my01 en01

soalan lazim hubungi kami peta laman aduan

Maklumat Korporat

Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Image
Asas Penubuhan

Asas Penubuhan

Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang ditubuhkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penubuhan ini adalah sejajar dengan kehendak perlembagaan dan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang merupakan salah satu daripada jabatan dibawah Kerajaan Negeri dengan Pengarah adalah sebagai Ketua Jabatan dan juga selaku Pegawai Pengawal bagi menguruskan hal ehwal kewangan jabatan.

Ianya mengandungi 3 Bahagian, iaitu Pejabat Pengarah, Pengurusan dan Pendaftaran. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang mewujudkan beberapa unit seperti Khidmat Pengurusan, Pembangunan, Perundangan, Audit Pengurusan, Pendaftaran Hakmilik, Hakmilik Strata, Hasil dan Teknologi Maklumat.

Visi & Misi

Visi & Misi

Visi

"Ke Arah Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Yang Cekap dan Berkesan Sebagai Pemangkin Pembangunan  Negeri Pulau Pinang" 

Misi

"Menyediakan Urusan dan Perkhidmatan Tanah Yang Unggul  Dan Cemerlang Melalui Perancangan, Pelaksanaan, Penyeliaan Serta Pematuhan Ke atas Undang-undang Dan Peraturan Tanah"

Image
Image
Objektif

Objektif

"Mewujudkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Yang Berkualiti, Cekap dan Berkesan"

Nilai Teras

Nilai Teras

  • Pelanggan Diutamakan
  • Telus dan Amanah Dalam Urusan
  • Gigih Dan Berhemah Tinggi
  • Profesional Dan Dinamik
  • Produktiviti Yang Tinggi Dan Kualiti Asas Amalan
Image
Image
Fungsi

Fungsi

  • Sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Tanah Negeri bagi memproses semua permohonan tanah.
  • Membantu Kerajaan Negeri Merangka Dasar Tanah Negeri.
  • Menentukan Pengurusan Tanah di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
  • Menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan sistematik.
  • Menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang selaras dengan hasrat untuk menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan.
  • Menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod hakmilik tanah supaya berada dalam keadaan baik, kemas dan selamat.
Punca Kuasa

Punca Kuasa

  • Seksyen 12, Kanun Tanah Negara Akta 56 (1965)
  • Peraturan Tanah Negeri Pulau Pinang 1960
  • Akta Hakmilik Strata 1985
  • Perlembagaan Persekutuan Perkara 83-91 dengan Perkara 13
  • Land Conservation Act 3/1960
Image

Hubungi Kami

   Paras 3, 19, 21 dan 22,
     10000 KOMTAR,
     Pulau Pinang, Malaysia
  Tel: +604-6505211
  Faks: +604-2619588
 Emel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my
MYHRMIS MOBILE

Statistik Pelawat

094220
Hari Ini: 56
Semalam: 73
Minggu Ini: 488
Bulan Ini: 483
Jumlah Keseluruhan: 94,220

Informasi

QRCurvegooglemap

  • Tarikh kemaskini: 01 Julai 2026.