Kadar pengguna: 5 / 5
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang kini semakin berkembang dari semasa ke semasa sejak sebelum 2006 lagi sehingga sekarang ia dibangunkan. Ia sentiasa dikemaskini, ditambahbaik, ditambah nilai serta dinaik taraf dengan maklumat, fungsi serta teknologi terkini. Sebelum ini ia hanyalah merupakan Laman Web Rasmi PTG Pulau Pinang tetapi pada tahun 2012 ia telah dinaik taraf sebagai Portal Rasmi PTG Pulau Pinang seperti yang anda dapat layari sekarang ini.
Dalam sejarah PTG Pulau Pinang dan perkembangan ICT di PTG dan di Pulau Pinang, pada tahun 2012 Portal Rasmi PTG Pulau Pinang pertama kalinya telah memperolehi penarafan 5 bintang oleh MDeC dan MAMPU dalam MGPWA 2012 (Malaysia Government Portal and Website Assessment) dan sekali lagi penarafan 5 bintang tersebut dapat dikekalkan pada tahun 2013.
Ia dibangunkan dengan objektif untuk memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai profil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta fungsi-fungsi dan kemudahan perkhidmatan online.
Selamat melayari Portal Rasmi PTG yang bersifat informatif dan interaktif versi terkini ini. Harapan saya agar ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia amnya dan di Pulau Pinang khususnya berkaitan dengan Pentadbiran Tanah di Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.