Uncategorised

Perutusan PTGPP

 
bungaatas 
 
logoPenangGif
PERUTUSAN DAN KATA-KATA ALUAN
 
PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang kini semakin berkembang dari semasa ke semasa sejak sebelum 2006 lagi sehingga sekarang ia dibangunkan. Ia sentiasa dikemaskini, ditambahbaik, ditambah nilai serta dinaik taraf dengan maklumat, fungsi serta teknologi terkini. Sebelum ini ia hanyalah merupakan Laman Web Rasmi PTG Pulau Pinang tetapi pada tahun 2012 ia telah dinaik taraf sebagai Portal Rasmi PTG Pulau Pinang seperti yang anda dapat layari sekarang ini.

Dalam sejarah PTG Pulau Pinang dan perkembangan ICT di PTG dan di Pulau Pinang, pada tahun 2012 Portal Rasmi PTG Pulau Pinang pertama kalinya telah memperolehi penarafan 5 bintang oleh MDeC dan MAMPU dalam MGPWA 2012 (Malaysia Government Portal and Website Assessment) dan sekali lagi penarafan 5 bintang tersebut dapat dikekalkan pada tahun 2013.

5starportal2012bm

 

5starportal2013bm

 

Ia dibangunkan dengan objektif untuk memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai profil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta fungsi-fungsi dan kemudahan perkhidmatan online.

Selamat melayari Portal Rasmi PTG yang bersifat informatif dan interaktif versi terkini ini. Harapan saya agar ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia amnya dan di Pulau Pinang khususnya berkaitan dengan Pentadbiran Tanah di Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

YBRS. DR. FAIZAL BIN KAMARUDIN
 
PENGARAH 
PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
 
bungabawah

 

piagampelanggan

PTG Penang Go Green

go green NEW small

PTGPP KE ARAH ‘PENDEKATAN HIJAU’

1.Mengamalkan penggunaan kertas yang minima - paperless & guna/kitar semula kertas terpakai.
 
 
2.Guna/kitar semula & inovasikan barang-barang terpakai untuk di jadikan kegunaan lain yang berguna di pejabat.
 
 
3.Tidak perlu fotostat dokumen – scan dan jadikan softcopy  - *.pdf dan simpan dalam PC/ext HDD/pen drive/CD/DVD.
 
 
4.Memanfaatkan dan memaksimakan penggunaan ICT sepenuhnya.
 
 
5.Mengamalkan 5S sepenuhnya.
 
 
6.Melaksanakan penghantaran memo melalui e-Mel, mengamalkan mesyuarat/perbincangan tanpa kertas dan memaksimakan penggunaan fungsi calendaring untuk jemputan mesyuarat dan sebagainya.
 
 
7.Penjimatan tenaga dengan menutup semua peralatan elektrik & elektronik apabila tidak digunakan seperti komputer/printer/lampu/kipas/penghawa dingin & sebagainya ketika tiada di bilik, pada waktu rehat atau ketika pulang dari pejabat. Kurangkan penggunaan lampu dan gantikan dengan pencahayaan semulajadi dari tingkap pejabat.
 
 
8.Menjimatkan penggunaan air minuman (water dispenser) & penggunaan air di tandas pejabat.

go green

Go Green logo

kitar semula 232x300

recycling logoKITAR SEMULA FIKIR DULU SEBELUM BUANG

cover malay2

Profil e-Tanah

 

 Profil e-Tanah

(Klik tab di bawah untuk maklumat lanjut)

Objektif

Objektif & Bisnes Teras e-Tanah



OBJEKTIF

  • Untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan Pentadbiran Tanah Semenanjung Malaysia dengan menggunakan ICT secara bersepadu.

BISNES TERAS e-TANAH

  • Mewujudkan satu sistem yang komprehensif di pejabat tanah untuk memodenkan semua aktiviti urusan tanah dalam usaha merealisasikan pelaksanaan Kerajaan Elektronik di Pulau Pinang.
  • Penambahbaikan proses kerja, infrastruktur fizikal, infrastruktur organisasi dan perundangan bagi memudah dan menyeragamkan proses kerja sedia ada.
  • Membangun dan memperluas fungsi serta menambahbaik sistem-sistem yang sedia ada selaras dengan Perancangan Strategi Teknologi Maklumat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Sistem-sistem ini akan diintegrasikan untuk membentuk satu sistem pentadbiran dan pengurusan tanah yang bersepadu.

