
* Diplomatic adna Consular Privileges Ordinance 53/1957.
* Guardianship of Infant Act. 13/1961.
* Malay Reservations Enactment Johore 1/1936.
* Malay Reservations Enactment Kedah No.63
* Malay Reservations Enactment Kelantan No. 18/1930.
* Malay Reservations Enactment Perlis 7/1353.
* Malay Reservations Enactment Terengganu 17/1360

10. PINDAHAN DAN URUSAN MENGENAI TANAH

* Adiption Ordinance 41/1952.
* Age of Majoritiy Act, 1971-Laws of Malaysia Act 21.
* Attestation of Registrable Instruments Act,1/1960.
* Distribution Ordinance 1/1958.
* Enemy Property Ordinance 22/1959.
* Limitation Ordinance 4/1959.
* Legitimacy Act- Laws of Malaysia Act 60.
* Married Women & Children (Maintenance) Ordinance 36/1950.
* Married Women & Children (Enforcement) of Maintenance) Act. 8/1968.
* Mental Disorders Ordinance 31/1952.
* Oaths and Affirmations Act – Laws of Malaysia Act.194.
* Powers of Attorney Ordinance 64/1949.
* Presumption of Survivorship Act – Laws of Malaysia Act.205.
* Probate and Administrantion Act – Laws of Malaysia Act 97.
* Registration of Adoption Ordinance No. 54/1952.
* Small Estates (Distribution) Act – Laws of Malaysia Act. 98.
* Trustee Act – Laws of Malaysia Act 208.
* Wills Ordinance 38/1959.

11. KEMAJUAN/PEMBANGUNAN TANAH

* Land Development Ordinance 20/1956.
* Padi Cultivators – S.S. Cap 144.

12. PENGURUSAN KEWANGAN

* Audit Act – Laws of Malaysia Act 62.
* Financial Procedure Act – Laws of Malaysia Act 21.
* Government Contracts Act –– Laws of Malaysia Act 120.
* Government Loans Security F.M.S. Cap 130.

13. UNDANG-UNDANG ISLAM

JOHOR
* Baitul-Mal Enactment No. 136.
* Council of Religion Enactment No. 2/1949.
* Courts (Kalthis anda Assistant Kathis) Enactment No. 54.
* Muslim Marriage and Divorce Registration Enactment No. 17.
* Muslim Offences Enactment No. 47
* Muslim Law and Custom (Determination) Enactment No.48.
* Wafat Enactment No. 11/1073.
* Zakat and Fitrah Enactment No. 5/1957

KEDAH
* Administration of Muslim Law No. 9/1962.
* Zakat and Fitrah 4/1955.
* Registration of Muslim Schools No. 99 KELANTAN
* Syriah Courts & Muslim Matrimonial Causes Enactment No. 1/1966.
* Kelantan Council ot Religion and Malay Custom Enactment No. 2/1966

MELAKA
* Administration of Muslim Law No. 1/1959.
* Muslim – S.S. Cap 57.
* Muslim and Hindu Endowments –S.S. Cap 175.

NEGERI SEMBILAN
* Adminiistration of Muslim Law No. 15/1960.

PAHANG
* Administrationn of the Religion of Islam No. 5/1956.

PULAU PINANG
* Administration of Muslim Law No. 3/1959.
* Muslim – S.S.Cap 57. PERAK
* Administration of Muslim Law No. 3/1964.

SELANGOR
* Administration of Muslim Law No.3/1952.

TERENGGANU
* Administration of Islamic Law No. 4.1955.
* Islamic Wakaf Validating No. 10/1972.

14. RUJUKAN-RUJUKAN UMUM
* Auction sales – F.M.S Cap 81.
* Auction sales Johor Enactment No. 117.
* Auction sales Kkedah No.8.
* Auction sales Perlis No. 7/1357.
* Auction sales – S.S. Cap 198.
* Bankruptcy Act, 55/1967.
* Companies Act – Laws od Malaysia Act. 125.
* Co-operative Societies Ordinance 33/1948.
* Constitution of the States
* Contract Act – Laws of Malaysia Act 136.
* Control of Rent Act, 56/1966.
* Criminal Procedur Code -F.M.S. Cap 6.
* Criminal Procedur Code S.S. Cap 21.
* Delegation of Powers Act, 56/1956.
* Housing Developers (Contro and Licensing)-Laws of Malaysia Act 118.
* Intepretation and General Clauses Ordinance – Malayan Union Orfinance No. 7/1948.
* Interpretation Act 23/1967.
* Rubber Supervision F.M.S. Enactment 10/1937.
* Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (Incorporation)
* Act-Laws of Malaysia Act 157.
* Tin Control Ordinance 41/1954.
* Emergency (Essential Powers) Malaysia Act. 30/1964.
* Emergency(Territorial Waters) Ordinance. 7/1969.-P.U.(A)307A/1969.
* Evidence Act – Laws of Malaysia Act 56.
* Federal Roads – F.M. Ordinance 42/1959.
* Federal Constitution.
* Federal of Malaya Agreement 1948 – Gazette Notification 6/1948.
* Foreign Representatives (Privileges and Immunities) Act, 34/1967.
* Government Proceedings Ordinance 58/1956.
* Houses of Parliament (Privileges and Powers) Ordinance 15/1952.
* Internal Security Act – Laws of Malaysia Act 32.
* Investment Incentives Act, 13/1968.
* National Archives, 44/1966
* National Languafe Act – Laws of Malaysia Act 32.
* Notaries Public Act – Laws of Malaysia Act 115
* Official Secrets Act – Laws of Malaysia Act 88.
* Penal Code – F.M.S. Cap. 45.
* Pension Ordinance 1/1951.
* Petroleum Ordinance 46/1949.
* Pineapple Industry Ordinance 13/1957.
* Prevention of Corruption Act – Laws of Malaysia Act 57.
* Registration of Business Ordinance 47/1956.
* Revision of Laws Act – Laws of Malaysia Act 1.
* Societion Act, 13/1966.
* Speciffic Act – Laws of Malaysia Act 137.
* Statutory Declarations Act –Laws of Mlaysia Act 13.
* Street, Drainage and Building Act – Laws of Malaysia Act 133
* Supplementary Income Tax Act – Laws of Malaysia Act 54.
* Tin Industry (Research and Development)Fun Ordinance 58/1953.
* Titles of Office Ordinance 22/1949.
* Trustee Investment Act, 36/1965.
* Town and Country Planning Act – Laws of Malaysia Act 172.
* Trusts (State and Settlement Legilatures Competancy) Ordinance 25/1949.


 

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

13 Mac 2024 | 2:54 PM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak boleh beroperasi buat masa ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10