SOALAN LAZIM BERKAITAN HASIL & PEMBAYARAN CUKAI TANAH ONLINE
(Untuk muat turun soalan lazim ini, sila klik DISINI)
 
 
 
 
arrow
Soalan:
Apakah itu cukai tanah?
 
Jawapan:
 
 
 
 
 
Cukai Tanah ditafsirkan sebagai "sewa" di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai:
    (i) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
    (ii) apa-apa pembayaran lain yang terhutang kepada PBN yang mengikut mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
    (iii) apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.
 
arrow
Soalan:
Siapakah yang perlu menjelaskan cukai tanah?
 
Jawapan:
Merujuk kepada Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965, setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah tahunan.
 
arrow
Soalan:
Bilakah anda sepatutnya membayar cukai tanah?
 
Jawapan:
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Selepas daripada tarikh tersebut, denda lewat akan dikenakan.
 
arrow
Soalan:
Mengapa anda perlu membayar cukai tanah?
 
Jawapan:
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri setiap tahun tanpa perlu menunggu makluman melalui bil cukai tanah.
 
arrow
Soalan:
Implikasi jika gagal menjelaskan cukai tanah?
 
Jawapan:
Di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, tanah anda akan DIRAMPAS.
 
arrow
Soalan:
Bagaimanakah pembayaran online cukai tanah boleh dibuat?
 
Jawapan:
Pembayaran online cukai tanah boleh dibuat sama ada melalui Portal e-Tanah http://etanah.penang.gov.my ATAU melalui Portal e-Bayar http://ebayar.penang.gov.my. Jika membuat pembayaran melalui Portal e-Bayar pengguna dinasihatkan supaya Daftar Ahli terlebih dahulu bagi membolehkan pengguna untuk mencetak semula resit bayaran cukai tanah jika diperlukan pada masa akan datang..
 
arrow
Soalan:
Adakah cukai tanah dan cukai taksiran boleh dibayar secara online?
 
Jawapan:
Ya, cukai tanah boleh dibayar melalui Portal e-Tanah dan Portal e-Bayar. Manakala cukai taksiran hanya boleh dibayar melalui Portal e-Bayar sahaja.
 
arrow
Soalan:
Apakah perbezaan antara menggunakan kad kredit dan kad debit untuk bayaran cukai tanah?
 
Jawapan:
Bagi pembayaran secara debit, caj perkhidmatan yang bank kenakan adalah RM0.53 per transaksi manakala bayaran melalui kad kredit, caj perkhidmatannnya adalah 1.908% ke atas jumlah bayaran bagi setiap transaksi.
 
arrow
Soalan:
Bolehkah pembayaran cukai tanah secara online dibuat melalui portal bank seperti maybank2u.com atau CIMB Clicks?
 
Jawapan:
Tidak boleh, kerana tiada kemudahan pembayaran cukai tanah melalui portal bank untuk Pulau Pinang. Bayaran online hanya boleh dibuat melalui portal yang disediakan iaitu Portal e-Tanah atau Portal e-Bayar.
 
arrow
Soalan:
Bolehkah resit bayaran cukai tanah online yang telah dibayar dicetak semula?
 
Jawapan:
Resit bayaran cukai tanah online boleh dicetak semula jika pembayaran sebelum ini dibuat melalui Portal e-Tanah dengan klik pada menu 'Cetak Semula Resit', masukkan nombor akaun cukai tanah, klik 'Cari', pilih dan klik pada tarikh resit yang disenaraikan dan klik 'Jana Resit'.
   
Jika bayaran dibuat melalui Portal e-Bayar, pengguna perlu Daftar Ahli terlebih dahulu bagi membolehkan pengguna untuk mencetak semula resit bayaran cukai tanah jika diperlukan pada masa akan datang. Disamping itu, pengguna boleh menyemak maklumat pembayaran yang telah dibuat. Bagi pengguna yang tidak mendaftar sebagai ahli dan ingin mendapatkan resit, sila hubungi Web Admin untuk tindakan selanjutnya.
 
arrow Soalan: Bolehkah pembayaran cukai tanah dibuat 2 atau 3 akaun sekaligus?
  Jawapan: Pembayaran cukai tanah tidak boleh dibuat sekaligus kerana 1 akaun cukai tanah adalah hanya untuk 1 bayaran sahaja.
 