 

 


Skop

Skop e-Tanah

Urusan di dalam e-Tanah (85 urusan)

Pendaftaran

  1. Pendaftaran Hakmilik Sementara
  2. Pendaftaran Hakmilik Tetap dan Strata
  3. Pendaftaran Hakmilik Sementara Pendua –DHK hilang
  4. Pendaftaran Hakmilik Sementara – DHD hilang
  5. Pajakan Tanah
  6. Pindahmilik Gadai
  7. Gadaian
  8. Perintah Jual Mahkamah
  9. Perintah Jual Pentadbir Tanah
10. Melepas Gadaian
11. Kaveat Persendirian
12. Tarikbalik Kaveat Persendirian
13. Semua business area yang ada dalam SPTB akan digunapakai dalam e-Tanah
14. Pesaka- Integrasi e-Tanah dengan e-JKPTG

Hasil Tanah

15. Kutipan Hasil

Hakmilik Strata

16. Pecah bahagi Bangunan
17. Penukaran Hakmilik Strata Provisional kepada Hakmilik Strata
18. Klasifikasi Bangunan Kos Rendah
19. Pecah Bahagi Petak
20. Penyatuan Petak
21. Penamatan Skim Strata
22. Waran Penahanan
23. Perbadanan Pengurusan
24. Penguatkuasaan-Seksyen 8 AHS

Pembangunan Tanah

25. Pecah Bahagian Tanah
26. Pecah Sempadan Tanah
27. Penyatuan Tanah
28. Tukar Syarat Kegunaan Tanah
29. Tukar Syarat Dibawah Enakmen Air
30. Tukar Syarat Dibawah Akta Pemuliharaan Tanah
31. Pecah Sempadan dan Tukar Syarat (Serentak)
32. Serahbalik Berimilik semula
33. Serahbalik seluruh tanah
34. Serahbalik sebahagian tanah
35. Pembangunan Tanah Di bawah Enakmen Air
36. Pembangunan Tanah Di bawah Akta Pemuliharaan Tanah
37. Pembangunan Tanah Di bawah Ordinan Taliair

Pelupusan Tanah

38. Pemberimilikan Tanah
39. Pemberimilikan – Rumah Murah
40. Lesen Pendudukan Sementara (TOL)
41. Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Jangka Pendek
42. Pembaharuan TOL
43. Serahhak TOL
44. TOL dan Permit
45. Permit Bahan Batuan
46. Permit Ruang Udara
47. Serahhak Permit Ruang Udara
48. Permit Padang Ragut
49. Pajakan Tanah Rizab
50. Perizaban Tanah
51. Rayuan Penolakan Permohonan
52. Rayuan Lanjut Tempoh Bayaran
53. Rayuan Bayaran Ansuran
54. Rayuan Pengurangan Premium
55. Pemberimilikan tanah Kerajaan melalui lelongan
56. Pemberimilikan tanah di bawah GSA
57. Pajakan Tanah Rizab
58. Hak Lalu-lalang Awam
59. Hak Lalu-lalang Persendirian
60. Lesen Carigali
61. Pembaharuan Lesen Carigali
62. Pajakan Melombong
63. Pembaharuan Pajakan Melombong
64. Pengisytiharan Pembatalan Rezab Melayu
65. Pengisytiharan Rezab Melayu
66. Pengisytiharan Ubahsuai Had atau Sempadan Rezab Melayu
67. Pengisytiharan Untuk Memasukkan Tanah di bawah Rezab Melayu
68. Permohonan Untuk Menambah atau Memansuh atau Meminda Jadual Kedua Enakmen Rezab Melayu
69. Proses Mewartakan Tanah di bawah Akta Pemuliharaan Tanah 1960
70. Permohonan di bawah Akta Elektrik 1990
71. Pemberimilikan Tanah Bawah Tanah

