Glosari PTGPP
Glossaries
Term | Definition |
---|---|
Bahan batuan |
ertinya apa-apa batuan, batu, kelikir, pasir biasa, tanah biasa, laterit biasa, tanah gembur, tanah liat biasa, tanah lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cengkerang dan apa-apa bahan batuan lain di dalam atau di atas mana-mana tanah dan termasuk bahan batuan lain di dalam atau di atas mana-mana tanah dan termasuk bahan-bahan yang diproses darinya selain daripada bahan yang ditakrifkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan perlombongan yang pada masa itu berkuat kuasa
|
Berimilik |
ertinya melupuskan tanah Kerajaan untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun, sebagai balasan kepada pembayaran sewa dan sebaliknya selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 76 atau apabila digunakan berhubung dengan tempoh sebelum bermulanya Akta ini, melupuskan tanah Kerajaan untuk selama-lamanya untuk satu tempoh beberapa tahun di bawah undang-undang tanah terdahulu (yang bukan merupakan undang-undang yang berhubungan dengan perlombongan)
|
Blok Sementara |
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 mentakrifkan "blok sementara" sebagai suatu blok berkenaan dengan sesuatu bangunan yang dicadang untuk atau sedang didirikan atas bangunan atau tanah yang baginya suatu hakmilik strata sementara yang berasingan telah dipohon.
|
Cukai Tanah |
Cukai Tanah ditafsirkan sebagai "sewa" di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai:
(i) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
(ii) apa-apa pembayaran lain yang terhutang kepada PBN yang mengikut mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
(iii) apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.
|
Daerah |
ertinya apa-apa kawasan yang ditubuhkan dengan berpatutan sebagai sebuah daerah di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 11 atau menurut kuasa seksyen 442 disifatkan sebagai sebuah daerah yang ditubuhkan sedemikian
|
Daftar subsidiari |
ertinya daftar hakmilik subsidiari yang disenggarakan di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 161 yang telah dimansuhkan (yang walau bagaimanapun, menurut kuasa dan tertakluk kepada subseksyen (2) seksyen 82 Akta Hakmilik Strata 1985, menerus dipakai kepada kes-kes yang disebut dan setakat mana yang diperuntukkan dalam subseksyen tersebut) dan termasuklah suatu daftar strata sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 4 Akta itu
|
Dokumen hakmilik daftaran sementara |
ertinya suatu dokumen hakmilik daftaran yang disediakan selaras dengan peruntukan-peruntukan sekseyn 172C
|
Dokumen hakmilik strata |
ertinya apa-apa dokumen hakmilik daftar berkomputer atau dokumen hakmilik keluaran berkomputer yang disimpan secara maya dalam pangkalan data tanah dan termasuk cetakannya
|
Gadaian |
merupakan satu urusniaga dimana tuan punya tanah atau pajakan memindahkan hak kepentingannya keatas tanah berimilik kepada pihak kedua sebagai jaminan kepada pembayaran pinjaman,anuiti dan lain-lain bayaran bertempoh. Tuanpunya tanah masih lagi memegang hak keatas tanah itu.Tuan punya tanah atau pajakan biasanya dikenali sebagai Penggadai dan pihak kedua yang memberi pinjaman diistilahkan sebagai Pemegang Gadaian. Pada kebiasaannya Penggadai (chargor) adalah merupakan orang atau badan yang memilikki sesuatu tanah atau kepentingan. . Manakala Pemegang Gadaian pula adalah pihak yang menerima gadaian
|
Geran |
ertinya dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5B (iaitu dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini dengan tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran untuk selama-lamanya)
|