PTGPP 5s

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

header bg1

Maklumat terperinci 5S PTGPP, sila ke Infosite 5S PTGPP di alamat:

http://172.21.22.3/ptgpp5s

5s11Tuan/Puan,

Pelaksanaan 5S telah di isytiharkan berkuatkuasa oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Arifin bin Awang, Pengarah PTG Pulau Pinang untuk dilaksanakan di Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang (PTGPP) bermula tanggal 27 April 2011 bersamaan hari Rabu, 23 Jamadilawal 1432 Hijrah.

Satu taklimat berkenaan 5S untuk PTGPP telah pun dilaksanakan di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR pada 27 April 2011 sebagai sesi 'knowledge sharing' dan berkongsi pengalaman.

 

 

ZON 5S DI PTGPP

 

Zon 5S Tingkat 21 (Klik imej untuk dibesarkan) 

zon 5s thumb t21

Zon 5S Tingkat 22 (Klik imej untuk dibesarkan)

zon 5s thumb t22

PENGURUS/KETUA ZON 5S PTGPP

 
PENGURUS/KETUA ZON
ZON 5S
1
EN. ELIAS BIN HAKIM
ROCK
2
PN. FAIZAH HANIM BT SHAARI
BRICK
3
PN. SHUHILLA BT AHMAD
GRANITE
4
CIK INTAN MASYITAH BT MURAD
SAND
5
CIK NURUL ATIQAH BT AZIZAN
KAOLIN
6
EN. MOHD ANNAS BIN MOHD NASSER
MARBLE
7
PN. FARAZIMAH BT MOHAMAD
LIME STONE

PERISTIWA 5S PTGPP

brown_list_icon 10.08.2011 - Mesyuarat Pengurusan PTG memaklumkan bahawa Bahagian Kualiti (Bahagian Audit Pengurusan) akan menguruskan pelaksanaan 5S di PTG dan tarikh auditan ditangguhkan daripada September 2011 kepada hujung tahun. Wakil daripada Malaysian Productivity Centre (MPC) akan dijemput untuk sesi auditan tersebut. Tindakan: Bahagian Kualiti

brown_list_icon16.06.2011 -Cik Intan di Bahagian Khidmat Pengurusan PTGPP mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perbezaan 5S dan 8S yang dilaksanakan di PSUKPP. PSUKPP memaklumkan bahawa 5S adalah tetap dan wajib (lebih-lebih lagi untuk persijilan) manakala 8S tersebut pula adalah amalan dalam 5S yang di gunakan untuk berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan PSUKPP.
23.05.2011 - Di dalam Mesyuarat Pengurusan PTGPP, Y. Bhg. Dato' telah menetapkan satu hari dalam seminggu iaitu hari Jumaat, 4 - 5 petang sebagai hari untuk melaksanakan 5S di PTGPP. (English Class pada kumpulan yang terlibat berjalan seperti biasa).

29 April 2011 - Satu ruangan dan pautan berkenaan perlaksanaan 5S di PTGPP telah disediakan di Portal Rasmi PTGPP.
27 April 2011 - Satu Mesyuarat Penyelarasan 5S di PTGPP telah diadakan pada petang 27 April 2011 di Bilik Mesyuarat Utama PTGPP untuk membincang dan menyelaraskan pelaksanaan 5S di PTGPP. Mesyuarat dihadiri oleh ketua-ketua/wakil bahagian, Timb. Pengarah PTG(P) dan di pengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Pengarah PTGPP. Mesyuarat bersetuju untuk tambahan 3S lagi menjadi 8S sebagai amalan berterusan dalam 5S iaitu Siap Siaga, Semangat & Sabar. Y.Bhg Dato' Pengerusi juga telah melantik ketua-ketua zon dan juga En Norhardi b. Sabri sebagai Penyelaras 5S PTGPP.
27 April 2011 - Mesyuarat juga memutuskan untuk melaksanakan pertandingan 5S antara zon bermula dengan Gotong Royong Perdana PTGPP pada 29 April 2011 sehingga 26 Ogos 2011.

 

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

13 Mac 2024 | 2:54 PM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak boleh beroperasi buat masa ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10