Glosari PTGPP
Glossaries
Term | Definition |
---|---|
Lot | ertinya mana-mana tanah yang telah diukur kepada satu nombor lot telah diserahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan |
Menyerah |
ertinya menyerahantarkan untuk pendaftaran
|
Mukim |
ertinya mana-mana kawasan yang ditubuhkan dengan berpatutan sebagai satu mukim di bawah perintukkan-peruntukan seksyen 11 atau menurut kuasa seksyen 442 adalah disifatkan sebagai satu mukim yang ditubuhkan sedemikian
|
Orang Yang Bukan Warganegara | ertinya seorang sebenar yang bukan warganegara Malaysia |
Pajakan |
ertinya pajakan berdaftar atau pajakan kecil tanah berimilik
|
Pajakan kecil |
ertinya satu pajakan kecil berdaftar bagi mana-mana tanah berimilik
|
Pajakan Mukim |
ertinya satu dokumen hakmilik daftaran dalan Borang 5E (iaitu dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini mengenai tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah untuk tempoh beberapa tahun)
|
Pajakan Negeri |
ertinya satu dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5c (iaitu dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini kepada tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran untuk satu tempoh beberapa tahun)
|
Pecah bahagian tanah |
bermaksud satu lot tanah yang di pegang oleh dua orang atau lebih sebagai tuanpunya bersama dipecah bahagikan supaya terletakhak kepada setiap orang daripada mereka, di bawah hakmilik yang berasingan , bermakna setiap seorang tuantanah mendapat hakmilik diatas nama masing-masing.
|
Pecah sempadan tanah |
bermaksud satu lot tanah dipecah kepada 2 atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuanpunya bersama yang sama.
|