Pengambilan Tanah

72. Pengambilan dibawah Seksyen 4
73. Pengambilan dibawah Seksyen 8
74. Pengambilan dibawah Seksyen 3(1)(b)/(c)

Consent

75. Kebenaran Pindahmilik/gadai/pajak

Penguatkuasaan

76. Seksyen 49 – Kemaraan Sungai atau Laut
77. Seksyen 100 – Perampasan Tanah Akibat Tidak Menjelaskan Cukai Tanah (Borang 8a)
78. Seksyen 127 – Pelanggaran Syarat, Kompaun dan Tindakan Perampasan Tanah
79. Seksyen 351 & 352 – Tanah Terbiar
80. Seksyen 425 – Pencerobohan Tanah Kerajaan
81. Seksyen 426 – Pencerobohan Ruang Udara Tanah Kerajaan
82. Seksyen 428 – Halangan Hak Lalulang
83. Bab 4 Bahagian 2 – Siasatan
84. Lain-lain Penguatkuasaan

Lelong

85. Perintah Jualan

Visi/Misi

Visi

Ke arah Pengurusan Hal Ehwal Tanah Negara yang terkini, berkesan dan tepat melalui ICT.

Misi

Mewujud dan melaksana satu Sistem Pengurusan Hal Ehwal Tanah Negara berasaskan kepada penggunaan ICT untuk mempercepatkan pembangunan negara.

 

Konsep

Konsep eTanah

1. Menyediakan satu point of contact bagi pelanggan di kaunter dalam mendapatkan perkhidmatan.
2. Pelanggan boleh mendapat maklumat dan perkhidmatan secara on-line.
3. Bayaran cukai boleh dibuat di pusat bayaran setempat (seperti di Pejabat Pos dan TMpoint), di samping mana-mana pejabat tanah di dalam negeri berkenaan.
4. Urusan Permintaan Ukur dan cetakan Pelan Akui dapat dibuat secara on-line antara pentadbir tanah dan JUPEM.
5. Ulasan Jabatan Teknikal dapat dipercepat dengan bantuan MyGDI.
6. Prosesan urusan dalaman melalui komputer dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat.
7. Pembangunan sistem berasaskan web memudahkan penggunaan sistem oleh pengguna dalam pejabat tanah dan capaian maklumat oleh pelanggan tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

Sejarah & Kronologi

Sejarah & Kronologi e-Tanah

Sejarah & Kronologi

Bagi merealisasikan pengkomputeran keseluruhan fungsi pengurusan dan pentadbiran tanah di negara ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merancang bagi mewujudkan satu sistem berkomputer yang bersepadu yang dikenali sebagai projek Sistem Permodelan Pejabat Tanah (SPPT) atau e-Tanah.

Kajian SPPT telah disiapkan oleh Perunding Tempatan iaitu Syarikat Sepakat Computer Consultant Sdn Bhd (SCC) pada Ogos 2002. Kajian telah dikemukan kepada Jawatankuasa SPPT, JTIT Mampu serta agensi-agensi pusat dan diterima sebagai asas bagi melaksanakan projek ini.

Objektif utama pewujudan e-Tanah ini ialah untuk membangunkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang bersepadu melalui penggunaan komputer sepenuhnya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melaksanakan Kerajaan Elektronik dalam perkhidmatan awam.

Melalui pelaksanaan e-Tanah yang dirancangkan ini, pengguna akan dapat menjimatkan masa apabila berurusan di pejabat-pejabat tanah. Ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mempertingkatkan ‘service delivery’ dan memperbaiki corak pentadbiran tanah di semua peringkat yang menjadi rungutan semua pihak pada masa kini.

Di bawah Pakej Ransangan Ekonomi yang diumumkan pada 21 Mei 2003, projek e-Tanah telah disenaraikan sebagai salah satu perakuan yang akan dilaksanakan untuk menyokong pentadbiran tanah di setiap peringkat pentadbiran secara ‘fast track’.

