Hasil
Kadar pengguna: 5 / 5
Pengenalan Bahagian Hasil
Bahagian Hasil bertanggungjawab dalam mengutip dan meningkatkan sumber pendapatan Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, bahagian ini juga berfungsi untuk memaksimumkan kutipan hasil tanah dan meminimumkan tunggakan bagi memastikan tunggakan bagi memastikan perkembangan ekonomi Negeri Pulau Pinang berkembang pesat dan kesejahteraan rakyat terjamin.
Objektif
-
Mengutip segala terima wang awam, kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan deposit daripada pihak awam dengan cekap dan berakauntabiliti
-
Meningkatkan hasil dan mengurangkan tunggakan
-
Memastikan segala urusan kutipan wang awam dilaksanakan mengikut prosedur dan pekeliling yang telah ditetapkan
Fungsi Utama
-
Menyelaras pungutan hasil dengan cara yang cekap dan berkesan.
-
Menyelaras laporan pungutan hasil bulanan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang
-
Meningkatkan kesedaran dan rasa bertanggungjawab pemilik-pemilik tanah terhadap kewajipan membayar cukai tanah.
-
Memastikan semua daerah menghantar bil-bil cukai tanah pada masa yang telah ditetapkan.
-
Memantau tunggakan hasil.