Bahagian Hasil
Soalan Lazim Berkaitan Hasil & Pembayaran Cukai Tanah Online
(Untuk muat turun soalan lazim ini, sila klik DISINI)
Cukai Tanah ditafsirkan sebagai "sewa" di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 dan Cukai Petak dibawah Akta Hakmilik Strata 1985 Kaedah-kaedah Hakmilik Strata (Negeri Pulau Pinang) 2019 sebagai:
- apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
- apa-apa pembayaran lain yang terhutang kepada PBN yang mengikut mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
- apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.