Pada 14 Ogos 2003, SPPT dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik. SPPT mula dikenali sebagai E-tanah. Hasrat bagi melaksanakan e-Tanah ini juga telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) pada 18 Disember 2003 yang lalu dan telah diperakui sebagai salah satu daripada projek Kerajaan Elektronik sebagaimana aplikasi-aplikasi perdana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu projek e-perolehan, PMS dan HRMIS.
Mesyuarat Majlis Tanah Negara kali ke 60 pada 19 Ogos 2004, telah meminta supaya disamping projek perintis, dikaji kemungkinan memperluaskan projek ini kesemua negeri dalam masa secepat mungkin setelah menimbang implikasi kos.

KRONOLOGI

  • JKPTG telah melaksanakan pembangunan ICT dalam 2 urusan pentadbiran tanah melalui:
    – Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT) mulai tahun 1980; dan
    – Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) mulai tahun 1995
  • Langkah seterusnya adalah untuk mengembangkan penggunaan ICT kepada urusan-urusan lain Pentadbiran Tanah.
    – Program Pemodenan Pejabat Tanah (SPPT) melibatkan perekayasaan proses kerja (BPR) pentadbiran tanah dan pembangunan sistem aplikasi keseluruhan urusan tanah.
  • Langkah 71 dalam Pakej Strategi baru Ke Arah Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Mei 2003 menggariskan
    “b) Mewujudkan Sistem Pemodenan Pentadbiran Tanah (SPPT) sebagai sistem elektronik untuk menyokong pentadbiran tanah di setiap peringkat pentadbiran tanah secara fast track;
    …”
  • Pada 14 Ogos 2003, SPPT dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik. SPPT mula dikenali sebagai E-tanah.
  • Cadangan Pendekatan dan Kaedah Pelaksanaan Projek E-tanah telah dibentangkan kepada pihak MAMPU, EPU, Kementerian Kewangan dan JPA pada 5 Januari 2004.
  • Pada awal tahun 2004 KTPK mencadangkan pelan pelaksanaan secara Request for Proposal (RFP).
  • Selepas Pilihanraya dan penubuhan kerajaan baru, pada 9 April 2004 Kementerian Kewangan telah mengarahkan supaya projek perintis E-tanah di Pulau Pinang dilaksanakan secara tender terbuka.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu E-tanah Bil 1/2004 pada 2 -3 Jun 2004 telah memutuskan pindaan skop projek yang meliputi 24 proses utama urusan tanah yang menjadi kepentingan pelanggan dan tidak melibatkan pindaan undang-undang.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Perundangan E-tanah Bil. 2/2004 pada 12 Julai 2004 telah meneliti semula sistem-sistem yang sedia ada dan memperakukan sistem-sistem berikut untuk diadaptasi di dalam projek E-tanah.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan E-tanah pada 26 Julai 2004 telah bersetuju dengan keseluruhan skop dan jadual pelaksanaan projek perintis E-Tanah yang telah dibentangkan.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu E-tanah Bil. 2/2004 pada 3 Ogos 2004 telah membincangkan dan setuju dengan keseluruhan skop dan jadual pelaksanaan projek perintis E-tanah.
  • Mesyuarat Majlis Tanah Negara kali ke 60 pada 19 Ogos 2004 telah meminta disemak semula perancangan projek dengan kemungkinan perluasan kesemua negeri selewatnya tahun 2008 dengan mengambilkira implikasi kewangan.

 

Logo e-Tanah

Definisi Logo e-Tanah

Peta Dunia - Aplikasi e-Tanah adalah berasaskan web. Melambangkan penggunaan ICT yang global. Capaian boleh dilakukan secara on-line tanpa sempadan geografi.

Tulisan e-Tanah - Warna putih dan biru bermaksud perkongsian pintar di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menghasilkan sistem yang memberi kemudahan kepada rakyat.

Warna Biru - Melambangkan horizon e-Tanah yang luas, merangkumi urusan-urusan harian pejabat tanah dan melibatkan semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Segi empat dengan warna saling berlawanan - Dimensi Projek e-Tanah dimana kehadiran e-Tanah akan menukar cara kerja sedia ada kepada yang lebih baik dan bersistematik.

Warna Keemasan - Melambangkan tanah sebagai salah satu sumber semulajadi negara yang amat bernilai. Ia juga merupakan "Core Business" Sistem e-Tanah.


