W3C

Akses Orang Kurang Upaya (OKU)

Portal Rasmi Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang, menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Kemudahan ini diharap dapat membantu mereka dalam melayari Portal Rasmi ini dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Disamping itu, kemudahan ini disediakan bagi memenuhi matlamat  W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan Portal mesra pengguna terhadap keperluan OKU.Antara kemudahan yang disediakan dalam Portal Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang :

1. Pengguna Cacat Penglihatan

Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini.  Pembaca teks tersebut disediakan untuk Seksyen Halaman Utama, Perutusan Y.B SUK, Profil, Organisasi, Soalan Lazim, Penerbitan serta pelbagai kandungan yang lain. Kemudahan pembaca text (text reader) menjana suara secara automatik sebagai alternatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :

(a) Pautan kepada pembaca teks :

 

·              Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon "sound"  pada bahagian bawah kandungan/artikel tersebut.

·             Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'.

·             Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.

·             Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.atau

(b) IE Page Reader :

·              Dapatkan IE Page Reader.

·              Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API.Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini. 

·              Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

·              Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, klik di sini.

2. Pengguna Warga Tua


Pengubah saiz teks "A+lA-lReset"- Portal Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang juga menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas Portal Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang iaitu di sebelah fungsi "Carian". Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian. 

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

3 Disember 2024 | 12:00 PM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak diaktifkan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10