my01 en01

soalan lazim hubungi kami peta laman aduan

Image

Perutusan & Kata-Kata Aluan

Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pulau Pinang.

Dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segala aspek kehidupan, PTG Negeri Pulau Pinang komited dalam menyediakan Portal yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.

Portal ini dibangunkan dengan objektif untuk memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai profil PTG Negeri Pulau Pinang, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta fungsi-fungsi dan kemudahan perkhidmatan online, sekaligus menjimatkan masa dan memudahkan pengunjung membuat semakan berkaitan pelbagai urusan tanah secara atas talian.

Bagi memastikan portal ini kekal menjadi sumber rujukan yang relevan, PTG Negeri Pulau Pinang akan memastikan ianya sentiasa dikemaskini dengan informasi terkini, pekeliling-pekeliling pentadbiran tanah dan soalan-soalan lazim yang sering diutarakan.

Selamat melayari Portal Rasmi PTG yang bersifat informatif dan interaktif versi terkini ini. Harapan saya agar ianya dapat dimanfaatkan oleh pengunjung di Malaysia amnya di Pulau Pinang khususnya berkaitan dengan Pentadbiran Tanah di Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS”

YBHG. DATO' DR. FAIZAL BIN KAMARUDIN
PENGARAH
PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG

Hubungi Kami

   Paras 3, 19, 21 dan 22,
     10000 KOMTAR,
     Pulau Pinang, Malaysia
  Tel: +604-6505211
  Faks: +604-2619588
 Emel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my
MYHRMIS MOBILE

Statistik Pelawat

096973
Hari Ini: 59
Semalam: 260
Minggu Ini: 1,509
Bulan Ini: 3,236
Jumlah Keseluruhan: 96,973

Informasi

QRCurvegooglemap

  • Tarikh kemaskini: 17 Julai 2026.