 

Senarai Caj

 

Senarai Caj Perkhidmatan

 

 

Permohonan Pelupusan

 

Urusan

 

Kadar Caj Baru (RM)

 

Permohonan Pemberimilikan Tanah

200.00

Permohonan LPS

50.00

Pembaharuan LPS

50.00

Permohonan Alihhak LPS

100.00

Permohonan LPS dan Permit

1000.00

Permohonan Permit Bahan Batuan

1000.00

Permohonan Permit Ruang Udara

400.00

Permohonan Alihhak Permit Ruang Udara

50.00

Permohonan Permit Peragutan

30.00

Permohonan Pajakan Tanah Rizab

100.00

Permohonan Perizaban

50.00

Permohonan LPS Jangka Pendek

50.00

Hak Lalulalang Persendirian

300.00

Pembatalan Hak Lalulalang

300.00

Pajak Tanah Bawah Tanah Dibawah Tanah Rizab

100.00

Hakguna Tanah Bawah Tanah

100.00

Pemberimilikan Tanah Dibawah Akta GSA

20.00

Izin Lalu Dibawah Akta Bekalan Elektrik 1990

500.00

Pewartaan Tanah Rizab Melayu

50.00

Masuk Tanah Tanah Rizab Melayu

50.00

Pinda Sempadan Tanah Rizab Melayu

50.00

Batal Tanah Rizab Melayu

50.00

Tambah,Batal Atau Pinda Jadual 2 atau 3

50.00

Permohonan Pemberimilikan Tanah Bawah Tanah

100.00

Bantahan Taksiran Pampasan Dalam Tempoh 21 Hari

100.00

Rayuan Bantahan Masuk Tanah

100.00

 
 

Permohonan Pembangunan

Urusan

 

Kadar Caj Baru (RM)

 

Tukar syarat jenis kegunaan tanah

500.00

Pecah sempadan tanah

75.00

Pecah bahagian tanah

50.00

Penyatuan tanah

100.00

Permohonan serentak pecah sempadan dan tukar syarat

300.00

Pembangunan di bawah Enakmen Air

400.00

Pembangunan tanah di bawah Akta Pemuliharaan Tanah

400.00

Pembangunan tanah di bawah Ordinan Taliair 1953

400.00

Serahbalik dan berimilik semula

200.00

Serahbalik keseluruhan tanah

100.00

Serahbalik sebahagian tanah

200.00

Tukar Syarat dan Membatalkan Warta Ordinan Taliair

300.00

Tukar Syarat Membatalkan Warta Tanah Bukit 1960

300.00

 

Carian

Urusan

 

Kadar Caj Baru (RM)

 

 Carian Pemeriksaan Pelan

20.00

 Cabutan Keterangan

50.00

 Carian Rasmi Hakmilik

100.00

 Carian Rasmi Hakmilik Strata Semua Borang

100.00

 Carian Rasmi Hakmilik dan Maklumat Tidak Berkuatkuasa

100.00

 Carian Rasmi Hakmilik Strata (Borang 4)

100.00

 Carian Rasmi Hakmilik Strata (Borang 2)

100.00

 Carian Rasmi Hakmilik Strata (Borang 3)

100.00

 Carian Persendirian Bukan Urusniaga

30.00

 Carian Persendirian Buku Perbicaraan

30.00

 Carian Persendirian Buku Pembetulan Melalui No Pembetulan

30.00

 Carian Persendirian Buku Perserahan

30.00

 Carian Persendirian Satu Buku Hakmilik

200.00

 Carian Persendirian Dokumen

30.00

 Carian Persendirian Hakmilik

30.00

 Carian Persendirian Hakmilik Batal

30.00

 Carian Persendirian Hakmilik Semua Borang

30.00

 Carian Persendirian Hakmilik Strata - Borang 4

30.00

 Carian Persendirian Hakmilik Strata - Borang 2

30.00

 Carian Persendirian Buku Perserahan melalui Hakmilik

30.00

 Carian Persendirian Buku Pembetulan melalui No Pembetulan

30.00

 Carian Persendirian Penyata Daftar Strata (Borang 3)

100.00

 Carian Persendirian Suratcara

30.00

 Carian Persendirian Sehari Seorang

200.00


 

PTGPP 5s

header bg1

Maklumat terperinci 5S PTGPP, sila ke Infosite 5S PTGPP di alamat:

http://172.21.22.3/ptgpp5s

5s11Tuan/Puan,

Pelaksanaan 5S telah di isytiharkan berkuatkuasa oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Arifin bin Awang, Pengarah PTG Pulau Pinang untuk dilaksanakan di Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang (PTGPP) bermula tanggal 27 April 2011 bersamaan hari Rabu, 23 Jamadilawal 1432 Hijrah.

