Syarikat Asing
Glossaries
Term | Definition |
---|---|
Syarikat Asing | ertinya (a) suatu syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen (1) seksyen 4 Akta Syarikat 1965; (b) suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan lima puluh peratus atau lebih-lebih syer-syer undiannya yang dipegang oleh seorang yang bukan warganegara, atau oleh suatu syarikat asing yang disebut dalam perenggan (a), atau oleh kedua-duanya, pada masa cadangan pengambilan mana-mana tanah atau apa-apa kepentingan pada tanah atau pada pelaksanaan mana-mana instrumen atau suratikatan itu berkenaan dengan mana-mana tanah berimilik atau apa-apa kepentingan dalamnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (c) suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan lima puluh peratus atau lebih syer-syer undiannya dipegang oleh suatu syarikat yang disebut dalam perenggan (b), atau oleh suatu syarikat yang disebut dalam perenggan (b) bersama dengan seorang yang bukan warganegara atau suatu syarikat asing yang disebut dalam perenggan (a), pada masa cadangan pengambilan mana-mana tanah atau apa-apa kepentingan kepada tanah atau pada mana pelaksanaan instrumen atau suratikatan kepada berkenaan dengan mana-mana tanah berimilik atau apa-apa kepentingan dalamnya, mengikut mana yang berkenaan |