SOALAN LAZIM BERKAITAN PENDAFTARAN URUSAN TANAH
(Untuk muat turun soalan lazim ini, sila klik DISINI)
 
 
 
 
arrow
Soalan:
Kenapa setiap urusan tanah seperti pindahmilik atau pajakan atau gadaian perlu didaftarkan?
 
Jawapan:
 
 
 
 
 
Ini adalah kerana di bawah Kanun Tanah Negara 1965, setiap instrumen yang melibatkan urusniaga perlu di daftarkan sebelum ianya diiktiraf berkuatkuasa.
 
arrow
Soalan:
Apakah jenis-jenis urusniaga?
 
Jawapan:

i) Pindahmilik

   

ii) pajakan dan sewaan

   

ii) gadaian dan lien

   

ii) isemen

 
arrow
Soalan:
Apakah borang-borang yang digunakan untuk pendaftaran urusniaga?
 
Jawapan:
(i) Borang 14A - pindahmilik tanah, bahagian atau pajakan
   
(ii) Borang 14B - pindahmilik gadaian
 
   
(iii) Borang 15A - pajakan tanah
   
(iv) Borang 15B - pajakan kecil tanah
 
   
(v) Borang 15C - penyerahan balik pajakan
   
(vi) Borang 16A - gadaian - untuk menjamin pembayaran wang pokok
 
   
(vii) Borang 16B - gadaian - untuk menjamin pembayaran wang semasa
   
(viii) Borang 16C - penagguhan gadaian
   
(ix) Borang 16F - perakuan jual oleh Mahkamah
   
(x) Borang 16I - perakuan jual oleh Pentadbir Tanah
   
(xi) Borang 16N - melepaskan gadaian
   
(xii) Borang 17A - pemberian isemen
   
(xiii) Borang 17B - pemberian isemen berbalas (berkenaan dengan dinding kongsi)
   
(xiv) Borang 17C - melepaskan isemen
 
arrow
Soalan:
Siapakah yang dibenarkan menyempurnakan suratcara urusan boleh daftar?
 
Jawapan:
Seksyen 210(2) KTN memperuntukan orang sebenar hendaklah menyempurnakan suratcara urusan dengan menurunkan tandatangan atau cap ibu jarinya ke atas suratcara tersebut. Orang sebenar ialah termasuk:
   
(i) orang perseorangan
   
(ii) orang perseorangan atas sifatnya sebagai pemegang amanah
 
   
(iii) pegawai awam seperti mana-mana pegawai Mahkamah dan Pegawai Pemegang Harta
   
(iv) orang perseorangan atas sifatnya sebagai penerima di bawah surat kuasa wakil
 
 
arrow
Soalan:
Bagaimanakah suratcara urusan melibatkan syarikat atau perbadanan atau pertubuhan dapat di sempurnakan?
 
Jawapan:
(i) Sebuah syarikat yang didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 boleh menyempurnakan suratcara dengan menurunkan meterai syarikat dan kenyataan yang ditandatangani oleh setiausaha syarikat atau pegawai tetap lain atau timbalannya dan mana-mana ahli lembaga pengarah yang mengesahkan bahawa meterai itu diturnkan ke atas suratcara di hadapan mereka.
   
(ii) Pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri boleh menyempurnakan suratcara urusan dengan cara yang terkandung dalam undang-undang tubuhnya.
   
(iii) Pertubuhan yang ditubuhkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan ianya memiliki tanah bukan atas nama pemegang-pemegang amanah, maka suratcara urusan berkenaan dengan tanah tersebut hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pegawai pertubuhan itu yang ada pada masa ini (pelantikan mereka disahkan dengan sijil yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan) dan dimeterai dengan meterai pertubuhan itu.
 
arrow
Soalan:
Siapakah pihak-pihak yang boleh membuat penyaksian?
 
Jawapan:
(i) Majistret
    (ii) Pengarah Negeri
    (iii) Pendaftar Hakmilik
    (iv) Pentadbir Tanah
    (v) Peguambela dan Peguamcara
    (vi) Notari Awam
    (vii) Pegawai-Pegawai di kedutaan seperti di Jadual Kelima KTN
 
arrow
Soalan:
Apakah Surat Kuasa Wakil?
 
Jawapan:
Surat Kuasa Wakil adalah satu dokumen yang memberi kuasa kepada mana-mana orang atau badan untuk bertindak bagi pihak yang terlibat sebagaimana tafsiran Seksyen 10 Akta Surat Kuasa Wakil 1949 dan dokumen Surat Kuasa Wakil tersebut perlulah didaftarkan di Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, di bawah Seksyen 433F, semua suratcara atau instrumen yang ditandatangani oleh bukan warganegara yang memegang Surat Kuasa Wakil adalah tidak sah dan tidak boleh di daftarkan.
 
arrow
Soalan:
Bolehkah pendaftaran urusan dibuat tanpa bayaran duti setem dan cukai tanah dijelaskan terlebih dahulu?
 
Jawapan:
Tidak boleh. Bayaran duti setem dan cukai tanah bagi tahun semasa haruslah dijelaskan sebelum pendaftaran urusan dibuat.
 
arrow
Soalan:
Apakah kadar bayaran pendaftaran bagi pindahmilik tanah atau pindahmilik pajakan?
 
Jawapan:
Kadar bayaran pendaftaran pindahmilik tanah atau pindahmilik pajakan adalah mengikut nilaian semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (Sila lihat jadual dibawah).
   
NILAIAN
KADAR BAYARAN
RM 25, 000 dan ke bawah
RM 50
RM 25, 000 - RM 50,000
RM 75
RM 50, 000 - RM 100,000
RM 125
RM 100, 000 - RM 200,000
RM 250
RM 200, 000 - RM 300,000
RM 375
RM 300,000 - RM 400,000
RM 550
RM 400, 000 - RM 500,000
RM 1000
RM 500,000 - RM600,000
RM 1250
RM 600,000 - RM 700,000
RM 1500
RM 700,000 - RM 800,000
RM 1750
RM 800,000 - RM 900,000
RM 2000
RM 900,000 - RM 1,000,000
RM 2250
RM 1,000,000 dan ke atas (Warganegara)
RM 1250 bagi nilai RM 1 Juta & tambahan 0.5% dari nilaian yang melebihi RM 1 Juta dikira mengikut nilai Ringgit yang terdekat.
RM 1,000,000 dan ke atas (Bukan Warganegara, Pemastautin Tetap atau Syarikat luar negara)
RM 10000 bagi nilai RM 1 Juta & tambahan 0.5% dari nilaian yang melebihi RM 1 Juta dikira mengikut nilai Ringgit yang terdekat.
 
 
arrow Soalan: Apakah akan berlaku jika perserahan digantung atau ditolak?
  Jawapan:
Penyerah atau pemohon akan dimaklumkan berkenaan perserahan yang digantung dengan tempoh dan sebab-sebabnya. Tempoh pengantungan tidak lebih dari 14 hari dari tarikh penyerah atau pemohon menerima surat gantung. Setelah dimaklumkan, jika penyerah atau pemohon gagal melengkapkan atau membetulkan suratcara tersebut dalam masa yang ditentukan, maka perserahan tersebut akan ditolak.
 

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

26 November 2024 | 3:31 PM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak diaktifkan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10