Single Sign On PTGPP

go greensmall

PTG D'Online
Makluman kepada pengguna, SSO (Single Sign On) digunakan untuk log masuk sistem-sistem aplikasi PTGPP.
 
INOVASI & INISIATIF ICT PTGPP
[ INTERNET ]
(Klik tab di bawah untuk maklumat lanjut)PTGUpFi

PTGBil

PTGBil20bannerPTGBil

(Sistem Permohonan Pengemaskinian Maklumat Bil Cukai Tanah PTG Pulau Pinang)

Sistem PTGBil merupakan satu medium yang membolehkan orang awam (pengguna) membuat permohonan pengemaskinian maklumat pada bil cukai tanah dan menyemak status permohonan tersebut secara online menggunakan kad pengenalan (MyID) dan nombor pengenalan lain. Permohonan pengemaskinian maklumat-maklumat pembayar cukai tanah adalah seperti nama pembayar, nombor kad pengenalan, alamat penghataran bil cukai tanah, nombor telefon, telefon bimbit dan e-Mel. Pengemaskinian data akan dibuat pada Sistem e-TANAH & maklumat asal yang dimasukkan pengguna setelah permohonan disahkan tepat & betul oleh pegawai/kakitangan yang bertugas. Akan datang, pengguna juga boleh membuat persetujuan untuk menerima bil cukai tanah melalui e-Mel dan lain-lain maklumat serta notifikasi dari PTG Pulau Pinang.

 
INOVASI & INISIATIF ICT PTGPP
[ INTRANET ]
(Hanya boleh diakses dalam rangkaian Penang*NET sahaja)
(Klik tab di bawah untuk maklumat lanjut)

PTGendos

PTGendos20banner PTGendos
(Sistem Rekod dan Pemantauan Dokumen Perserahan PTGPP)

PTGendos ini merupakan inisiatif & inovasi ICT untuk memudahkan proses memantau dan merekod semua proses perserahan bagi urusan Urusniaga dan Bukan Urusniaga yang masuk sehingga keluar di Bahagian Strara & Pendaftaran di PTG Pulau Pinang dan sehingga ke proses jilid. Sistem ini digunakan oleh kerani kemasukan untuk membuat kemasukan, pendaftar untuk mengesahkan perserahan, kerani isihan untuk menyerahkan perserahan kepada pelanggan dan proses rekod dan kerani rekod untuk proses penjilidan dan disimpan perserahan tersebut ke bilik kebal. Setiap dokumen perserahananugerah20inovasi tersebut direkodkan dan dipantau pergerakannya menggunakan sistem ini mengikut tugas pegawai/kakitangan yang melaksanakannya. Sistem ini dan PTG Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi dalam Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009.

PTGScan

PTGScan20BannerPTGScan
(Sistem Simpanan dan Carian Maklumat Surat PTG Pulau Pinang
)

 

Sistem PTGScan ini dibangunkan untuk Bahagian Khidmat Pengurusan PTG untuk proses kemasukan dan kemaskini surat-surat masuk jabatan. Surat boleh diakses, dibuat carian dan dimuat turun oleh semua warga PTG untuk rujukan, semakan, gantian surat yang hilang, surat asal yang dicari tidak dijumpai dan sebagainya. Dengan adanya sistem ini dapat dijadikan sandaran apabila berlaku keciciran & kehilangan surat asal serta dapat dijadikan pangkalan data koleksi surat jabatan.

 

PTGHelpdesk

PTGHelpdesk20BannerPTGHelpDesk
(Sistem Aduan,Pinjaman Peralatan & Khidmat Rundingan dan Nasihat ICT PTG Pulau Pinang)

PTGHelpdesk adalah sistem yang dibangunkan berkonsepkan knowledge base. Sistem ini mempunyai 3 modul utama iaitu Klinik ICT untuk menerima dan menyelesaikan aduan dan masalah ICT pengguna, Peminjaman Peralatan ICT untuk permohonan peralatan ICT bagi urusan di PTG dan Khidmat Rundingan dan Nasihat ICT untuk mendapatkan Khidmat Rundingan dan Nasihat berkaitan ICT. Sistem ini akan digunakan oleh semua Pegawai dan Kakitangan PTG untuk mendapatkan perkhidmatan ICT dari Bahagian Teknologi Maklumat PTG. Sistem ini juga dapat membantu menepati Piagam Pelanggan Bahagian Teknologi Maklumat PTG.

 

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

3 Disember 2024 | 12:00 PM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak diaktifkan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10