my01 en01

soalan lazim hubungi kami peta laman aduan

PTGPP 5S

Image
Image

Tuan/Puan,

Pelaksanaan 5S telah di isytiharkan berkuatkuasa oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Arifin bin Awang, Pengarah PTG Pulau Pinang untuk dilaksanakan di Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang (PTGPP) bermula tanggal 27 April 2011 bersamaan hari Rabu, 23 Jamadilawal 1432 Hijrah.

Satu taklimat berkenaan 5S untuk PTGPP telah pun dilaksanakan di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR pada 27 April 2011 sebagai sesi 'knowledge sharing' dan berkongsi pengalaman.

ZON 5S DI PTGPP

Zon 5S Tingkat 21 (Klik imej untuk dibesarkan)
Zon 5S Tingkat 22 (Klik imej untuk dibesarkan)

PENGURUS/KETUA ZON 5S PTGPP

PENGURUS/KETUA ZON

ZON 5S

1

EN. ELIAS BIN HAKIM

ROCK

2

PN. FAIZAH HANIM BT SHAARI

BRICK

3

PN. SHUHILLA BT AHMAD

GRANITE

4

CIK INTAN MASYITAH BT MURAD

SNAD

5

CIK NURUL ATIQAH BT AZIZAN

KAOLIN

6

EN. MOHD ANNAS BIN MOHD NASSER

MARBLE

7

PN. FARAZIMAH BT MOHAMAD

LIME STONE

PERISTIWA 5S PTGPP

10 Ogos 2011

06

Mesyuarat Pengurusan PTG memaklumkan bahawa Bahagian Kualiti (Bahagian Audit Pengurusan) akan menguruskan pelaksanaan 5S di PTG dan tarikh auditan ditangguhkan daripada September 2011 kepada hujung tahun. Wakil daripada Malaysian Productivity Centre (MPC) akan dijemput untuk sesi auditan tersebut. Tindakan: Bahagian Kualiti

10 Ogos 2011

16 Jun 2011

05

Cik Intan di Bahagian Khidmat Pengurusan PTGPP mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perbezaan 5S dan 8S yang dilaksanakan di PSUKPP. PSUKPP memaklumkan bahawa 5S adalah tetap dan wajib (lebih-lebih lagi untuk persijilan) manakala 8S tersebut pula adalah amalan dalam 5S yang di gunakan untuk berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan PSUKPP.

23 Mei 2011

04

Di dalam Mesyuarat Pengurusan PTGPP, Y. Bhg. Dato' telah menetapkan satu hari dalam seminggu iaitu hari Jumaat4 - 5 petang sebagai hari untuk melaksanakan 5S di PTGPP. (English Class pada kumpulan yang terlibat berjalan seperti biasa).

23 Mei 2011

29 April 2011

03

Satu ruangan dan pautan berkenaan perlaksanaan 5S di PTGPP telah disediakan di Portal Rasmi PTGPP.

27 April 2011

02

Satu Mesyuarat Penyelarasan 5S di PTGPP telah diadakan pada petang 27 April 2011 di Bilik Mesyuarat Utama PTGPP untuk membincang dan menyelaraskan pelaksanaan 5S di PTGPP. Mesyuarat dihadiri oleh ketua-ketua/wakil bahagian, Timb. Pengarah PTG(P) dan di pengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Pengarah PTGPP. Mesyuarat bersetuju untuk tambahan 3S lagi menjadi 8S sebagai amalan berterusan dalam 5S iaitu Siap SiagaSemangat Sabar. Y.Bhg Dato' Pengerusi juga telah melantik ketua-ketua zon dan juga En Norhardi b. Sabri sebagai Penyelaras 5S PTGPP.

27 April 2011

27 April 2011

01

Mesyuarat juga memutuskan untuk melaksanakan pertandingan 5S antara zon bermula dengan Gotong Royong Perdana PTGPP pada 29 April 2011 sehingga 26 Ogos 2011.

Hubungi Kami

   Paras 3, 19, 21 dan 22,
     10000 KOMTAR,
     Pulau Pinang, Malaysia
  Tel: +604-6505211
  Faks: +604-2619588
 Emel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my
MYHRMIS MOBILE

Statistik Pelawat

096973
Hari Ini: 59
Semalam: 260
Minggu Ini: 1,509
Bulan Ini: 3,236
Jumlah Keseluruhan: 96,973

Informasi

QRCurvegooglemap

  • Tarikh kemaskini: 17 Julai 2026.