Hakmilik Strata
Fungsi
Memproses, mendaftar dan mengeluarkan Hakmilik Strata mengikut Akta Hakmilik Strata 1985
Mendaftar urusan hakmilik strata yang berkaitan urusniaga dan bukan urusniaga.
Penguatkuasaan ke atas tuan tanah yang tidak memohon strata.
Menyeragamkan undang-undang dibawah Kanun Tanah negara (Akta Hakmilik Tanah Pulau Pinang dan Melaka 1963) iaitu memproses penukaran hakmilik lama, geran - geran tanah di Pulau Pinang yang mana sebelum ini mengikut sistem undang - undang Inggeris (Conveyancing System) kepada Torrens iaitu undang - undang pentadbiran tanah mengikut Kanun Tanah Negara, 1965, demi menyeragamkan aktiviti pentadbiran di seluruh Semenanjung Malaysia.
Menyelesaikan masalah pertikaian pemilik petak dan Perbadanan Pengurusan melalui Lembaga Hakmilik Strata.
Memberi maklumbalas terhadap aduan orang ramai.