Satu taklimat berkenaan 5S untuk PTGPP telah pun dilaksanakan di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR pada 27 April 2011 sebagai sesi 'knowledge sharing' dan berkongsi pengalaman.

 

 

ZON 5S DI PTGPP

 

Zon 5S Tingkat 21 (Klik imej untuk dibesarkan) 

zon 5s thumb t21

Zon 5S Tingkat 22 (Klik imej untuk dibesarkan)

zon 5s thumb t22

PENGURUS/KETUA ZON 5S PTGPP

 
PENGURUS/KETUA ZON
ZON 5S
1
EN. ELIAS BIN HAKIM
ROCK
2
PN. FAIZAH HANIM BT SHAARI
BRICK
3
PN. SHUHILLA BT AHMAD
GRANITE
4
CIK INTAN MASYITAH BT MURAD
SAND
5
CIK NURUL ATIQAH BT AZIZAN
KAOLIN
6
EN. MOHD ANNAS BIN MOHD NASSER
MARBLE
7
PN. FARAZIMAH BT MOHAMAD
LIME STONE

PERISTIWA 5S PTGPP

brown_list_icon 10.08.2011 - Mesyuarat Pengurusan PTG memaklumkan bahawa Bahagian Kualiti (Bahagian Audit Pengurusan) akan menguruskan pelaksanaan 5S di PTG dan tarikh auditan ditangguhkan daripada September 2011 kepada hujung tahun. Wakil daripada Malaysian Productivity Centre (MPC) akan dijemput untuk sesi auditan tersebut. Tindakan: Bahagian Kualiti

brown_list_icon16.06.2011 -Cik Intan di Bahagian Khidmat Pengurusan PTGPP mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perbezaan 5S dan 8S yang dilaksanakan di PSUKPP. PSUKPP memaklumkan bahawa 5S adalah tetap dan wajib (lebih-lebih lagi untuk persijilan) manakala 8S tersebut pula adalah amalan dalam 5S yang di gunakan untuk berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan PSUKPP.
23.05.2011 - Di dalam Mesyuarat Pengurusan PTGPP, Y. Bhg. Dato' telah menetapkan satu hari dalam seminggu iaitu hari Jumaat, 4 - 5 petang sebagai hari untuk melaksanakan 5S di PTGPP. (English Class pada kumpulan yang terlibat berjalan seperti biasa).

29 April 2011 - Satu ruangan dan pautan berkenaan perlaksanaan 5S di PTGPP telah disediakan di Portal Rasmi PTGPP.
27 April 2011 - Satu Mesyuarat Penyelarasan 5S di PTGPP telah diadakan pada petang 27 April 2011 di Bilik Mesyuarat Utama PTGPP untuk membincang dan menyelaraskan pelaksanaan 5S di PTGPP. Mesyuarat dihadiri oleh ketua-ketua/wakil bahagian, Timb. Pengarah PTG(P) dan di pengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Pengarah PTGPP. Mesyuarat bersetuju untuk tambahan 3S lagi menjadi 8S sebagai amalan berterusan dalam 5S iaitu Siap Siaga, Semangat & Sabar. Y.Bhg Dato' Pengerusi juga telah melantik ketua-ketua zon dan juga En Norhardi b. Sabri sebagai Penyelaras 5S PTGPP.
27 April 2011 - Mesyuarat juga memutuskan untuk melaksanakan pertandingan 5S antara zon bermula dengan Gotong Royong Perdana PTGPP pada 29 April 2011 sehingga 26 Ogos 2011.

 

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

30 Oktober 2024 | 2:31 PM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak diaktifkan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10