Khidmat Pengurusan

Fungsi

  • Menguruskan perlantikan, pesanan, peperiksaan, pengesahan dalam jawatan, kursus, kenaikan pangkat pemangkuan, pertukaran dan perlanjutan tempoh percubaan.
  • Menguruskan rayuan penyelarasan gaji dan pengubahsuaian gaji.
  • Mengemaskinikan data-data mengenai maklumat kakitangan ke Bahagian Komputer, Pusat Rekod Kakitangan JPA.
  • Mengurus tindakan tatatertib.
  • Menyediakan Anggaran Belanjawaan Tahunan Pejabat.Menguruskan pembelian alat-alat kelengkapan untuk pejabat.

 

Carta 2022 bm

Klik imej dibawah untuk muat turun Carta Organisasi PTGPP.

Circle icons image.svg

Untuk maklumat lebih lanjut tentang pegawai dan kakitangan PTGPP sila tekan pautan berikut : idirektori PTGPP

 
bungaatas 
 
logoPenangGif
PERUTUSAN DAN KATA-KATA ALUAN
 
PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang kini semakin berkembang dari semasa ke semasa sejak sebelum 2006 lagi sehingga sekarang ia dibangunkan. Ia sentiasa dikemaskini, ditambahbaik, ditambah nilai serta dinaik taraf dengan maklumat, fungsi serta teknologi terkini. Sebelum ini ia hanyalah merupakan Laman Web Rasmi PTG Pulau Pinang tetapi pada tahun 2012 ia telah dinaik taraf sebagai Portal Rasmi PTG Pulau Pinang seperti yang anda dapat layari sekarang ini.

Dalam sejarah PTG Pulau Pinang dan perkembangan ICT di PTG dan di Pulau Pinang, pada tahun 2012 Portal Rasmi PTG Pulau Pinang pertama kalinya telah memperolehi penarafan 5 bintang oleh MDeC dan MAMPU dalam MGPWA 2012 (Malaysia Government Portal and Website Assessment) dan sekali lagi penarafan 5 bintang tersebut dapat dikekalkan pada tahun 2013.

5starportal2012bm

 

5starportal2013bm

 

Ia dibangunkan dengan objektif untuk memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai profil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta fungsi-fungsi dan kemudahan perkhidmatan online.

Selamat melayari Portal Rasmi PTG yang bersifat informatif dan interaktif versi terkini ini. Harapan saya agar ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia amnya dan di Pulau Pinang khususnya berkaitan dengan Pentadbiran Tanah di Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

YBRS. DR. FAIZAL BIN KAMARUDIN
 
PENGARAH 
PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
 
bungabawah

 

 

MAKLUMAT KORPORAT PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG

(Klik tab di bawah untuk maklumat lanjut)

 

Asas Penubuhan

ptgpp imagePejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang ditubuhkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penubuhan ini adalah sejajar dengan kehendak perlembagaan dan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang merupakan salah satu daripada jabatan dibawah Kerajaan Negeri dengan Pengarah adalah sebagai Ketua Jabatan dan juga selaku Pegawai Pengawal bagi menguruskan hal ehwal kewangan jabatan.

Ianya mengandungi 3 Bahagian, iaitu Pejabat Pengarah, Pengurusan dan Pendaftaran. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang mewujudkan beberapa unit seperti Khidmat Pengurusan, Pembangunan, Perundangan, Audit Pengurusan, Pendaftaran Hakmilik, Hakmilik Strata, Hasil dan Teknologi Maklumat.

 


Visi/Misi

Visi

"Ke Arah Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Yang Cekap dan Berkesan

Sebagai Pemangkin Pembangunan  Negeri Pulau Pinang"

Misi

"Menyediakan Urusan dan Perkhidmatan Tanah Yang Unggul  Dan Cemerlang Melalui Perancangan, Pelaksanaan, Penyeliaan

Serta Pematuhan Ke atas Undang-undang Dan Peraturan Tanah"



Objektif

"Mewujudkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Yang Berkualiti, Cekap dan Berkesan"

Tab Nilai Teras

  • Pelanggan Diutamakan
  • Telus dan Amanah Dalam Urusan
  • Gigih Dan Berhemah Tinggi
  • Profesional Dan Dinamik
  • Produktiviti Yang Tinggi Dan Kualiti Asas Amalan

Fungsi

  • Sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Tanah Negeri bagi memproses semua permohonan tanah
  • Membantu Kerajaan Negeri Merangka Dasar Tanah Negeri.
  • Menentukan Pengurusan Tanahdi Negeri Pulau Pinang dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
  • Menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan Sistematik.
  • Menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang selaras dengan hasrat untuk menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan.
  • Menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod hakmilik tanah supaya berada dalam keadaan baik, kemas dan selamat.

Punca Kuasa

  • Seksyen 12, Kanun Tanah Negara Akta 56 (1965)
  • Peraturan Tanah Negeri Pulau Pinang 1960
  • Akta Hakmilik Strata 1985
  • Perlembagaan Persekutuan Perkara 83-91 dengan Perkara 13
  • Land Conservation Act 3/1960

 

Dasar Privasi

1. Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

2. Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

3. Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. 

4. Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

1. Perlindungan DataTeknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
2. Keselamatan Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
Paras 3, 19, 21 dan 22, 10000 KOMTAR,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-6505211
Faks: +604-2619588
eMel: webptg[at]penang[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2013-2016
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang. BahagianTeknologi Maklumat.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox 27.0.1 ke atas,Safari dan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1280 x 800 pixels.

Tarikh & Masa Kemaskini:

15 April 2024 | 11:50 AM

 QRCurve

 

Harap Maaf, sistem daftar masuk pengguna tidak boleh beroperasi buat masa ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Pilihan Bahasa | Bahasa Lain

ss2s3s4s5s6s7s8s9s10