arrow Soalan: Apakah yang berlaku kepada pembayaran cukai tanah secara online yang tiada status bayaran?
  Jawapan: Bagi pembayaran yang dibuat pada hari yang sama, pengguna perlu menunggu sehingga 1 hari bekerja berikutnya untuk pemprosesan dan pengesahan bayaran oleh pihak bank dan Pejabat Daerah dan Tanah (kemungkinan berlaku 'attempt payment' pada bayarannya). Sila hubungi Bahagian Hasil, PTG Pulau Pinang untuk semakan pembayaran.
 
arrow Soalan:
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya, setelah selesai membuat bayaran di kaunter Pejabat Daerah dan Tanah, status masih menunjukkan pembayaran belum dijelaskan apabila semakan dibuat?
  Jawapan:
Jika dibayar pada hari yang sama, sila semak melalui Portal e-Tanah dan Portal e-Bayar jika berdaftar (bayaran belum replikasi ke Pejabat Daerah - replikasi transaksi online hari ini hanya dapat disemak di kaunter Pejabat Daerah keesokkan harinya kecuali jika disemak di kaunter PTG).
 
arrow Soalan:
Adakah bayaran cukai tanah online telah berjaya sedangkan semasa proses bayaran "processing loading" mengambil masa yang terlalu lama dan kemudiannya mendapati duit di dalam akaun telah pun ditolak?
  Jawapan:
Bayaran telah selesai, sila semak bayaran keesokkan harinya. Jika masih tiada apa-apa status, mohon hubungi Bahagian Hasil, PTG Pulau Pinang.
 
arrow Soalan: Saya adalah pengguna berdaftar di dalam Portal e-Bayar dan telah mencuba untuk memasukkan akaun cukai tanah tetapi tidak berjaya. Bagaimanakah cara untuk saya mengatasi masalah tersebut?
  Jawapan:
Sila pastikan anda menggunakan web browser Mozilla Firefox. Jika pengguna masih ingin menggunakan Internet Explorer juga, masalah ini akan berlaku dan setelah tambah nombor akaun, pengguna perlu tutup semula Internet Explorer dan buka semula selepas 10 ke 15 minit.
 
arrow Soalan: Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pemilihan bank untuk urusan pembayaran tidak dapat dilakukan (online) ?
  Jawapan: Sila pastikan 'pop-up blocker' telah ditutup (off).
 
arrow Soalan: Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kad kredit tidak boleh digunakan setelah beberapa kali cubaan untuk membuat bayaran?
  Jawapan: Sila hubungi bank yang mengeluarkan kad kredit tersebut.
 
arrow Soalan: Saya adalah pemegang kad kredit, bagi saya caj yang dikenakan 1.908% bagi setiap transaksi adalah terlalu mahal dan mengapa caj tersebut tidak dikecualikan?
  Jawapan: Segala caj bayaran adalah ditentukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
 
arrow Soalan:
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terpapar mesej "PTG service is not available" pada skrin semasa proses pembayaran dilakukan?
  Jawapan: Maklum segera pada Bahagian Hasil, PTG Pulau Pinnag dan tindakan akan diambil secepat mungkin.
 
arrow Soalan: Bagaimanakah cara untuk menukar alamat pada bil cukai tanah?
  Jawapan:
(i) Penukaran alamat boleh dilakukan melalui online dengan melayari PTGBil di Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang di alamat http://ptg.penang.gov.my/ptgbil
   
(ii) Penukaran alamat boleh juga dilakukan di setiap kaunter Pejabat Tanah dan Daerah dan di kaunter Hasil, PTG Pulau Pinang dengan mengisi Borang NA.2. (Bawa sesalinan Geran atau Perjanjian Jual Beli)
 
arrow Soalan: Bilakah permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat?
  Jawapan:
Permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat pada setiap tahun dan kemukakan permohonan tersebut pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun dengan melengkapkan borang permohonan pengurangan cukai tanah (borang boleh diperolehi di kaunter Pejabat Daerah dan Tanah).
 
arrow Soalan: Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat di daerah-daerah lain?
  Jawapan: Bayaran cukai tanah boleh dibayar dimana-mana kuanter hasil Pejabat Daerah dan Tanah di dalam negeri Pulau Pinang.
 

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

3 Disember 2024 | 12:00 PM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak diaktifkan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10