Hakmilik Strata

Fungsi

  • Memproses, mendaftar dan mengeluarkan Hakmilik Strata mengikut Akta Hakmilik Strata 1985
  • Mendaftar urusan hakmilik strata yang berkaitan urusniaga dan bukan urusniaga
  • Penguatkuasaan ke atas tuan tanah yang tidak memohon strata
  • Menyeragamkan undang-undang dibawah Kanun Tanah negara (Akta Hakmilik Tanah Pulau Pinang dan Melaka 1963) iaitu memproses penukaran hakmilik lama, geran - geran tanah di Pulau Pinang yang mana sebelum ini mengikut sistem undang - undang Inggeris (Conveyancing System) kepada Torrens iaitu undang - undang pentadbiran tanah mengikut Kanun Tanah Negara, 1965, demi menyeragamkan aktiviti pentadbiran di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Menyelesaikan masalah pertikaian pemilik petak dan Perbadanan Pengurusan melalui Lembaga Hakmilik Strata
  • Memberi maklumbalas terhadap aduan orang ramai

Pendaftaran Hakmilik

Fungsi

  • Pendaftaran Hakmilik Sementara (QT)
  • Pendaftaran Hakmilik Kekal (FT)
  • Carian Persendirian dan carian rasmi

Pembangunan

Fungsi

  • Memproses semua permohonan tanah:
  • Pemberimilikan Tanah
  • Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
  • Tukar Syarat Tanah
  • Mengeluarkan tanah dari Kawasan Tanah Bukit yang diwartakan
  • Enakmen Air 1967
  • Permit mengeluarkan Bahan Batuan
  • Perizaban Tanah
  • Pecah sempadan/ pecah bahagian / cantuman tanah
  • Penyerahan dan pemberimilikan semula
  • Kebenaran pindahmilik dan mencagar
  • Perolehan tanah oleh warganegara asing.

Penguatkuasaan & Teknikal

Fungsi

  • Mengawas pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang dipakai di negeri ini.
  • Bertanggungjawab untuk mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan Undang-Undang Kanun Tanah Negara 65, Akta Pemeliharaan Tanah Bukit 1960, Undang-Undang Air dan lain-lain yang sedang berkuatkuasa.
  • Mengumpul maklumat yang bersangkut paut dengan penguatkuasaan bagi tujuan perancangan dan tindakan yang bersesuaian.
  • Mengemaskini undang-undang dan peraturan tanah yang dipakai.
Teknologi Maklumat

Fungsi

  • Merekabentuk dan menyediakan borang-borang untuk mengutip dan mengemaskini maklumat-maklumat Sistem Data Tanah Negeri Pulau Pinang.
  • Menyedia, menganalisa dan menjalankan aturcara-aturcara untuk menyemak, memasukkan data dan mengeluarkan laporan atau maklumat dari data tersebut.
  • Melaksanakan cadangan-cadangan untuk mengurangkan tunggakan dan menambahkan kutipan-kutipan cukai seperti mengenalpasti tanah-tanah yang bertunggakan dan mengeluarkan bil atau surat peringatan kepada pemilik tanah.
  • Merekabentuk dan menyediakan bil-bil yang digunakan oleh Pejabat-pejabat Tanah di Pulau Pinang.
  • Memberi latihan kepada kakitangan pejabat-pejabat tanah yang terlibat dengan sistem komputer.
  • Menjalankan penyelenggaraan dan pengemaskinian ke atas Sistem Data Tanah Negeri Pulau Pinang mengikut kaedah-kaedah terbaru supaya prestasi sistem terus meningkat.
  • Menjalankan kajian, penganalisaan & pembangunan sistem untuk melaksanakan projek atau cadangan pentadbiran tanah atau negeri yang melibatkan penggunaan ICT.

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

15 April 2024 | 11:50 AM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak boleh beroperasi buat masa ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10